Archive | September 2009

Yang manakah kita?

Akhirnya, Ramadhan berlalu pergi…..Apakah mungkin kita akan didatangi Ramadhan lagi? InsyaAllah, Ramadhan pasti datang, cuma kita yang belum tentu masih berupaya menyambut nya. Samada keuzuran diri yang akan jadi penghalang, atau kerana ‘janji’ kita telah tiba. Hanya doa pada Illahi, mudah2an umur kita masih lagi diperpanjangkan dalam kesihatan dan ketaatan kepadaNya sebagai hamba yang sering menginsafi diri, sehingga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun hadapan. Semoga masih ada lagi peluang untuk kita bertemu kembali dengan Ramadhan, dalam rangka kita mengoreksi diri sendiri. InsyaAllah.

al mubarak

Sesungguhnya, Ramadhan kali ini, ana rasakan berlalu dengan begitu pantas sekali. Terasa sedikit sangat bekalan yang sempat dilakukan, tiba-tiba Ramadhan sudah di penghujungnya…. Mampukah Ramadhan kali ini membekali kita dengan bekalan yang secukupnya untuk kita harungi bulan-bulan sesudahnya ini? Hanya kita dan Allah jua yang tahu, setakat mana usaha kita di bulan yang penuh barokah itu dulu. Ya Allah, semoga kami beroleh rezeki bertemu dengan RamadhanMu sekali lagi.

Continue reading

Advertisements

Kian ke penghujungnya….

Hari ni dah 17 September, bermakna 27 Ramadhan!

AllahuAkbar, memang cepat sungguh masa berlalu. Dalam kekalutan kita menyediakan mana yang patut, ya lah, anak2 pakat balik belaka. IPTA pakat cuti dah kan? Mujurlah sekolah asrama tak cuti sama, kalau tak lagi riuh lah jawabnya. Anak yg di Pedas sedang trial SPM, semoga sentiasa dipermudahkan Allah baginya. So, kalau anak2 balik, maknanya mak-mak pakat extra sibuk. ‘Kedai dobi’ full swing beroperasi, esp bila anak2 terdiri dari ‘heroes’ yg kurang motivasi utk membasuh baju sendiri atas apa jua alasan….

tmpoyk pck ubi

Itu belum lagi para ibu yang sanggup melayan tekak anak2, tak kering tangan di dapur menyediakan lepas satu, satu, juadah permintaan mereka. Mujur lah anak2 ana jenis yang tak banyak ‘songeh’nya. Tiap kali tanya;

‘Any special request for todays dinner?’…. jawapan yang selalu ana dapat;

Continue reading

7 Sept 2009 = 17 Ramadhan 1430H

Subhanallah….

Alhamdulillah…

Laa ilahaillallah…

Allahu Akbar!

Hari ni 7 Sept 2009, jam 2.22 am tadi, genap sudah ana berada di dunia Allah ini selama 46 tahun, melalui ujian demi ujian yang entahkan lulus entahkan tidak… Tiada apa yang istimewa pun yang ana harapkan dari tarikh ulang tahun ini, kerana menyedari kian dekatnya ana dengan janji ana pada Ilahi. Entah berapa lama lagi sisa baki umur ana di dunia yang sementara ini.

starberry cake

Betul, ucapan dan kucupan sayang dari anak-anak dan menantu, juga anak2 didik yang mengingati, sangat2 membahagiakan. Terasa amat diri ini dihargai dan disayangi, dan ana sangat2 bersyukur pada Allah atas kurniaanNya ini. Besar sungguh rahmat Allah atas tiket ukhuwah fillah ini. ALHAMDULILLAH. Bukan niat nak mengkufuri pemberian Allah swt, cuma bila ana kenangkan bezanya rasa hati di tahun2 lalu setiap kali menyambut tarikh 7 Sept ini dengan sekarang…. dulu, zaman ‘jahiliyyah’, suka sangat dengan birthday… suka sangat dengan suprises etc, tapi alhamdulillah, kini, bukan tak suka, tapi kegembiraan itu disulam bersama dengan seribu satu perasaan lain. Suka, syukur, khauf wa raja’…

Continue reading

Pengalaman Ramadhan di US

August 1981, kami berlapan sisters dan dua belas brothers, pertama kali naik kapal terbang ke USA, melalui Dubai, then London, ke Chicago sebelum mendarat di Denver, Colorado. Masing2 teruja, sebab first flight, tapi sangat keletihan sebab perjalanannya teramat jauh dan lama. Mana taknya, keliling separuh bumi….

Sewaktu kami mula sampai, dah lepas bulan puasa, dah lepas raya, cuma kami sambut Aidil Adha je di Boulder. Pengalaman masak sendiri beramai2 bermula di situ… ya lah, most of us at the time duk boarding school, mana biasa masak beriya2 ni…so, it was trully a very nice and memorable moments for all of us.

dusk

Pertama kali merasa berpuasa di luar negara, adalah pada tahun 1982. Bulan Ramadhan tahun tu jatuh pada musim panas, kalau tak silap sekitar bulan Jun atau Julai….Subhanallah, panasnya cuaca waktu tu, mujur saja apartment kami ber air-cond (teringat anakanda Adam di Irbid sekarang, rumah tanpa air-cond, dengan musim panas di sana yang sangat menyengat) asal balik saja dari kelas ‘short sem = summer class’, kami mesti beratur kat depan air-cond, menyejukkan diri masing2. Tak cukup dengan panas terik dan kering cuaca musim panas di Colorado ketika itu, waktu siangnya panjang berbanding malam. Bayangkan, kami bersahur sekitar jam 3.00 pagi, dan berbuka hanya setelah menghampiri jam 9.00 malam! Memang jihad waktu tu…

Continue reading