Merindui Syahid.

Dua tiga hari lepas, suami pulang dengan berita sedih… rakan seIslam kami dari Libya, waktu sama2 belajar di Oregon States Univ, USA dulu, telah kemalangan jalanraya di Corvallis, Oregon sehingga meragut nyawa. AllahuAkbar! Suatu ketika dulu, pernah ana cerita bagaimana ana mengalami dan menyaksikan kemalangan beberapa kali dalam satu jangka masa singkat. Kini, sekali lagi seolah2 perkara yg sama berulang. Setelah Vios kami masuk workshop sekarang, baru dua tiga hari lepas, kami menyaksikan bagaimana sebuah kancil terbalik dengan keempat2 rodanya ke atas di Jln Bypass berdekatan jambatan, menghala ke Bkt Rangin. Keadaan penumpang, wallahu’alam, jalan jammed ketika itu. Kini, berita sedih yg kami terima juga bersangkutan dengan kemalangan jalan raya….

pic013xt

Brother ni, Allahyarham Awad Elgargouri, merupakan jiran sebelah rumah kami sewaktu awal2 perkahwinan kami di US dulu. Berasal dari Libya, tetapi takdir menentukan beliau terpaksa bermastautin di US kerana mengelakkan diri dari regime Muammar Ghadaffi…Subhanallah. Beza umur antara kami tak banyak, beliau senior 4 tahun dari kami berdua. Mula mengenali beliau sebagai jiran satu bangunan apartment dengan kami, waktu itu beliau bersama dengan isterinya, warga negara US, sedang mengalami krisis rumahtangga. Ketika mula berbaik dengan kami, rumahtangganya tak dapat diselamatkan lagi. Dia pernah menyuarakan pada suami ana,

“If only I knew you sooner, my ex-wife can befriend with yours, and we might still be married now, but Allah planned it differently, ya akhi.”

What more can we say?

Soon after that, he was actively involved in Jamaah Tabligh together with my husband, going khuruj to several places together, knowing and loving each other more for the sake of Allah The Almighty.

Pernah suatu ketika, mereka planned for another khuruj, but my husband planned for a fishing trip with some of his friends. Allahyarham tetap tasykil suami ana untuk keluar bersamanya, tapi Allah izin, keinginan untuk fishing itu lebih kuat dalam diri suami. Dalam joking tapi tetap bernada serius di telinga suami ana, Allahyarham kata,

“Bro Badhrul, make sure you make dakwah to the fishes okay!”

sebelum mereka bertolak dengan brothers yang lain.

Bila kami dapat berita kemalangan ni, semua kenangan timbul kembali. Bagaimana ikram mereka terhadap sesama muslims, especially kami yg dikira budak2 kecik (dari segi saiz dan umur) ni. Pernah suatu ketika, Allahyarham menelefon kami, mengajak suami dinner bersamanya, semata-mata kerana katanya,

“I remember the sayings of Prophet Muhammad (saw), that ‘whenever you cook something, be sure to give some to your neighbours to eat, not just the smell.’, and i remember you, my brother!”

Subhanallah! Malunya kami ketika itu… dia yang saat itu sudah kesaorangan, masih ingatkan kami, kami ni? Menghayati sesuatu walaupun ilmu tu baru diperolehi, adalah merupakan antara kelebihan brothers Arab. Selepas beliau bercerai, baru dia mula berjinak dengan Tabligh, tapi amalnya, masyaAlah… memang perlu dijadikan contoh untuk diikuti. Banyak lagi kenangan-kenangan kami dengannya… biarlah tersimpan kukuh dalam memori kami.

Menurut laporan dari suratkhabar, Allahyarham bersama dengan anak bujangnya berumur 16 tahun ketika itu (kejadian berlaku pada Julai 2008, dan kami baru dapat tahu sekarang!) dalam perjalanan pulang dari Masjid Salman AlFarisi, Corvallis, tempat di mana sejak 15 tahun lalu, beliau adalah imam di situ. Pulangnya beliau pada Khamis malam Jumaat itu selepas solat Isya, di Highway 99W, tiba-tiba sebuah pick-up dari arah bertentangan, dengan pemandunya Aaron James berusia 21 tahun, dalam keadaan letih, menurut media, tiba-tiba memasuki lane beliau dan berlaku ‘heads-on collision’ yang mengakibatkan beliau ‘pergi’ di tempat kejadian.

Begitu banyak sekali berita yang kita dengar, bagaimana mangsa kemalangan selalunya bukanlah pesalah laku di jalanraya. Atas kecuaian orang lain, orang lain pula yg sering menjadi mangsa. Begitulah aturan Allah sebagai peringatan buat kita semua, bahwa takdir itu sesungguhnya Allah yang menentukan. Kita hanya berusaha, Dia yang Maha Berkuasa menetapkan segalanya. Bukan sekali2 beerti kita akan selamat bila kita sentiasa mematuhi peraturan di mana saja, namun usaha kita mematuhi peraturan tersebut, pastinya tidak sia-sia di sisi Allah yang Maha Esa. Berusaha mencegahnya, kemudian bertawakkal 100 percent kepada ketentuan Allah, itulah yang diganjariNya atas kita pahala. Pergantungan kita hanya kepadaNya itulah yang bernilai di sisi Allah. Melaksanakan usaha sebaik mungkin sebagai langkah-langkah pencegahan, adalah merupakan syariatullah atas kita, sebagai hamba yang mesti berusaha dahulu, kemudian pasrah kepadaNya. Semuanya itu adalah merupakan didikan untuk membentuk jiwa hamba dalam diri kita.

Kalau kita bertindak mematuhi segala peraturan, kemudian yakin 100 percent bahwa kita akan selamat, beerti kita sombong dengan Allah yang Maha Mengatur. Namun apabila kita berserah diri bulat2 tanpa mengambil sebarang langkah yang sepatutnya, beerti kita enggan mematuhi perintah Allah supaya berusaha dahulu. Ditakuti, mati itu adalah mati yang sia-sia, kerana jiwa kita kosong dari jiwa seorang hamba.

Allahyarham Brother ‘Awad meninggalkan 7 orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan isteri barunya yang tidak kami kenali kerana kami terpisah sebelum beliau berumahtangga semula. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan buat keluarganya. Menurut laporan berita itu lagi, Allahyarham sangat giat dalam usahanya menyatukan antara komuniti Muslims and non-Muslims di sana. Memberi penerangan tentang ajaran Islam sebenar kepada both Muslims and non-Muslims (i.e doing dakwah) dan mengurangkan ‘gap’ antara mereka. Ana difahamkan, pemergiannya bukan sahaja ditangisi oleh para muslimin di sana, tapi turut dirasai oleh rakan2 non-muslims yang belajar darinya. Selain itu juga Allahyarham bukan sahaja Imam di masjid tersebut, malah guru mengaji bagi anak2 muslims di sana juga. Bayangkan, setiap lapisan tua dan muda, kecil dan besar, serta muslims and non-muslims, merasai kehilangannya… betapa dia berjaya mengesani hidup orang2 di sekelilingnya, dalam kebaikan. Alhamdulillah.

hidup juang

AllahuAkbar! Banyak yang perlu kita belajar di sini. Semoga pemergiannya dikira sebagai syahid di jalan Allah, Ameen.

Apakah kita juga akan berupaya berbakti sedemikian rupa disaat-saat akhir kita sebelum kita mengadap yang Maha Esa? Apakah sumbangan pada Islam dan komuniti kita? Semoga Allah menunjuki jalanNya pada kita, dan menerima kita sebagai syuhadaNya juga, InsyaAllah, ameen ya Rabbal ‘alamin.

2 thoughts on “Merindui Syahid.

  1. Saya mengenali Allahyarham Br. Awad semasa di Corvallis dulu dan beliau sememangnya seorang Muslim yang bagus dalam akhlaknya. Seorang yang pemurah dan amat mengambil berat mengenai sahabat-sahabatnya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan menerima segala amalannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s