Hari ini…

Hari ni rasa kurang tenang sebenarnya. Agak banyak yg bermain dalam fikiran ana. Macam2 datang menjengah, dari sikap dan tingkah laku sahabat disekeliling, kerenah dan kenakalan anak2 kecil ana, kerisauan pada harapan dan impian yang belum pasti, dan macam2 persoalan lagi. Semuanya menyebabkan ana buntu nak menulis tajuk apa… Hati memang nak menulis, tapi ‘apa yg perlu ana tulis?’, ‘topik apa yg sepatutnya ana sentuh kali ini?’, tersinggungkah nanti, relevenkah ia, tak melampaukah ini…adalah antara kebimbangan ana kali ini…

DSCN0614

Funny sebenarnya, sebab sebelum ni, ana tak banyak risau tentang apa yg nak ana ‘cuit’ dalam blog-posting ana, tapi sejak akhir2 ni, ana jadi banyak memikir, mungkin antara sebabnya, ana dah mula bertugas di luar rumah semula.

Kalau dulu, ana selalu sendirian di rumah, menyiapkan tugasan2 rumah mengikut jadual ana sendiri, tanpa banyak berinteraksi dengan orang keliling, tapi kini, ana menjadi terlalu banyak berfikir, dek kerana banyak terkesan dengan persekitaran ana setiap hari.

Melihatkan reaksi teman2 sekeliling, ana sering menjadikan ia sebagai cermin buat diri ana sendiri, samada secara sedar atau separa sedar, malah kadang2 di luar kesedaran ana sebenarnya. Hanya, bila dalam diam, ana mula menghitung, rupa2nya, terlalu banyak cermin di depan ana, alhamdulillah. Kegembiraan teman, kesungguhan, keyakinan, kekentalan teman2 mendepani tugasan masing2, banyak mengajar ana. Tak kurang juga, kesedihan, kesayuan, kegusaran dan kebimbangan teman2, ketidaksungguhan setengah2 mereka, kealpaan dan kesilapan mereka, semuanya memberi pengajaran yg sangat banyak pada diri ana. Inilah dia pengalaman, a ‘living-lesson’ yg patut kita selami sedalam2 dan seikhlas yg mungkin, dalam usaha memperbaiki diri menuju ke destinasi abadi.

jgn sdh

AllahuAkbar…life is definitely too short untuk kita habiskan dengan benda yg sia2.

1. Kesedihan dan kesugulan teman sangat-sangat merisaukan diri ana sendiri. Nak dikorek, ana tak pasti. Nak dibiarkan juga ana keliru. Tapi, yang jelas, prestasinya terjejas. Dia bukan lagi seperti dia yang dahulu. Terlalu besar perkara yang mengganggu dirinya. Terlalu hebat ujian yg terpaksa ditanggungnya. Ana hanya dapat mendoakan semoga tiap yang berlaku itu, dapat dihadapi dengan sebaik, setenang dan semudah yang boleh, semoga dia kembali ceria dan bersemangat, berperanan seperti sebelumnya. Mahu saja hati ini bertanya terus kepadanya, tapi ana bimbang akan hanya menambah gusarnya di hati…

2. Kecuaian rakan dalam melaksanakan tugas, bak melepaskan batuk di tangga juga, menjadi kayu ukur buat diri ana. Sedar tak sedar, ana terperasan diri ana juga di situ sebenarnya…Astagfirullah. Sebagai manusia biasa yang punya banyak kelemahan, terkadang sikap anak2 didik yang sedemikian culas dengan tugasan, cuai dalam memperbaiki diri, enggan berusaha lebih sedikit, menyebabkan kita ‘give-up’ dan demotivated untuk memberi yg lebih-lebih. Kita keletihan, kehabisan modal, ‘burnt-out’ dan mati akal untuk dibuat apa lagi dengan anak2 ini, lalu jalan mudahnya…

Biarkanlah mereka terjun dengan labu-labunya…?” Cukuplah bagiku memberi yang sekadarnya sahaja!?

Ya Allah, begitulah lemahnya diri yang kerdil ini.

gelap

3. Kesungguhan teman2 dalam menyampaikan ilmu kepada insan2 yg belum dapat benar2 mengerti makna ‘maklumat, ilmu, dan amal’. MasyaAllah, segala daya dicurahkan, segala cara diusahakan. Berbagai taktik dan teknik dicuba pakai, semata2 untuk anak-anak didik memahami ilmu yang ingin disampaikan. Ana kagum dengan kesungguhan mereka. Ana hargai kecekalan mereka, yang walaupun ada kalanya, airmata jua yang menitis dari kelopak mata mereka kerana usaha yang dicurahkan bagai sia-sia belaka. Ana yakin, bukan kesal dengan takdir yang bertamu di hati, tetapi lebih kepada rasa terkilan, kenapa anak2 ini masih belum mengerti……

Betapa usaha mereka itu yang didamba, bukan mengharapkan keputusan semata2

4. Kesabaran mereka2 disekeliling dalam menghadapi ujian kemelut rumahtangga juga, tak kurang menjadi lampu suluh buat ana menyuluh peranan ana sendiri sebagai isteri dan ibu. Subhanallah. Banyak lagi yang ana terlepas pandang, terlalu cuai malah sering terabai dengan mengambil kesempatan atas kebaikan suami, anak2 dan orang di sekeliling. Sering juga ana mengandaikan semuanya dalam keadaan ‘selamat’, maka ana ‘terlena’, dan bila berlaku satu-satu ‘ketukan’ di rumahtangga sahabat, barulah ana tersedar dengan kealpaan diri sendiri… Menyangka kita sudah di ‘zon selamat’ sering membuatkan kita mengabaikan peranan. Taking our partner for granted, selalu berlaku. Sesungguhnya, ana perlu pada battery recharge yang lebih lagi…

Dan perkara terakhir yang ingin ana sentuh di posting kali ini,

wallpaper64

5. Ketidakpastian dengan apa yang dirancang juga menjadi kegusaran hati ini dalam mengharungi detik2 waktu dalam hidup, yang sedikit sebanyak menguji keyakinan diri. Pernah di USA dulu, teman serumah ana menyatakan betapa ‘Penantian itu Satu Penyeksaan’…Waktu itu, yang dinantikan adalah kepastian! Bukannya seseorang, dan bukan juga sesuatu. Kini, ana merasakan kegusaran yang dirasai teman ana dulu. Menunggu-nunggu ketidakpastian itu menjadi pasti, adalah amat menyeksakan.

Kurang jelas dengan maksud ana? Cuba saja diselami hati sendiri, cuba dicari sebarang bentuk perkara yang masih belum pasti, apa kita tidak gusar menanti kepastiannya? Jadilah orang yang selalu menyelami hati sendiri, bertafakkur memikirkan setiap ‘ciptaan’ Ilahi, hatta kepada perkara yang samar-samar kepastiannya. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang sentiasa bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan Ilahi….

AllahuAkbar…! Betapa lemahnya seorang yang bergelar manusia! Betapa tak stabilnya kita yg bergelar insan. Betapa mudah kita berasa goncang dan tak selamat, maka kembali kita menyerahkan segala urusan kepada yang Maha Kuat, mudah2an, Dia membantu kita dalam setiap ujian dan cubaan yg mendepani kita saban hari.

yg terbaik drMu

Ya Allah, semoga kesedihan teman dapat kita gembirakan, setiap kecuaian, dapat kita jadikan sempadan, kesungguhan mereka dapat kita teladani diri, kesabaran mereka dapat kita tunjangi dalam hati dan sebarang ketidakpastian dapat kita bertawakkal kuat padaMu, ILAHI. Allah jua lah sebaik-baik tempat kita serahkan diri yang kerdil ini. Ameen.

Wallahu’alam.

2 thoughts on “Hari ini…

  1. begitulah kita manusia, hati juga ada pasang dan surutnya.

    muhasabah diri itu sangat perlu, muhasabah hati lebih lebih lagi. mudah mudahan kita selalu dalam bimbingan Allah.

  2. segala yang ada di dunia adalah tidak pasti. hanya janji Allah akan beroleh ganjari di akhirat saja yang sudah pasti, pasti. oleh itu, jangan banyak gusar, tapi mohon petunjuk Allah yang Maha Bijaksana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s