Archive | July 2009

Marwa Al-Sharbini

marwa

Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.

Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.

Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .

Continue reading

Advertisements

Budaya Hidup di Jepun

1) “Teacher…, banyaknya homework yang teacher bagi!”. Ana senyum je pada anak2 didik ni, sebab faham sangat, lagi dilayan, lagi menjadi. Waktu tu baru saja selesai masa pertama kelas Mathematics Form one yang ana ajar. Biar mereka protes semahu mereka, nanti bila dah reda, giliran ana pulak bersuara.

2) “Teacher…, susahlah belajar English, ana tak pandai teacher….”, bersuara beberapa orang anak dari kelas English ana baru2 ni, tak kiralah, form one ke, form four ke, hatta yang dah form five pun, masih mengeluh yang sama. Sekali lagi, ana suka beri senyum ‘sumbing’ ana pada mereka, sebelum memulakan leteran ana dalam memberi pesan pada mereka.

buku2

Continue reading

Hari ini…

Hari ni rasa kurang tenang sebenarnya. Agak banyak yg bermain dalam fikiran ana. Macam2 datang menjengah, dari sikap dan tingkah laku sahabat disekeliling, kerenah dan kenakalan anak2 kecil ana, kerisauan pada harapan dan impian yang belum pasti, dan macam2 persoalan lagi. Semuanya menyebabkan ana buntu nak menulis tajuk apa… Hati memang nak menulis, tapi ‘apa yg perlu ana tulis?’, ‘topik apa yg sepatutnya ana sentuh kali ini?’, tersinggungkah nanti, relevenkah ia, tak melampaukah ini…adalah antara kebimbangan ana kali ini…

DSCN0614

Funny sebenarnya, sebab sebelum ni, ana tak banyak risau tentang apa yg nak ana ‘cuit’ dalam blog-posting ana, tapi sejak akhir2 ni, ana jadi banyak memikir, mungkin antara sebabnya, ana dah mula bertugas di luar rumah semula.
Continue reading

Nasib Sekolah Agama

“Muallimah, saya dah tak tahu nak buat guanna dah dengan anak saya nih! Muallimah tolonglah, buatlah guanna pung, saya serah ke muallimah….”

“Anak saya nih memang gini perangai dia, pendiam dan sangat pemalu, kalau saya tanya sesuatu ke dia, lambat benar nak menjawabnya. Saya kabo ke dia, tak apa lah, bertahanlah ke sekolah tu, sekurang2nya, mu tak dapat ilmu dunia, mu dapat gak ilmu akhirat!”

“”Dah puas dah saya merayu kat sekolah lama dia, minta dibenarkan sekolah semula, tak dibaginya…saya cuba ke sekolah kebangsaan lain pung, semua tolak belaka. Ni mengharap ke sekolah ni aje le…teserah muallimah, saya tak kuasa nak ‘cara’ dah!”

“InsyaAllah Muallimah, saya rasa anak saya ni buh mana pun, dia boleh ‘hidup’, dia jenis yang boleh study sendiri, saya pilih sekolah ni sebab tarbiyahnya, payah nak dapat di tempat lain…”

Continue reading