Kian ke penghujungnya….

Hari ni dah 17 September, bermakna 27 Ramadhan!

AllahuAkbar, memang cepat sungguh masa berlalu. Dalam kekalutan kita menyediakan mana yang patut, ya lah, anak2 pakat balik belaka. IPTA pakat cuti dah kan? Mujurlah sekolah asrama tak cuti sama, kalau tak lagi riuh lah jawabnya. Anak yg di Pedas sedang trial SPM, semoga sentiasa dipermudahkan Allah baginya. So, kalau anak2 balik, maknanya mak-mak pakat extra sibuk. ‘Kedai dobi’ full swing beroperasi, esp bila anak2 terdiri dari ‘heroes’ yg kurang motivasi utk membasuh baju sendiri atas apa jua alasan….

tmpoyk pck ubi

Itu belum lagi para ibu yang sanggup melayan tekak anak2, tak kering tangan di dapur menyediakan lepas satu, satu, juadah permintaan mereka. Mujur lah anak2 ana jenis yang tak banyak ‘songeh’nya. Tiap kali tanya;

‘Any special request for todays dinner?’…. jawapan yang selalu ana dapat;

‘Apa-apa pun boleh mak… we all ‘belasah’ je.’…. Amboi, bahasa!! Cuma, tunggu kalau Asyraf yang balik, ada aje menu tersendirinya…. Aiman jugak yang tak kisah. Memang sesuai sungguh dengan dialog

AIMAN TAK KISAH tu. Memang character si penama aiman ni macam ni ke? Wallahu’alam.

Apa pun, point yang nak ana ketengahkan kali ini, kalau di luar kesibukan pun kita merasa Ramadhan pantas saja berlalu, inikan pula dalam kesibukan melayan anak2 ditambah lagi dengan mood raya yang kian bergelora dalam jiwa, mana dengan lagu raya diradio (hatta IKIM.FM pun), sales sana sini, pek serta balang kuih raya bersusun melambai dan menggamit perhatian orang ramai, minta dibeli satu dua, rata2 orang dah kian sibuk nak sambut 1 Syawal. Seolah-olahnya dah lupa kat Ramadhan yang dah nak pergi tu… Ini lah Dunia, kan?

ramadhan

Malam 27 Ramadhan, tak kurang alim ulamak yang menyifatkannya sebagai LailatulQadr. Di banyak tempat di luar Malaysia ni, malam 27 Ramadhan ni disambut lebih meriah dari malam2 lainnya. Ini antara pengalaman ana berada di 3 buah negara berbeza sebelum ini, dengan muslims from many parts of the world. Masjid lebih terpenuh dengan si pencari dan si pemburu, rumah2 juga kian nyaring terkumandang bacaan suci Al Quranul Kareem, di kesunyian malamnya pula, tersedu-sedu syahdu munajat hamba yang mengharap pada Rabbnya yang satu. Ada yang sanggup bergilir rumah untuk sessi qiamualail bersama. Maklumlah, setenagh tempat, jgn kata masjid atau surau, Islamic centre pun belum terbangun lagi.

Begitulah suasananya, these people dengan Ramadhannya. Mereka bersungguh memenuhi Ramadhan yang masih berbaki. Kadang2 ana sendiri tertanya2, adakah kerana kami di luar negara, itu semua lebih mudah dilakukan, berbanding di tanah air sendiri, budayanya dah jauh menyimpang. Ana pernah beritahu anak2 ana;

‘Esok, bila mak abah dah jadi atok dan nenek, dan you all semua pakat balik beraya kat sini, budaya kita sambut raya akan berbeza. Kita tak perlu kalut memasak malam raya, banyak lagi benda lain yang lebih afdhal yg patut diutamakan….kita pakat sama2 kalut masak di pagi raya je…’

Tup tup, tahun ni ana akan jadi nenek! Subhanallah! Itulah betapa cepatnya masa berlalu. Dan tahun ni, tetap juga seperti tahun2 yang sudah, kami akan balik kampung beraya. Luckily, setiap tahun, things tend to change a bit at a time. Dulu2 pernah kalut masak sampai ke pagi, tapi lately, mak masak skali utk berbuka! Senangkan, jadi malamnya kami ‘rehat’ dengan aktiviti masing2. Pilihlah nak buat apa, melangut depan TV ke, mengaji Quran ke, solat sunat ke, makan sepuasnya ke… semua terpulang atas iman masing2. Alhamdulillah, to me, things had change for the better.

panjut

So, Malam Tujuh Likur, 27 Ramadhan, kalau zaman ana kecil2 dulu, malam semalam pakat pasang pelita, main bunga api, bersuka ria. Bila ditanya kenapa malam ni pasang pelita pada atok ana, dia kata supaya makhluk dilangit nampak rumah kita ni bercahaya…Ohhh, gitu ke? Ana pun percayalah. Bila dah ‘mengaji’ sikit ni, baru ana faham yg selama ni kita tersilap faham sebenarnya… sepatutnya, rumah yg warganya hidupkan malam tu, pada pandangan penduduk langit, rumah itulah yang bersinar bercahayanya… subhanallah, macamana boleh tersilap tafsir ye?

Bererti, tahun ni kalau kita puasa 29 hari je, tinggal 2 hari je lagi Ramadhan, 2 malam je lagi terawihnya… AllahuAkbar! Cukup dah ke kita beramal di Ramadhan kali ni? Merimbun dah ke ‘pohon Taqwa’ kita sebagai bekalan untuk 11 bulan nanti, malah sebenarnya kalau difikirkan dan diperhalusi lagi, itulah pohon taqwa yang akan menjadi bekalan kita untuk kita beramal sebagai bekalan ke akhirat kelak. Cukup dah ke? Subur dah ke pohon taqwa kita? Walhal, itulah kayu ukur yang Allah nak guna, siapa yg lebih baik di sisiNya…

إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu.
(Al Hujurat : 13)

rugi ramadhan

Patutkah kita bersuka ria menyambut Syawal ni, atau perlu kita menangisi seperti mana para sahabat menangis bila Ramadhan pergi meninggalkan mereka. Bergembira sebagaimana anak2 kecil bergembira kerana kurang memahami significant Ramadhan, adalah sesuatu yg tidak wajar. Bergembira kerana Ramadhan berakhir, dan kita tiada lagi kekangan seperti dalam bulan itu, bermakna kita dah bebas makan minum, bebas segalanya yg pada asalnya halal, adalah sangat keterlaluan. Tetapi, bergembira kerana selamat menjalani latihan dan berjaya melepasi ujian, adalah munasabah, namun kegembiraan itu bukanlah pada sesuatu yang pasti lagi. Semuanya dalam ilmu Allah jua. Berjaya atau tidaknya kita dalam ‘kem latihan’ Ramadhan itu, bukan kita jurinya, tapi Allah swt Hakimnya. Mengharap pada kejayaan, ye, tapi harapan itu perlu pada kesungguhan usaha dan seterusnya terusan memohon pada Hakimnya, agar kita termasuk dalam kalangan mereka yang berjaya. Sudahkah itu kita laksanakan?

Menyambut Syawal, sunat berbaju baru, sebab itu melambangkan azam baru kerana baru kembali kpd fitrah, seperti baru dilahirkan… Madrasah Ramadhan sepatutnya berjaya ‘melahirkan’ insan baru dari dalam diri kita yang lama. Kita berazam baru akan menjadi hambaNya yang lebih baik. Itu kalau Ramadhan kita Ramadhan yg berjaya kita hidupkan pohon taqwanya. Ramadhan yang bukan sahaja berjaya menghidupkan, malah dapat juga merimbunkan dedaunan taqwa kita pada Allah swt. Bagaimana pulak kalau sebaliknya? Ramadhan kita Ramadhan rutin yg lesu. Pohon taqwa kita hanya ditumbuhi tunas2 kecil yg sakit kekuningan, kekurangn ‘klorofil’ dan zat untuk tumbuh sihat, yang hanya menunggu hari untuk jatuh menyembah bumi. Apa bekalan kita untuk masa ke depan? Bagaimana kalau Ramadhan ini adalah Ramadhan kita yg terakhir…?

Dua sms ni ana terima tahun lepas, sangat terkesan di hati, dan ana nak kongsi di sini:

‘Andai ini Ramadhan yang terakhir buat kita, moga ia pergi dengan seribu makna.
Andai Syawal depan tak dapat lagi bersua, moga Syawal ini yang paling bahagia.’

dan

‘Syawal menghampiri sedang kita dibuai kemanisan beramal dalam bulan penuh keberkatan.
Meski sebak terukir di jiwa, hakikatnya kemenangan perlu diraikan, lantaran Syawal hadir tanda kesyukuran. Ilal liqo Ya Ramadhan, pergi mu memenuhi aturan Al Jabbar. Moga asuhan Ramadhan terus segar dan mekar hidup di jiwa.’

EID MUBARAK…. Taqabballahu minna waminkum.

Salam Kemenangan, Eid ul Fitri.

One thought on “Kian ke penghujungnya….

  1. Salam kak meen..saya dan keluargapun nak ucapkan selamat hari ry maaf zahir dan batin kpd kak meen.,,andai tersilap komen..tersalah dalam penulisan mohon di maafkan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s