Nasib Sekolah Agama

“Muallimah, saya dah tak tahu nak buat guanna dah dengan anak saya nih! Muallimah tolonglah, buatlah guanna pung, saya serah ke muallimah….”

“Anak saya nih memang gini perangai dia, pendiam dan sangat pemalu, kalau saya tanya sesuatu ke dia, lambat benar nak menjawabnya. Saya kabo ke dia, tak apa lah, bertahanlah ke sekolah tu, sekurang2nya, mu tak dapat ilmu dunia, mu dapat gak ilmu akhirat!”

“”Dah puas dah saya merayu kat sekolah lama dia, minta dibenarkan sekolah semula, tak dibaginya…saya cuba ke sekolah kebangsaan lain pung, semua tolak belaka. Ni mengharap ke sekolah ni aje le…teserah muallimah, saya tak kuasa nak ‘cara’ dah!”

“InsyaAllah Muallimah, saya rasa anak saya ni buh mana pun, dia boleh ‘hidup’, dia jenis yang boleh study sendiri, saya pilih sekolah ni sebab tarbiyahnya, payah nak dapat di tempat lain…”

Antara 'anak2' sekolah dalam satu sambutan hari Palestin baru2 ini

Antara 'anak2' sekolah dalam satu sambutan hari Palestin baru2 ini

Itu adalah antara komen2 dari perbualan kami para muallimah dengan ibubapa pelajar di hari terbuka sekolah baru2 ni. Memang sedih dan mengharukan juga sebenarnya, sebab berbagai ragam dan jenis manusia ada dalam satu kelas yang sama. Setakat ni, pelajar sekolah rendah memang ramai, tapi sekolah menengahnya, satu aliran, satu kelas sahaja.

Ana sendiri pernah hantar anak ana bersekolah di sini dari ting 1-3, subhanallah!, bila tahun lepas, ana diminta jadi guru sementara untuk semester 1, mengajar English dan Mathematic ting 1 dan 2, ana balik bagitau suami ana,

“Alhamdulillah Asyraf survived selama 3 tahun dia di sini… now I know how difficult it was for him.”

Kalau di sekolah kebangsaan, pelajar akan dikelaskan mengikut tahap kemampuan mereka menerima pelajaran yang diajar, mengikut merits pelajar. Tapi kalau bilangan pelajar tak seramai mana, itu tak dapat dilakukan, maka terpaksalah semua ‘level’ pelajar dihimpun dalam satu kelas yang sama. Maka mujahadahnya termasuk buat guru yang mengajar sekali! Bukan mudah nak mengajar satu kelas yang terhimpun berbagai ragam pelajarnya, dari yg serious nak belajar, yg datang sebab tak tau nak buat apa dah, datang sekolah sebab nak main dengan kawan2, hingga ke datang sekolah sekadar routine, kalau tak mak abah marah pun ramai.

Anak2 sekolah rendah

Anak2 sekolah rendah

Dan yang lebih malang, ramai juga dari kalangan pelajar2 ni, yang ibubapanya menganggap sekolah ini sebagai ‘dumping place’ untuk anak mereka yang bermasalah. Sekolah kebangsaan dah reject, baru dia ‘campak’ anak dia ke sini. Maka berjihad, bersilatlah muallim dan muallimah mendepani anak2 yang ‘tak makan saman’ ni…. Subhanallah, memang tension sungguh mengadap kerenah mereka yg berbagai.

Suasana hari terbuka sekolah menengah, memang selalunya menyedihkan. Kalau dalam kelas ada 30 orang, cuma 5-6 pelajar saja yg akan dapat kunjungan ibuayah untuk ambil kad prestasi. Yang lain2, lebih suka serah segalanya ke anak2 saja. Maka, anak2 pun apa lagi, di sekolah lain, di rumah lain pun ada. Kalau kerenah mereka disampaikan kepada ibubapa, ada yang tak percaya anak mereka berperangai sedemikian rupa, kerana di rumah, mereka umpama ‘malaikat kecil’ ibu ayah yang sangat2 mendengar kata….

Laa haulawala quwata illa billah. Memang hanya kepada Allah jua kami memohon kekuatan.

DSCN0750

Demikianlah, rata2 komen ibu ayah (seperti di pembuka bicara posting ana kali ini, di atas) yg hadir dihari terbuka sekolah pada 25 Jun 2009 baru-baru ini. Demikianlah keadaannya anak2 di sekolah agama ini. Anak2 dihantar kerana dah tak punya resolusi lain lagi. Maka, anak2 juga diserah 100% kepada guru2 muallim, muallimah untuk dididik dan dibentuk menjadi manusia harapan mereka. Bagi mereka, ‘kami dah habis daya, terserahlah pada muallim, muallimah!” Aduh!! Begitu sekali ‘kepercayaan’ yang diberikan kepada kami oleh ibubapa. Apa boleh diubah pepatah menjadi ‘syurga itu digenggaman para guru’?

Walaupun kedapatan juga ibubapa yang tetap memilih sekolah agama ini dek kerana yakin mereka pada sistem tarbiyah yg ada, namun sikap sebahagian ibubapa yg melepas tangan dalam soal mendidik anak2 itu yang kami kesalkan. Masakan sama seorang guru yg berdepan dengan purata 25 orang pelajar sekelas itu dapat mendidik anak2 didik mereka sebaik ibu ayah yang punya purata anak dalam 6-7 orang di rumah? Masakan sama teguran dan herdikan guru di sekolah dengan teguran, herdikan yang disulam dengan pelukan dan usapan kasih sayang dari ibu dan ayah di rumah?

Banyak lagi aspek yang perlu disentuh dalam membicarakan permasalahan dan nasib sesebuah sekolah agama, namun ana kira cukup untuk kali ini ana sentuh disatu aspek ini sahaja dulu. InsyaAllah dilain kesempatan, akan kita bicarakan lagi mengenai aspek2 lainnya pula. Doakan.

Wallahu’alam.

One thought on “Nasib Sekolah Agama

  1. semoga tidak patah semangat … sekolah Islam adalah talian hayat masyarakat Islam setempat; buat yang termampu, Allah akan bantu, Insyaallah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s