7 Sept 2009 = 17 Ramadhan 1430H

Subhanallah….

Alhamdulillah…

Laa ilahaillallah…

Allahu Akbar!

Hari ni 7 Sept 2009, jam 2.22 am tadi, genap sudah ana berada di dunia Allah ini selama 46 tahun, melalui ujian demi ujian yang entahkan lulus entahkan tidak… Tiada apa yang istimewa pun yang ana harapkan dari tarikh ulang tahun ini, kerana menyedari kian dekatnya ana dengan janji ana pada Ilahi. Entah berapa lama lagi sisa baki umur ana di dunia yang sementara ini.

starberry cake

Betul, ucapan dan kucupan sayang dari anak-anak dan menantu, juga anak2 didik yang mengingati, sangat2 membahagiakan. Terasa amat diri ini dihargai dan disayangi, dan ana sangat2 bersyukur pada Allah atas kurniaanNya ini. Besar sungguh rahmat Allah atas tiket ukhuwah fillah ini. ALHAMDULILLAH. Bukan niat nak mengkufuri pemberian Allah swt, cuma bila ana kenangkan bezanya rasa hati di tahun2 lalu setiap kali menyambut tarikh 7 Sept ini dengan sekarang…. dulu, zaman ‘jahiliyyah’, suka sangat dengan birthday… suka sangat dengan suprises etc, tapi alhamdulillah, kini, bukan tak suka, tapi kegembiraan itu disulam bersama dengan seribu satu perasaan lain. Suka, syukur, khauf wa raja’…

Takut sangat2 kalau selama ini semuanya sia-sia tanpa nilai di sisi Allah, sedang umur kian menaik menuju ke destinasi abadi, masa untuk ‘make up’ amal, perbaiki diri, memurnikan segalanya semakin sedikit dan berkurang. Namun, rahmat Allah Maha Luas, tetap saja mengharap pada Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang… Dalam takut, ana tetap berharap, namun dalam mengharap, tetap jua terselit rasa takut… Wahai Allah Yang Maha Tahu…

Terkenang ana pada mak, 46 tahun yang lalu, mak kata, melahirkan ana lah yang paling lama mak menanggung kesakitan. Melebihi 24 jam!! Subhanallah… Kesian mak. Memang melahirkan anak sulung lebih mujahadahnya berbanding anak2 yg lain. Sudahlah lebih 10 hari overdue, terpaksa di induced, ‘ana masih tak nak menjengah dunia..’ itu kata2 mak. Semoga setiap kesakitan yang mak tanggung tu, dibalas Allah dengan sebaik2 balasan, terutama di akhirat nanti. Semoga mak sentiasa di bawah lembayung rahmatNya yang Agung.

7 Sept tahun ini juga lebih membawa erti pada ana kerana bertepatan dengan 17 Ramadhan, hari pertama diturunkan AlQuran dari langit dunia kepada Rasulullah saw. Cepat sungguh masa berlalu, AllahuAkbar!!, sedar tak sedar kita dah selesai 16 hari berpuasa. Satu ketika dulu, ana sama macam anak kecil ana sekarang… bila sebut je lagi 2 minggu nak raya, seronok bukan main sebab boleh makan semula, tak payah lapar tak payah dahaga dah. 2 minggu nak raya, bererti bilangan hari nak berpuasa makin menurun dan menurun, tak sabar2 nak menyambut raya… Memang benarlah, raya itu disambut gembira oleh anak2 kecil yang masih bersih dari noda dan dosa.

taqwa walau dimana

Namun bagi kita yang kian mengerti, kegembiraan dan kesyukuran menyambut raya, tak sepatutnya mengaburi, dan menenggelamkan kita dari kian merasa hilangnya sesuatu yang amat bernilai dengan perginya ‘tetamu’ yang mulia ini. Kemenangan menyempurnakan sebulan Ramadhan (insyaAllah), haruslah disulam dengan perasaan khauf dan raja’ jua, supaya hati kita tetap hidup sebagai hati seorang hamba yang terus menagih, memohon dan memohon pada Tuannya, Tuan yang menjaga, Tuan Yang Maha Kuasa.

Perhati dan singkapkan sebentar lembaran-lembaran sirah dalam kisah-kisah Rasulullah saw beserta para sahabatnya. Betapa mereka tak sabar-sabar menanti datangnya Ramadhan, bulan yang penuh barokah ini, dan betapa mereka menangisi pemergian tetamu istimewa ini saban tahun, kerana apa? Kerana mereka faham, kerana mereka memahami dengan sebenar2 faham akan apa itu Ramadhan. Peluang demi peluang yang Allah titipkan dalam sebulan Ramadhan itu untuk kita rebut serakus yang boleh, akan hanya dimaksimakan sebaik mungkin oleh mereka yang faham. Semakin kita menuju ke penghujung Ramadhan, semakin kuat khauf dan raja’ kita. Semakin bersemarak rasa takut dan rasa harap kita pada Dia yang memegang segala sesuatu.

AllahuAkbar….

Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang…. Dia tahu kelemahan hamba2Nya, dan Dia juga tahu kesungguhan sesetengahnya, maka dihadiahkan kita Ramadhan Kareem untuk kita kejar, kita rebut, kita cari dan kita pergunakan sebaik mungkin, hanya bagi yang faham dan berkehendak. Rugilah mereka yang terus menerus dibuai leka dan mimpi tipu daya dunia. Allah memberi peluang, khusus kepada umat Nabi Muhammad saw, LailatulQadr yang berada dihujung Ramadhan. Everything has its price. There’s always a price to pay before we gain anything…. NO PAIN, NO GAIN, semuanya membawa erti tiada yang percuma. Mujahadah tetap ada sebelum kita beroleh ganjarannya.

lailatulqdr

LailatulQadr dengan segala keistimewaannya, dipagari pula dengan keseronokan menyambut Syawal yang mulia. Bagi mereka yang kurang berhati-hati, kegembiraan meraikan kemenangan Ramadhan, bertukar menjadikan satu kerugian besar terlepasnya ganjaran terhebat dihujung Ramadhan. Subhanallah… memang tiada yang percuma, kerana Allah mahu melihat keyakinan kita melalui kesungguhan kita mengejar apa yang dijanjikanNya. Sejauh mana kita yakin dengan janji Allah, terpamer pada sejauh mana kesungguhan kita mendapatkannya.

Masjid kian sepi kerana kita makin sibuk di rumah sendiri, dengan kuihnya, bajunya, langsir dan sofanya. Kalau diawal Ramadhan, masjid penuh, amal ibadat di rumah juga tak kurang hebat kerana sangat bersemangat dengan kedatangan Ramadhan, tapi kini, kian kita menghampiri akhir Ramadhan, semangat kita kian luntur, kerana kita sibuk mengejar benda yang salah… Kita mengejar Syawal, lalu melupakan Ramadhan. Atau kita dah penat dan letih dangan marathon amal kita sejak awal Ramadhan dulu, semuanya kerana kita kurang faham…. kita silap faham, atau mungkin saja kita tak faham maksud Ramadhan… Semua ini berupa ujian Allah atas kita. Kalaulah LailatulQadr itu diletak di awal Ramadhan….

Para sahabat r.hum, menggunakan enam bulan sebelum Ramadhan sebagai persediaan menanti datangnya tetami besar ini. dan menagmbil enam bulan selepasnya pula, sebagai masa bermuhasabah qualiti Ramadhan yang telah pergi… Samakah kita dengan mereka? Layakkah kita bersama kereka? Allahu Ya Allah.

11 thoughts on “7 Sept 2009 = 17 Ramadhan 1430H

  1. assalamualaikum makcik meen..teacher.. happy birthday.. semoga mak cik meen menjadi seorang ibu dan naqibah yang baik buat anak2.. dan menjadi guru yang sentiasa sabar dengan sikap pelajar2…hihi =).. semoga teacher dan mak cik meen dipanjangkan umur untuk beribadah kepada Alllah.. =) smile always

    • thanks Irah,

      somebody used to say this to me, “Once a teacher, always a teacher…”, so, even if i am no longer in Irsyad, feel free to ask me anything ok. It was sure a very nice experience teaching all of you.

      Thanks so much for the doa. Be a good girl okay.

  2. salam….

    k meen….happy belated birthday.

    Semoga k meen sentiasa didalam rahmat dan perlindungan Allah.
    Semoga k meen sentiasa dilimpahai kebahagiaan dan keberkatan dalam
    meniti perjalanan hidup di dunia ini.
    Doa awa mengiringi setiap perjalanan hidup k meen sekeluarga.

    Ampun dan maaf k meen untuk segala-galanya……………

    • Thanks so much atas doanya Wa. Semoga Allah melindungi dan merahmati kita sekeluargaan. Mudah2an, kebahagian dan keberkatanNya atas kita berterusan hingga ke Jannah Allah swt.

      You have been a very good sister to me… Alhadulillah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s