Pengalaman Ramadhan di US

August 1981, kami berlapan sisters dan dua belas brothers, pertama kali naik kapal terbang ke USA, melalui Dubai, then London, ke Chicago sebelum mendarat di Denver, Colorado. Masing2 teruja, sebab first flight, tapi sangat keletihan sebab perjalanannya teramat jauh dan lama. Mana taknya, keliling separuh bumi….

Sewaktu kami mula sampai, dah lepas bulan puasa, dah lepas raya, cuma kami sambut Aidil Adha je di Boulder. Pengalaman masak sendiri beramai2 bermula di situ… ya lah, most of us at the time duk boarding school, mana biasa masak beriya2 ni…so, it was trully a very nice and memorable moments for all of us.

dusk

Pertama kali merasa berpuasa di luar negara, adalah pada tahun 1982. Bulan Ramadhan tahun tu jatuh pada musim panas, kalau tak silap sekitar bulan Jun atau Julai….Subhanallah, panasnya cuaca waktu tu, mujur saja apartment kami ber air-cond (teringat anakanda Adam di Irbid sekarang, rumah tanpa air-cond, dengan musim panas di sana yang sangat menyengat) asal balik saja dari kelas ‘short sem = summer class’, kami mesti beratur kat depan air-cond, menyejukkan diri masing2. Tak cukup dengan panas terik dan kering cuaca musim panas di Colorado ketika itu, waktu siangnya panjang berbanding malam. Bayangkan, kami bersahur sekitar jam 3.00 pagi, dan berbuka hanya setelah menghampiri jam 9.00 malam! Memang jihad waktu tu…

Tapi yang seronoknya, ikram oleh pak-pak Arab ni cukup hebat. Jarang sekali kami masak sendiri untuk berbuka. Oleh kerana kami masing2 single lagi waktu tu, hampir setiap hari kami menerima jemputan berbuka puasa di rumah mereka. Dari satu rumah ke satu rumah, hampir setiap hari kami kenyang dengan makanan Arab. Makanannya, jangan ceritalah….sedap belaka. Cuma namanya je ana dah tak ingat (pernah tanya, tapi tak banyak yang ter ‘register’…) Tekak melayu ni, sangat fleksible. Semua benda boleh je masuk , tak macam orang Arab, kalau kita masak sayur terutamanya, tambah2 pulak masak tumis air je, memang mereka tak jamah. Tapi orang Melayu dapat masakan Arab, sedap saja ditelannya.

Begitulah pengalaman ana berpuasa dan berbuka di bulan Ramadhan sepanjang tinggal di USA. Sewaktu di Pueblo, Colorado, ana single lagi, masak selalunya untuk sahur je, goreng2 lauk lebih kurang, tapi nasi tetap nasi. Rasanya waktu tu kalau tak dapat nasi, boleh demam kot? Berpindah ke Corvallis, Oregon, ana merasa berpuasa berdua dengan suami. Selalu jugak masak esp waktu sahur, tapi memang lebih kerapnya dapat jemputan berbuka di luar. Selalunya beramai2 pot luck di Masjid Corvallis, yang kebanyakan masakannya adalah dari Arab regions. Kami pelajar Malaysia jarang sekali masak, sebab depa tak berapa nak makan. So, kami selalu bawa kuih muih je… seperti karipap! Di sini juga kami pertama kali merasa makan kambing seekor setalam, yang disumbat nasi. AllahuAkbar, orang Arab makan…memang kami terkejut sakan waktu tu. mungkin bagi mereka, orang Malaysia ni sekadar menjamah je, bukan makan dalam erti kata mereka makan.

Pengalaman berpuasa di Tucson, Arizona pulak, sangat dramatic!! Sebabnya, kebanyakan Americans akan ‘migrate’ sebentar ke kawasan2 utara US sebab musim panas di Arizona dan Texas, tersangatlah panas. Tapi kami terbalik pulak. Ana mengikuti suami ke Tucson untuk summer classnya di sana selama lebih kurang dua bulan. Panasnya, subhanallah… air-cond di rumah ana memang sentiasa berpasang, dan ana hanya akan keluar kalau benar2 terpaksa. Kesian suami waktu tu, terpaksa meredah panas untuk ke kelasnya setiap hari. Mujur ada pak Arab yang balik cuti ke Kuwait, pinjamkan keretanya pada kami. Pelajar Malaysia selalu dimanjakan oleh pak-pak Arab ni. Kami drove all the way from Oregon ke Arizona, melalui beberapa states in between. Sangat indah. Unfortunately, tak ada gambarnya dah nak dikongsi…

Berbuka di Tucson juga seronok. Sekali lagi budaya menjamu orang berbuka puasa sangat2 meriah sesama warga Arab dari pelbagai negeri tanah Arab, seperti Mesir, Saudi, Kuwait, Bahrain, UAE, Tunisia,Algeria dan banyak lagi, termasuk Palestin. Ana paling ingat, satu keluarga dari Sudan, almost every week, kami berbuka di rumahnya…’Ana la tatakalam Arabia.’, sesuatu yang ana belajar dari sister tu, bila menjawab soalan yang bertubi2 dari ibunya yang tua kepada kami warga Malaysia, yang tercengang2 tak tahu nak jawab apa….Lucu sekali! Sebaik saja jawapan itu yang kami beri, semakin bertubi soalannya. Ana kira, dia hairan… kata tak reti bercakap Arab, tapi boleh pulak bercakap.?!? Satu pengalaman yang menyeronokkan.

Satu lagi keluarga yang tak pernah miss menjemput kami berbuka tiap minggu adalah sebuah keluarga dari Bangladesh. Juga dengan seorang ibu tua yang tinggal bersama mereka, masyaAllah…ikram yang dihulurkan, sangat bermakna buat kami yang muda belia waktu tu. Antara kelebihan mereka (terutama Arab) berbanding orang melayu kita. Maka ana pun mulalah belajar2 dari situ, untuk cuba2 memasak lebih dan menjemput kawan2 singles yang ada. Memang sesuatu yang dinantikan dari kami yang dah berkahwin ni, untuk menjamu mereka yang masih singles…Kononnya kami lebih pandai masak!!! Ye ke?

Nak ceritanya, memang menjadi budaya mereka, esp among the Arabs untuk menjemput sahabat2 berbuka di rumah masing2. Terserlah penghayatan mereka pada hadis yang menyebut;

“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa berbuka, akan beroleh pahala sama sepertinya tanpa dikurangkan sedikit pun pahala mereka yang berpuasa.”

Amalan itu ana perhatikan amat jarang dilakukan di Malaysia pada waktu dahulu, tapi alhamdulillah, kini ianya semakin dibudayakan. Bersyukur pada Allah.

Pengalaman berterawih dengan mereka juga banyak mengajar kami warga Malaysia. Masing2 datang dengan anak masing2 yang pastinya ada kecil dan besarnya. Pada ketika inilah, ana belajar bolehnya mendukung anak menangis sewaktu solat, bolehnya beralih tempat sujud bagi memberi ruang anak yang bergolek di depan kita, bolehnya memegang Al Quran ketika membaca atau menyemak bacaan imam, dan banyak lagi. Semuanya membuka minda ana, bahwa Islam ini memang mudah. Tak perlu rigid dan menyusahkan, yang pentingnya, kita tau kenapa perkara itu dibenarkan, dan atas dalil apa mereka melakukannya. Itulah antara hikmah bergaul dengan mereka yang berbeza mazhab. Semuanya membuka minda.

Namun yang paling terkesan di hati ana adalah ikram mereka. Bukan setakat memberi makan kepada orang lain, tapi sebutlah apa saja bantuan yang diperlukan, pasti sedaya mungkin akan cuba dilaksanakan mereka. Memang banyak keistimewaan bangsa Arab berbanding bangsa lainnya. Dan banyak hikmahnya Allah memilih RasulNya dari kalangan bangsa Arab. Subhanallah, Allah Maha Mengetahui.

InsyaAllah, pengalaman di UK dan di Jepun, akan ana cuba nukilkan satu masa nanti. Semoga semuanya beroleh manafaat sedikit sebanyak. Peribahasa “Jauh berjalan, luas pandangan” sangat menepati dan terkesan di hati ana.

Selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya, di samping ibadah2 sunat lain yang amat digalakkan, mudah2an, diakhir madrasah Ramadhan ini nanti, kita beroleh ‘taqwa’ seperti yang dijanjikan. InsyaAllah.

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.”
(Al Baqarah :183)

2 thoughts on “Pengalaman Ramadhan di US

  1. Alhamdulillah. Setelah 2minggu, kali ni tak pulang dengan tangan kosong ziarah blog nii🙂 Ramadhan dan ‘ikram dhuyuf’ (memuliakan tetamu). Ana stuju sangat kalau dijamu anak2 muda bujang yg merantau untuk studies ni, mmg sadakah pada yg memerlukan lah kata org. Satu lg ialah mcmana persediaan dr sudut teknikal dlm menjamin kebahagiaan rumahtangga untuk jngka masa pnjg.. Sedikit tips mungkin?

  2. Alhamdulillah, dipulangkan kembali segala pujian pada yang berhak, yaini Allah swt jua.

    Tips teknikal dalam menjamin kebahagian rumah tangga? Ana kira terlalu banyak tips yg boleh kita aplikasikan, tapi bagi ana sendiri, satu dari antara yang banyak itu, yg paling pentingnya adalah komunikasi antara suami isteri… perlu benar2 telus, jujur dan berlapang dada dalam memberi dan menerima komunikasi tersebut. Banyak perkara boleh selesai dengan komunikasi yg betul, dan banyak perkara yg jadi bertambah kusut kerana masalah komunikasi….

    Dan pastinya, tidak boleh tidak, kebergantungan kita pada Allah yang Memegang segala sesuatu itu… Hanya padaNya kita mohon, agar rumahtangga yg dibina atas dasar iman kpdNya, terpelihara dari sebarang ujian yg tak tertanggung dek kita.

    Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s