Kisah Yahudi (3)

Lagi sambungan dari anakanda Adam di Irbid, Jordan.

Sebagai salah sebuah agama samawi; yakni agama yang diturunkan dari Allah S.W.T, agama Yahudi pada asalnya berpegang dengan konsep monotheism iaitu percaya kepada Tuhan yang satu. Mengimbas kembali sejarah agama Yahudi, ianya adalah berasal dari ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s dan diturunkan kepda anakanda baginda Nabi Ishaq dan Nabi Ismail alaihimassalam. Jika diteliti dan dikaji kita akan dapati bahawa nabi yang dipertanggungjwabkan oleh Allah untuk memimpin Bani Israel secara menyeluruh ialah Nabi Musa a.s kerana baginda merupakan rasul pertama yang diturunkan kepada bani Israel dengan berbekalkan wahyu dan antara kitab samawi terbesar iaitu Taurat. Isi kandungan Taurat menjelaskan syariat yang mengajak manusia kepada penyembahan total kepada Allah S.W.T. Bani Israel sehingga kini masih lagi menganggap kitab taurat sebagai kitab suci mereka walaupun Taurat yang ada sekarang bukanlah Taurat yang sebenar malah ianya ditukar dan ditokok tambah oleh bani Israel sendiri.

Apa yang terjadi dengan Taurat nabi Musa?

Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s ditulis dan dicatatkan dalam kepingan-kepingan batu, helaian daun dan kulit pokok pada zaman baginda. Kesemua helaian dan kepingan Taurat ini disimpan di dalam sebuah peti yang dibuat dari emas iaitu Tabut setelah kewafatan baginda Nabi Musa a.s. Di dalam Tabut juga terdapat pakaian, tongkat milik Nabi Musa dan beberapa barang kepunyaan baginda. Tabut ini dianggap sebagai sebuah kesucian kerana menyimpan sumber hukum mereka iaitu kitab Taurat dan ianya disimpan dijaga dengan begitu berhati-hati oleh bani Israel. Ketika zaman pemerintahan raja agung Nabi Sulaiman a.s dimana pembinaan rumah ibadat bani Israel iaitu Haikal Sulaiman siap dibina, Tabut disimpan di dalam haikal dan dijaga sebaiknya.

Ketika penghancuran bani Israel kali pertama iaitu ketika serangan Nebuchadnezzar raja Babylon sepertimana yang diterangkan sebelum ini, Haikal Sulaiman dibakar, dimusnahkan berserta dengan helaian-helaian Taurat yang disimpan di dalamnya. Maka sejak itu hilanglah isi kandungan Taurat sebenar yang diturunkan kepada baginda Musa a.s. Seperti yang dijelaskan dalam al-Quran, wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dijaga sehingga hari kiamat berbeza dengan kitab-kitab samawa sebelumnya. Maha Suci Allah yang menunjukkan mukjizat al-Quran kepada kita.

Setelah kehilangan isi kandungan Taurat yang sebenar, pendita-pendita bani Israel berusaha untuk mengarang semula sebuah kitab untuk menjadi sumber pegangan mereka. Namun sikap bani Israel yang mudah hanyut dan lalai menjadikan mereka mula menukar sumber hukum mereka dan menokok tambah apa yang terdapat dalam Taurat. Mereka mula mengangung-agungkan lembu sepertimana yang terjadi dalam kisah Samiri. Mereka juga menganggap ular sebagai makhluk keramat bersesuaian dengan kisah Nabi Musa mengalahkan ahli sihir Firaun dengan tongkat baginda. Malah mereka juga menganggap Uzair iaitu seorang pemuda soleh di kalangan mereka sebagai anak Allah.

Uzair merupakan seorang pemuda soleh di kalangan bani Israel yang doanya sentiasa dimakbulkan Allah. Ketika mana beliau bersiar-siar bersama keldai tunggangannya, beliau tersesat sehingga sampai ke negeri yang tidak dikenali. Beliau mengambil keputusan untuk berehat di sebuah kampong yang sudah hancur dan hanya mempunyai tinggalan binaan yang ditinggalkan. Sambil bersandar kepada runtuhan tersebut, beliau memikirkan tentang kejadian alam; bagaimana Allah boleh menghidupkan yang sudah mati. Ditakdirkan Allah beliau terlelap dalam rehatnya dan di’mati’kan selama seratus tahun sehingga daging dan tulangnya sudah reput. Dengan kuasa Allah Uzair terjaga dari tidurnya dan rupa parasnya dikembalikan seperti sedia kala. Maka turunlah malaikat mengatakan begitulah kuasanya Allah yang menghidupkan kembali yang sudah mati. Dan bangkai keldai tunggangan Uzair juga dihidupkan kembali di depan mata beliau. Apabila pulang ke kampung halamannya, beliau menceritakan kisah ini kepada kaumnya iaitu Bani Israel. Ada antara mereka yang menginsafinya dan ada juga yang mengangkatnya sebagai anak Allah. Alangkah bodoh dan ceteknya akal mereka.

Apakah itu ‘Perjanjian Lama’?

Perjanjian Lama atau Old Testament ialah himpunan sumber-sumber yang disusun oleh pendita bani Israel sebagai panduan agama mereka. Perlu diingatkan bahawa ianya dikarang oleh pendita bani Israel, bukanlah wahyu yang diturunkan kepada para anbiya bani Israel terdahulu. Di dalam Perjanjian Lama ini dimasukkan kitab Taurat yang mana ianya dipecahkan kepada 5 juzu’ atau bahagian iaitu Kejadian (Genesis), Keluaran (Exodus), Imamat (Leviticus), Bilangan (Numbers) dan Ulangan (Deutoronomy). Taurat yang dipecahkan kepada 5 bahagian terawal ini adalah kitab yang diseleweng dan ditokok tambah oleh mereka selepas kehilangan Taurat yang asal ketika zaman kejatuhan mereka. Selain dari Taurat yang diseleweng, Perjanjian Lama juga mengandungi catatan-catatan lain yang dikarang oleh raja-raja dan pendita-pendita mereka.

Antara penyelewengan yang berlaku dalam kitab Perjanjian Lama ini ialah kisah Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan untuk menyembelih anaknya nabi Ismail a.s. Menurut Perjanjian Lama, anak yang disembelih itu bukanlah Nabi Ismail tetapi Nabi Ishaq. Ini adalah untuk mengagungkan bangsa Israel kerana Bani Israel berasal daripada keturunan Nabi Ishaq a.s. Terdapat juga kisah yang diselewengkan iaitu kisah Nabi Yaakub a.s. Menurut bani Israel, kenabian Nabi Yaakub adalah hasil dari penipuan yang dilakukan oleh baginda a.s. Menurut mereka, ketika Nabi Ishaq a.s sudah lanjut usia, baginda ingin mewariskan kenabiannya kepada anakanada baginda iaitu Isau@Esau. Esau merupakan abang kepada Nabi Yaakub a.s. Apabila majlis pewarisan kenabian hendak dimulakan, Yaakub menipu abangnya seraya membuatkan abangnya keluar berburu dan Yaakub mengambil tempat Esau sebagai waris kenabian. Nabi Ishaq akhirnya tertipu dengan Nabi Yaakub kerana penglihatannya yang kabur membuatkan baginda menyangka Nabi Yaakub adalah Esau. Begitulah pendustaan dan penghinaan yang maha dahsyat dilemparkan kepada para anbiya’ mereka sendiri. Nauzubillah.

Banyak lagi contoh penyelewengan yang dimuatkan dalam Perjanjian Lama yang kebanyakannya meghina para anbiya. Malah Nabi Sulaiman dan bapanya Nabi Daud yang merupakan wira kepada bani Israel juga tak terlepas dari penghinaan mereka. Sungguh, bani Israel merupakan kaum yang amat keji dan jelik sekali. Perjanjian Lama ini kini digunakan sebagai kitab ritual dan sumber perundangan bangsa Yahudi dan disimpan dalam setiap rumah ibadat atau synagogue di seluruh dunia. Malah ‘Old Testament’ ini juga diterapkan ke dalam ‘New Testament’ yang menjadi sumber perundangan agama Kristian. Jelas menunjukkan betapa rapatnya kaitan agama Kristian dengan Yahudi, kedua-duanya telah terseleweng dan kedua-duanya juga berpunca daripada bani Israel.

Siapakah Allah S.W.T kepada bangsa Yahudi?

Agama Yahudi percaya dengan ketuhanan Allah. Konsep ketuhanan mereka menerima bahawa Allah S.W.T adalah tuhan. Namun mereka tidak menerima sifat-sifat kemuliaan dan kesempurnaan-Nya. Yahweh ataupun Tuhan bagi mereka merupakan sesuatu yang lalai, tidak sempurna dan tidak berkuasa. Lihat surah al-Maidah ayat 63

وَقَالَتِ ٱلۡيَہُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌ‌ۚ

Yang bermaksud : Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu (bakhil, kikir)”

Lihatlah bagaimana mereka menyifatkan Allah S.W.T dengan sifat kikir dan bakhil. Bagaimana mungkin mereka menndakwa demikian sedangkan yang berhak disembah itu sudah tentu mempunyai segala sifat kesempurnaan. Menurut mereka lagi, Allah S.W.T hanya merupakan tuhan kepada bangsa Yahudi semata-mata dan bangsa-bangsa lain tidak ada kene mengena denganNya melainkan diciptakan hanya untuk berkhidmat kepada bangsa Yahudi. Mereka juga menyifatkan Allah S.W.T dengan sifat kekurangan seperti lemah, lalai dan lain-lain. Menurut satu riwayat yang sangat keji dari bani Israel, Nabi Yaakub pernah beradu tenaga dengan Allah S.W.T dan baginda berjaya mengalahkan Allah. Dan sebagai balasan kekalahan, Nabi Yaakub meminta Allah menggelarkan baginda dengan nama Israel yang bermaksud ‘Putera Tuhan’ mengikut kitab Perjanjian Lama dalam bab Genesis (32:24-30) Lihat!! Betapa hinanya akal fikiran mereka! Semoga Allah melaknati dan menghancurkan mereka.

Inilah sikap bangsa Yahudi terhadap para anbiya (salam dan selawat ke atas mereka semua) dan malah mereka sanggup mencaci Allah S.W.T dalam masa yang sama mendakwa merekalah bangsa pilihan Tuhan. Alangkah jijiknya pemikiran mereka. Sesungguhnya terlampau banyak sikap bani Israel atau Yahudi yang boleh diungkaikan namun ianya memerlukan kepada ruang dan masa yang lebih panjang. Jika mahu diungkapkan satu persatu, maka takkan selesai dalam masa beberapa hari. Kalau tak mana mungkin sebahagian besar al-Quran menceritakan perihal kaum terdahulu iaitu bani Israel sendiri. 2/3 Surah al-Baqarah juga menceritakan sikap mereka agar kita berhati-hati dan mengambil iktibar dari kisah mereka.

Semoga apa yang disampaikan dapat kita ambil pengajaran kelak, Insya Allah.

One thought on “Kisah Yahudi (3)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s