Dilema Seorang Isteri

Airmata Saleha menitik lagi. Entah kali ke berapa dia menangis hari tu, Saleha tak pernah mengira. Dibiarkan saja hatinya melayan perasaan sedihnya seminggu dua ni. Dia terlalu banyak memikir. Terlalu banyak mencongak.
Siang tadi dia berkesempatan ke kedai buku dalam perjalannya dari tempat kerja untuk pulang ke rumah. Sesampai di rumah, sempat Saleha membelek2 halaman buku yang baru dibeli sementara menunggu waktu solat. Baru membaca tajuk ‘Gembira kerana dapat menggembirakan’, Saleha terus terbayang wajah suami tercinta, yang telah acap kali mengucapkan padanya;

tears

“Abang gembira kalau Saleha gembira. Dan abang sentiasa berusaha untuk buat Ayang gembira.”
Saleha tersenyum sendirian, terasa berbunga hatinya punya seorang suami seperti Ilham. Saleha akui, dia memang gembira disamping Ilham. Selama 20 tahun berumah tangga, bukan tak pernah datang badai melanda mereka berdua, namun syukur ke hadrat Allah swt, tak pernah kisah rumah tangga mereka perlu pada campur tangan orang luar, hatta keluarga sendiri. Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan ‘within the four walls of their bedroom’. Saleha sangat2 merasa bahagia. Padanya, Ilham adalah seorang suami yang berjaya membahagiakannya. Detiknya dalam hati saat itu,

“Semoga aku juga adalah seorang isteri yang mampu membahagiakan suami tercinta.”
Lalu Saleha bangun mengambil air wudhu dan bersolat dengan penuh kesyukuran kepada Allah.
~~~~~~~

Siapa sangka, baru petang tadi Saleha senyum dalam bahagia, sebelah malamnya pula, dia lena dalam esak tangis yang membebani jiwa….

Cerminlah dulu diri Ayang kat cermin tu…!” kata Ilham dalam nada penuh kemarahan. Semuanya kerana gara2 salah faham.

bunga

Hati wanita Saleha amat terguris. Sebagai wanita, untuk tampil indah di mata suami adalah sesuatu yang diidam-idamkan. Walaupun dia selalu gagal untuk berhias secantiknya di depan suami, tapi bila ucapan seumpama itu yang keluar dari mulut Ilham, hatinya bagai diguris2, dicarik2…pilunya tak terkata.
Saleha faham, bukan setakat fizikalnya yang diperkatakan, tapi tingkah lakunya jugak jadi persoalan di sini. Sedih pilunya jadi berganda.

Lewat malam itu, sepulangnya dari emergency case di tempat kerjanya, Saleha menjengah kamar tidur mereka.
Ilham memuncung. Sengaja membatukan diri tanda protes, mungkin.
Saleha merasa serba salah. Terus merapatkan diri ke sisi suami, memegang tangannya lalu dikucup sambil memohon maaf, walaupun dalam terpinga mencari asbab diamnya suami.

Abang tak siap lagi ke kerjanya? Banyak lagi? Ada apa-apa yang Saleha boleh bantu abang?” Tanya Saleha, tak mahu berputus asa mengajak Ilham bersuara. Sekurang2nya, kalau dah mula bersuara tu, dapatlah dikorek sebab asbab suami memuncung dalam diam seribu kalam tu. Tapi Ilham tetap begitu, hanya gelengan kepala yang diberi tanda

Takde apa2..”
Saleha mengerti, lalu bangkit mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Dia tau, Ilham memendam sesuatu, Cuma belum masa untuk berkongsi dengannya.

Takpe, sabar itu lebih baik. Beri dia masa dan ruang, nanti dia akan bercerita” bisik Saleha sendiri sambil kaki melangkah terus ke kamar mandi.

hakikat hujan

Akhirnya, bersuara juga Ilham sebelum tidurnya bila Saleha berjaya membawa Ilham bercerita apa yang tak kena dari tadi asyik masam mencuka.

Abang rasa sesak . Ayang asyik sibuk dengan tugasan baru Ayang, dan abang rasa terpinggir. I am no longer your main concern anymore. Dulu Ayang sibuk dengan anak2, tapi sekarang bila anak2 dah besar, tinggal kita berdua je, abang tengok Ayang makin busy tiap2 hari, dah takde masa untuk abang. I miss the old days, I miss you.”

Saleha tergamam. Memang dia agak sibuk kebelakangan ni, tapi sangkanya sibuknya dia, dengan restu suami yang menggalakkannya keluar dari kepompong rumah tangga sekian lama. Menabur bakti secara suka rela dengan kegiatan2 kaunseling di Pusat Pemulihan Akhlak Puteri Balqis, berdekatan rumah mereka. Rupa2nya, kesibukannya di sana mengundang gusar di hati suami.

Saleha mula memikir;
Minggu lepas, suami merungut jugak, walau bukan atas sebab yang sama, tapi a complaint is still a complaint. And as far as she could remember, dalam sebulan dua ni, memang banyak rungutan maupun sindiran dari Ilham yang dia terima.

Ai, lawa baju Ayang pakai nak ke tempat kerja nih?” – walhal, biasa je pada Saleha, bukan berhias sana sini pun, Cuma sesekali dia bertukar angin ke baju kurung dari jubah polosnya yang biasa tu.

Busy sungguh isteri abang sekarang ye, sampai selalu abang kena makan sesorang.”

Balik rumah time tengahari kenapa tak nak ajak abang balik sekali? Ajak abang makan sekali?”


Rasa sunyi lah sekarang. Ayang selalu sibuk dengan macam2 aktiviti sehingga abang lebih banyak kena tinggal sorang…. bosan lah!”

Itu semua adalah antara rungutan dan sindiran Ilham yang Saleha terpaksa terima kebelakangan ni. Tapi semua tu dapat dipujuk sendiri oleh Saleha. Kadang2 Ilham tersenyum riang semula, kadang2 masih membisu seribu bahasa. Saleha tetap berbaik sangka dengan suaminya;

Abang cemburu tanda sayang tu…”

Bisik saleha dalam hati. Dia kembali ceria, hati berbunga dengan senyum manis tersimpul dibibir pucat tanpa gincu. Dia memang tak suka bersolek sana sini, Ilham sendiri tak mahu dia berhias sebegitu rupa, walaupun untuk dirinya….
Biar natural, itu lebih manis buat abang

Pernah Ilham bertegas dengannya satu ketika dulu. Saleha bersyukur, suaminya tak memandang pada cantik fizikal. Saleha lega.

Tapi, kenapa malam tu Ilham lain benar? Marah benar dia hingga tergamak mengeluarkan kata-kata
cerminlah dulu diri tu! Tengok semula perangai Ayang tu, bahagia ke abang?”

Ya Allah, tajamnya kata-kata Ilham malam tu, sehingga tumpah deras airmata Saleha tanpa dapat ditahan-tahan. Bagai disayat2 hati Saleha dengan kata2 sedemikian rupa. Lebih menyayatkan, Ilham buat tak endah sendu tangis Saleha. Sudah bosan barangkali? Atau mungkin juga kerana terlalu marah? Saleha benar2 terasa sendirian…
Malam itu seperti biasa Saleha bangkit mengadu pada yang Maha Tahu. Dia menangis semahunya, berdoa memohon kekuatan untuk berdepan dengan apa jua kemungkinan. Saleha terasa begitu kerdil di depan suami tercinta dengan lafaz seumpama itu, apatah lagi di depan Rabb nya yang Maha Agung. Saleha rasa terlalu hina kerana gagal membahagiakan suami, sedangkan dirinya baru siang tadi mengukir senyum syukur bahagia punya suami seperti Ilham.

icon_pray_r

Aku bahagia Alhamdulillah, kerana Ilham berjaya membahagiakan ku, namun aku sendiri gagal menjadi isteri yang berjaya membahagiakan suami… ampuni aku ya Allah, ampuni hambaMu yang lemah ini… apa yang harus aku lakukan ya Allah? Apa yang sewajarnya aku lakukan ya Allah? Tunjukkan aku jalannya ya Allah. Berikan ku taufiq dan hidayahMu…”

Saleha larut dalam munajatnya pada yang Maha Esa. Doa demi doa dipanjatkan, keluhan demi keluahan diluahkan dalam sendu tangis yang tak tertahan. Kini yang terbayang di ruang mata hanyalah keceriaan wajah Ilham. Dah lama wajah Ilham tidak seperti itu, Saleha rindu keceriaan suaminya, kenakalan dan gurau sendanya.


“Bagaimana mungkin aku dapat kembali wajah itu Ya Allah…., bantui aku. Hanya pada Mu ku memohon pertolongan.”

Kisah benar dari diari kehidupan sahabatku yang kini walau jauh di mata namun dekat di hati, yang dapat ku nukilkan buat iktibar bersama.
Apakah kesudahannya? Kita nantikan dalam posting akan datang, insyaAllah.

One thought on “Dilema Seorang Isteri

  1. bibah rasa mungkin Ilham tidak bermaksud untuk menghina isterinya, orang tengah marah … terlepas cakap kot …. adat manusia, seperti Ilham, iman turun naik .. kalau dah berjaya mengharung rumahtangga selama lebih 20 tahun, rasanya rumahtangga mereka cukup kukuh ….. semoga Saleha banyak bersabar dan semoga Allah mengurniakan hidayahNya kepada Ilham agar sentiasa bersyukur kerana memilikki seorang isteri yang soleha seperti Saleha ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s