Archive | October 20, 2009

Kisah Yahudi (3)

Lagi sambungan dari anakanda Adam di Irbid, Jordan.

Sebagai salah sebuah agama samawi; yakni agama yang diturunkan dari Allah S.W.T, agama Yahudi pada asalnya berpegang dengan konsep monotheism iaitu percaya kepada Tuhan yang satu. Mengimbas kembali sejarah agama Yahudi, ianya adalah berasal dari ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s dan diturunkan kepda anakanda baginda Nabi Ishaq dan Nabi Ismail alaihimassalam. Jika diteliti dan dikaji kita akan dapati bahawa nabi yang dipertanggungjwabkan oleh Allah untuk memimpin Bani Israel secara menyeluruh ialah Nabi Musa a.s kerana baginda merupakan rasul pertama yang diturunkan kepada bani Israel dengan berbekalkan wahyu dan antara kitab samawi terbesar iaitu Taurat. Isi kandungan Taurat menjelaskan syariat yang mengajak manusia kepada penyembahan total kepada Allah S.W.T. Bani Israel sehingga kini masih lagi menganggap kitab taurat sebagai kitab suci mereka walaupun Taurat yang ada sekarang bukanlah Taurat yang sebenar malah ianya ditukar dan ditokok tambah oleh bani Israel sendiri.

Apa yang terjadi dengan Taurat nabi Musa?

Continue reading