Yang manakah kita?

Akhirnya, Ramadhan berlalu pergi…..Apakah mungkin kita akan didatangi Ramadhan lagi? InsyaAllah, Ramadhan pasti datang, cuma kita yang belum tentu masih berupaya menyambut nya. Samada keuzuran diri yang akan jadi penghalang, atau kerana ‘janji’ kita telah tiba. Hanya doa pada Illahi, mudah2an umur kita masih lagi diperpanjangkan dalam kesihatan dan ketaatan kepadaNya sebagai hamba yang sering menginsafi diri, sehingga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun hadapan. Semoga masih ada lagi peluang untuk kita bertemu kembali dengan Ramadhan, dalam rangka kita mengoreksi diri sendiri. InsyaAllah.

al mubarak

Sesungguhnya, Ramadhan kali ini, ana rasakan berlalu dengan begitu pantas sekali. Terasa sedikit sangat bekalan yang sempat dilakukan, tiba-tiba Ramadhan sudah di penghujungnya…. Mampukah Ramadhan kali ini membekali kita dengan bekalan yang secukupnya untuk kita harungi bulan-bulan sesudahnya ini? Hanya kita dan Allah jua yang tahu, setakat mana usaha kita di bulan yang penuh barokah itu dulu. Ya Allah, semoga kami beroleh rezeki bertemu dengan RamadhanMu sekali lagi.

1 Syawal disambut meriah bersama sanak saudara dan rakan taulan. Alhamdulillah, kemenangan diraikan selayaknya. Halus jiwa seorang hamba pasti dapat mengenal pasti sejauh mana terkesannya hati di pagi Syawal nan hening. Adakah kita ‘gembira’ dengan rasa syukur yang teramat sangat atas ‘kejayaan’ kita menjalani sebulan Ramadhan, atau adakah kita ‘bersedih hiba’ kerana perginya Ramadhan dalam keadaan kita masih terkial2 berusaha beramal, atau mungkin saja kita tiada merasai apa2 pun dari berlalunya Ramadhan dan menjengahnya Syawal, apabila semuanya dianggap sebagai satu rutin tahunan, yang sangat sedikit sekali meninggalkan kesan di hati. Hanya kita yang bisa menjawab setiap persoalan… maka jawablah dengan sejujurnya, semoga hati kita terus hidup dan merasai ‘jiwa hamba’. Mensyukuri dan menyesali apa yang sepatutnya.

slm raya

Suasana Syawal di Tanah air Malaysia, memang sangat berbeza dengan pengalaman ana di luar negara. Berada di US, UK kemudian Jepun, bertemu dan bermu’ayasyah dengan saudara2 seIslam lain dari seluruh pelosok dunia, rata2 Syawal disambut hanya pada hari pertamanya sahaja. Hari seterusnya adalah seperti hari2 biasa lain. Things are all back to normal pada 2 Syawalnya. Namun di Malaysia, suasananya cukup berlainan. Ada baik dan ada buruknya, tapi awas jangan kita terlalai dari mengambil jalan tengah ketika menyambut Aidil Fitri ini.

Keterlaluan dalam sesuatu hal, sering membawa kesan negatif lebih banyak dari positifnya. Terlalu pasif dalam menyambutnya boleh membawa fitnah di tengah2 masyarakat yang berbilang kaum dan ragam seperti di Malaysia. Manakan tidak, keterlaluan berlainannya kita dari masyarakat akan menyebabkan mereka lari setiap kali seruan islah cuba kita sampaikan, walhal, kita sepatutnya mendekati mereka supaya dapat menerangkan duduk perkara sebenar dalam Islam yang serba indah ini, tapi jika tersilap langkah, masyarakat malah menjauhkan diri.

Keterlaluan dalam menyambutnya pula, sehingga hilang identiti Islam juga akan membawa padah, kerana mesej sebenar Islam juga gagal kita ketengahkan kepada masyarakat. Sudahnya, bagi mereka, menyambut Hari Raya, sama sahaja seperti menyambut Deepavali, ataupun Gong Xi Fa Cai. Pesta makan, kunjung mengunjung dan rumah terbuka dalam setiap perayaan, apa yang membezakan agama hanif Islam ini dengan agama2 lainnya? Ana sendiri buntu memikirkan jalan yang terbaik.

Satu yang jelas, syariat perlu dijaga. Adab pergaulan perlu dititik beratkan. Bertepuk bertampar, cuit mencuit, malah bergurau senda yang keterlaluan dalam suasana bercampur baur lelaki wanita, harus diperhatikan dengan mata hati yang benar2 ‘hidup’. Hiburan keterlaluan yang gagal membawa mesej pendidikan Islamiyah, samada secara ‘live’ atau di kaca TV, perlu dikaji semula. Jalan tengah dalam meraikan hari kebesaran Islam itu, perlu dicari, dipraktikkan dan dijadikan sebagai contoh untuk diikuti. Islam yang unik, harus terzahir keunikannya, bukan di’blend’ bersama menyamai budaya2 lain selain agama yang satu-satunya diredhai Allah ini.

Benar, bila bercakap mengenai sambutan Aidil Fitri,selepas berlalunya bulan tarbiah Ramadhan, kita sering merasa hiba kerana belum puas dengan bulan yang penuh keberkatan tersebut. Bila muhasabah dibuat, bila soal hati diselidik, dan keikhlasan disemak, ternyata, kita perlu sangat pada Ramadhan sekali lagi. Bukan mudah untuk kita mengharungi sebelas bulan kehidupan mendatang dengan bekalan yang sekelumit cuma. Mencari bekalan dalam sebulan Ramadhan untuk diguna pakai dalam sebelas bulan di hadapan, perlu pada perancangan rapi dan kerja kuat yang bukan sedikit. Lebih penting dari itu, malah yang paling penting dari itu semua adalah soal keikhlasan dalam kita beramal, bekerja, bersosial dan segalanya.

ikhlas 2

Bukan mudah dalam soal keikhlasan. Kita akan terus-terusan diuji, seperti terselaknya helaian demi helaian muka surat. Hari ini tak kala kita melaksanakannya, keikhlasan dapat dijaga. Esok lusa, kita masih berupaya menyimpannya dengan rapi, namun, tersilap langkah, seminggu dua, atau sebulan dua kemudian, kita diuji lagi, lalu kita gagal bila mana mulut terasa ringan sangat bercerita dan berjaja agar didengari manusia lainnya, apa yang sudah kita perbuatkan. Hati jadi kembang berbunga bila dipuji oleh insan lain tentang kebaikan, kesolehan yang telah kita laksanakan. Maka ditakuti, ketika itulah, segalanya terpadam, terbang umpama debu yang sia-sia dari sisi Allah swt. Maka jadilah kita orang yang merugi… Begitulah lemahnya kita sebagai manusia, hina dan kerdilnya kita yang bergelar insan. Lalu pada siapa lagi harus kita berpaling, mengadu dan memohon…

Ramadhan yang berlalu, adakah amal2 yang dilakukan ikhlas seikhlasnya kepada Allah semata? Ikhlas seorang hamba yang hanya nampak akan Tuannya? Atau kita hanya benar2 menjadi ‘saudagar’ yang bertungkus lumus mencari ‘modal’ sebanyak mungkin sebagai bekalan?

Kalau jiwa kita jiwa saudagar, kita kembali ‘longgar’ dalam amalan seharian kita di luar Ramadhan, kerana pulangannya tidak sehebat dulu. Kita ber’ala kadar’ dalam beramal kerana timbal balik yang kita dapat, tak seberapa. Lagi pun, bekalan dulu sudah agak mencukupi… desis hati yang dibisikkan hembusan jahat syaitan laknatullah.

Kalau jiwa kita jiwa seorang hamba, yang merasai sebenar2 rasa seorang hamba, kita pasti terus asyik dengan amalan dalam bulan Ramadhan dulunya. Kerana apa? Kerana kita melakukannya atas dasar seorang hamba yang berusaha menyempurnakan tugasan demi Tuannya. Demi keredhaan Tuannya atas dirinya. Kekuatan yang dijanjikan dengan amalan sepanjang sebulan Ramadhan setelah bersungguh2 kita laksanakan, pasti membolehkan kita menyambung semula semuanya di luar Ramadhan dengan ‘zest’, enthusiam dan semangat yang sama, kalau pun tidak yang lebih hebat darinya.

doa

Nah! Di manakah kita sebenarnya? Siapakah kita sebenarnya? Jiwa apakah yang dimiliki kita sebenarnya?

Ana seru diri ana semestinya, dan kalian yang sudi membaca,

Hisab-hisablah diri. Pertimbangkan dengan sejujurnya, lalu pilihlah jalannya………………. Jalan yang selayaknya!

Wallahul Musta’an.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s