Dilema Seorang Isteri II

nasib dan takdir

Saleha hanya dapat memerhati dari kejauhan…. Ilham berjalan menyusuri pantai, bermain-main di gigi air laut yang kian surut sedikit demi sedikit. Saleha hanya mampu berdiri disebalik tabir langsir bilik chalet yang disewanya. Dia dan Ilham berpakat untuk sama-sama ke Pantai Tanjung Bidara, menyewa dua buah chalet yang berasingan……………

Dua chalet?

Berasingan?

Itulah hakikatnya! Satu chalet di hujung sebelah utara resort, dan satu lagi chalet di hujung sebelah selatan resort. Jarak antara dua chalet lebih kurang 800 meter. Memang ada privacynya. Apa yang berlaku di mana2 antara dua chalet, tak akan terhidu di chalet yang satu lagi. Memang itulah perancangan mereka sedari awal. Walaupun pergi bersama, tapi akan terpisah jua di sana. Namun, yang mereka berdua terlepas pandang adalah kedua-dua chalet mengadap panorama pantai yang sama. Subhanallah… memang sudah ditakdirkan Allah juga.

Saleha tersenyum memerhati suami tercinta yang sedang asyik dan leka bermain pasir dan air laut. Tampak kini raut wajah ceria suami yang dulunya makin pudar dan sirna. Saleha puas, hatinya lega. Terubat juga dia dapat melihat semula senyum tawa riang suami tercinta. Dalam hati Saleha terdetik,

‘Semoga abang berbahagia. Semoga semua ini tidak sia-sia.’


tears

Tap! Tap! Jatuh juga airmata Saleha dari mata kuyu dan pipi lesunya ke atas belakang tangannya yang diletak pada bingkai tingkap bilik. Baru Saleha tersedar, dalam senyumnya menyenangi kegembiraan suami, hatinya terguris jua. Dia pasrah, kerana inilah jalan yang dipilihnya sendiri. Berkorban untuk menggembirakan Ilham, suaminya.

‘Aku telah merasai detik bahagia itu, biarlah dia pula yang bahagia kini. Melihat dia bahagia, aku akan bahagia. Melihat mereka bahagia, aku juga akan turut bahagia. Inilah pengorbananku sebagai membalas jasa abang membahagiakan ku selama ini…Ya Allah. Kuatkan aku Ya Allah!’

Makin deras airmata Saleha mengalir. Dia boleh saja menipu orang di sekelilingnya, hatta suami dan anak2 sendiri pun berjaya diperdayakan. Namun tak mungkin dia boleh menipu hati sendiri.

‘Its okay, mama tak apa2. Mama rela 100%. Betul mama cakap. Don’t worry. Mama dah fikir masak2, dan mama tau apa yang mama buat. Doakan mama je okay.Supaya kita semua bahagia. Jangan risaulah…jangan nangis. Kan mama ada anak-anak mama! Mama bukan kehilangan papa pun, papa masih bersama mama…Give me a smile, will you?’

Itulah pujukan Saleha pada anak bongsunya Awatif, sewaktu pengumuman dibuat seminggu lalu. Awatif terkejut amat, dia nangis semahunya…

‘Kesian mama, kenapa papa gamak buat macam tu pada mama? Awatif ni pun dah 15 tahun, kenapa papa mesti menikah lagi dengan someone that young mama? 24 tahun, tak jauh dari kak long je!! Abang lang dan abang ngah mesti kekok, mesti pening. Awatif sian kat mama….’ raung Awatif lagi.

Itulah hakikatnya. Saleha sendiri yang berusaha mencari ‘adik baru’nya dalam lingkungan umur yang muda. Dia sendiri tak menyangka semuda itu sebenarnya, usahanya dalam sekitar awal 30an, namun, sudah rezeki Ilham agaknya, dah jodoh mereka… biarlah. Semoga mereka berbahagia.

Kenangan itu menari2 lagi dibenak hatinya. Pada awalnya Ilham membantah keras. Tapi Saleha jugak berkeras mahu Ilham bahagia. Saleha tahu dirinya. Kemampuannya sudah mula terbatas. Dia tak tegar melihat Ilham tak ceria. Saleha tak sanggup membiarkan Ilham bermuram durja. Hati dan naluri lelakinya perlu dirai. Lalu Saleha tekad. Semoga lepas ni Ilham bahagia dengan hidup barunya. Kalau Ilham bahagia, beerti Saleha juga akan bahagia. Itu harapan Saleha. Bahagia kerana dapat membahagiakan…

Nah… kalau dah bahagia kerana membahagiakan, kenapa menitis jugak airmata tu ?

Selepas upacara nikah dua hari lepas, mereka bertiga bertolak ke Tanjung Bidara. Ilham berkeras mahu Saleha ikut sekali. Guilt conscience mungkin? Saleha tak dapat menolak. Semuanya telah disusun rancang oleh Ilham. Giliran juga telah ditetapkan. Ilham cuba sedayanya berlaku adil.

‘Perjalanan pergi, Ayuni duduk depan dengan abang, giliran Ayuni. Esok abang dengan Ayuni sehingga petang, then abang dengan Saleha pulak. Makan ikut giliran juga, tak perlu makan sama-sama. Perjalanan balik nanti, Saleha pulak duduk depan dengan abang.‘

Ilham cuba bertegas dari awal. Masing2 Saleha dan Ayuni akur. Sesampai di Tanjong Bidara, Saleha di chalet utara manakala Ayuni di chalet selatan. Masing2 order room service aje petang tu. Ayuni makan dengan Ilham, Saleha sendirian. Meraikan pengantin baru, memang patutlah macam tu. Pagi esoknya, Saleha diam terus dalam bilik. Yang mampu dilakukan hanyalah berteleku di atas sejadah memohon kekuatan dari Allah yang Maha Tahu. Saleha enggan melayan hati dan perasaan. Penat solat, Saleha ngaji. Lenguh duduk, Saleha ke katil berbaring. Saleha tak keluar bilik, Saleha tak mendekati tingkap. Saleha jugak tidak makan.

Petangnya Ilham datang ke bilik Saleha. Order room service lagi, makan bersama, bercerita macam biasa, masing2 mengelak dari menyebut nama Ayuni. Itu janji Saleha. Perbualan sekitar hal anak-anak mereka yang lima orang tu saja. Penat bersembang, sampai waktu tidur, mereka tidur. Esok paginya mereka berjalan keluar ke tepi pantai. Damai dan tenang sekali. Berjalan beriringan sambil kadang2 bercerita itu dan ini. Petangnya, bermula semula rutin di chalet Ayuni, sedang Saleha tetap dengan caranya dihari pertama dulu.

janji Allah

Namun, keesokkan paginya, Saleha terdetik untuk menjengah ke tingkap, menikmati panorama damai pagi semalam dengan Ilham. Ketika itulah mata tertancap pada dua batang tubuh di gigi pantai, bermain dan bercanda bersama. Berkejaran sambil bergurau senda. Tawa riang memenuhi ruang angkasa mereka. Baru Saleha sedar, Ilham memang benar2 bahagia sekarang. Usahanya tak sia-sia. Airmata yang menitik adalah airmata bahagia Saleha….

Benar airmata bahagia? Hati Saleha berbicara,

‘Aku tak akan dapat menandingi Ayuni… Ilham sangat ceria, sangat gembira, sangat bahagia… Alhamdulillah!!’

Airmata Saleha makin deras mengalir. Terbayang dia duduk dikelilingi anak2 dan cucu2, bergelak ketawa, begurau senda…. tapi dimana Ilham?? Di situlah airmatanya meluncur laju. Saleha tersedu sedan, menangkup tangannya ke muka, menangis semahunya. Dia pasrah.

‘Kuatkan aku Ya Allah, kuatkan aku Ya Allah..’ doa Saleha dicelah tangisan yang menghiba.

‘Kringgggg’ alarm clock Saleha berbunyi. Jam menunjukkan pukul 4 pagi, seperti biasa waktu Saleha bangkit dari tidurnya. Itu temu janjinya dengan Sang Pencipta!

Rupanya Saleha bermimpi…Saleha masih hiba, airmatanya benar2 mengalir dalam tidur, tapi hatinya tenang selepas bermunajat kepada Allah memohon taufiqNya.

‘Ya Allah, apakah ini alamat Mu? Apakah ini yang sepatutnya aku buat ya Allah?’

Saleha dilemma……

Solat demi solat Saleha lakukan, petunjuk demi petunjuk Saleha pohon dari Dia yang Maha Tahu, akhirnya Saleha redha. Dia ingin bahagia setelah membahagiakan….doakan Saleha. Dia benar-benar ingin bahagia!

sabar dan solat

Itulah kesudahan dilema Saleha. Semoga pengorbanannya tidak disia-siakan Ilham. Semoga Saleha benar-benar beroleh kebahagian yang didambakannya. Semoga payung emas menjadi miliknya diakhirat kelak.

DOAKANLAH DIA.

4 thoughts on “Dilema Seorang Isteri II

  1. bibah rasa sama sedih … tapi, biarlah mimpi tinggal mimpi; semoga Ilham dan Saleha terus melayari bahtera rumahtangga mereka berdua dengan bahagia hingga akhir hayat … menjadi pasangan suami isteri di syurga firdaus, Ameen!

    • terima kasih atas keprihatinannya. sama2lah bibah tolong doakan saleha (bukan nama sebenar) ya…semoga saleha kuat mendepani apa jua kemungkinan yg bakal berlaku. thanks again.

  2. sedihnya kisah ni makcik.. Moga Allah tautkan kembali hati mereka berdua. Moga Allah sentiasa mencucurkan rahmatNya buat mereka..

    • sedih kan? Tolonglah doakan semoga saleha tetap tabah. apa pun, ujian Allah pasti punya 1001 hikmah yg tersembunyi, insyaAllah, suatu hari nanti, saleha pasti akan menemui hikmahNya atas semua yg terjadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s