Islam menyebelahi Lelaki?

25hb Okt 2009, bertempat di Dewan JAIP, Kuantan Pahang, satu seminar on Perlaksanaan Undang2 Jenayah Syariah : Isu dan Cabaran, telah berjaya dianjurkan oleh sekretariat (Gabungan) NGO Islam Pahang, termasuk Isma Pahang sendiri, dan antara perkara yg dikupaskan dalam seminar tersebut adalah ketidak jelasan sesetengah NGO yg mengaku sabagai NGO Islam, mengenai beberapa perkara, termasuk ‘ketidak adilan Islam’ dalam hak-hak antara lelaki dan wanita Islam. Maka di bawah, diperturunkan satu tulisan yg diharap dapat memberi sedikit sebanyak penjelasan. InsyaAllah.

Lelaki VS Perempuan: Adilkah ia; mengikut perspektif Fiqh

jg ank prmpuan

Berikut adalah kiriman dari anakanda Adam, mohon di muatkan dalam blog bondanya ni… moga ada manfaatnya buat kita semua. Wallahu’alam.


Dunia semakin celaru. Makin ramai yang semakin berani mempersoalkan Islam. Kalau boleh semua hukum hakam Islam mahu ditentang, dihujahkan, dibahaskan, dicari kesalahannya. Sister in Islam (SIS) semakin hari semakin lantang menyuarakan apa yang digelar ‘human rights’. Islam tidak adil untuk wanita katanya. Betul ke?

Islam menzalimi wanita dengan hukum peninggalan harta (ميراث/فرائض )

Benarkah? Mari kita kaji sistem faraidh dalam Islam. Setelah kematian seorang manusia, harta peninggalannya akan diagihkan kepada kaum kerabatnya mengikut nisbah-nisbah tertentu. Perlu diingatkan faraidh bukanlah wasiat. Wasiat hanya boleh diberikan kepada selain ahli keluarga si mati. Contohnya si mati mewasiatkan agar keretanya diberikan kepada rakan baiknya setelah kematiannya. Manakala faraidh merupakan warisan tinggalan harta si mati yang diagihkan kepada kerabatnya mengikut kadar-kadar yang tertentu.

Terdapat 12 kerabat si mati yang berhak mewarisi harta peninggalan si mati mengikut sistem faraidh iaitu suami, isteri, ayah, datuk, ibu, nenek, anak perempuan, cucu perempuan, saudara perempuan sebapa seibu, saudara perempuan sebapa, saudara lelaki seibu dan saudara perempuan seibu (yang dikatakan saudara seibu ialah apabila ayahnya berkahwin dengan ibunya sedangkan ibunya sudah mempunyai anak; yakni janda). Mengikut sistem faraidh, 12 golongan inilah yang paling berhak untuk mendapat harta tinggalan si mati sesudah kematiannya.

emeralda68


Baiklah, di mana dakwaan mereka yang mengatakan Islam menzalimi wanita dari segi faraidh? Mereka menggunakan hujah bahawa perempuan di dalam sistem ini hanya mendapat separuh dari apa yang diberikan kepada lelaki. Maka ianya dilihat sebagai diskriminasi kepada kaum perempuan. Mari kita buka minda dan fikiran seluas-luasnya. Jika dilihat kepada golongan yang 12 itu, kita akan mendapati bahawa 8 daripadanya ialah perempuan, manakala hanya 4 daripadanya ialah lelaki. Benar perempuan mendapat nisbah yang kurang tetapi jika dibuat perkiraannya bukankah sama jumlah total yang diberikan antara laki-laki dan perempuan?

8 X 1/2 = 4 bahagian
4 X 1 = 4 bahagian

Adil kan? Di mana kezalimannya seperti yang digembar-gemburkan?

Memang sama, tapi setiap perempuan itu mendapat hanya separuh sedangkan laki-laki mendapat sekali ganda. Takkan mahu digabungkan kesemua harta 8 orang perempuan itu?

Puak-puak ini seringkali mahu mencari kesalahan sistem Islam yang sempurna walaupun sudah diterangkan sebentar tadi. Baiklah mari kita imbau kembali hidup seorang perempuan dari kecil. Dalam Islam, anak perempuan diletakkan sepenuhnya dibawah penjagaan lelaki iaitu ayahnya sehinggalah dia berkahwin. Maka segala perbelanjaan dan kos sara hidup anak perempuan berada pada tanggungjawab sang ayah sejak kelahirannya sehinggalah dilepaskan kepada lelaki lain iaitu suaminya. Pasti tidak terkira jumlah harta yang terpaksa ditanggung oleh sang ayah dalam membesarkan puterinya. Bayangkan jika seorang ayah mempunyai 10 anak perempuan. Bagaimana?

Semasa berkahwin, Islam meletakkan mahar sebagai pemberian kepada pihak pengantin wanita daripada pengantin lelaki. Malah jika dikira adapt resam masyarakat terutamanya masyarakat Melayu sendiri, pihak penganti perempuan juga mensyaratkan jumlah hantaran yang kadang – kadang mencecah ribuan ringgit. Kesemuanya adalah daripada pihak lelaki. Dalam adat sesetengah masyarakat Arab moden pula, ayah pengantin perempuan tidak akan melepaskan anaknya selagi pengantin lelaki tidak mempunyai rumah, kereta sendiri dan pekerjaan di samping mahar dan hantaran yang mencecah puluhan ribu ringgit. Kesemua ini perlu ditanggung oleh pihak lelaki sepenuhnya.

Setelah berkahwin, sang suami pula bertanggungjawab mencari nafkah untuk isteri. Malah rumah, kereta, perkakas rumah dan perbelanjaan semuanya ditanggung oleh si suami. Jika ada pun pertolongan dari pihak isteri, majoritinya adalah tanggungjawab suami. Suami perlulah berkeupayaan menjaga kebajikan isteri dari segi nafkah dan harta, jika tidak mana mungkin sang ayah akan melepaskan anak perempuan kesayangannya di tangan orang lain.

Perempuan? Dia tak perlu untuk mencari nafkah atau harta selagi dia di bawah pengawasan ayah ataupun suami. Maka adil kan Islam menetapkan seseorang lelaki itu berhak mendapat lebih harta peninggalan berbanding seorang perempuan?

Islam menzalimi wanita dalam proses saksi (شهادة)

Dakwa mereka ketidakadilan berlaku apabila saksi seorang perempuan itu dikira separuh berbanding saksi seorang lelaki. Saksi seorang lelaki bersamaan dengan saksi dua orang perempuan. Sistem ini diamalkan dalam semua prosedur saksi sama ada jenayah atau lain-lain. Ya, inilah yang telah ditetapkan dalam Islam. Untuk mencukupkan penyaksian yang dikira sebagai 1 saksi, memadai hanya seorang lelaki berbanding dua orang diperlukan apabila saksi tersebut adalah perempuan. Menurut Islam, ianya adalah kerana perempuan itu kurang agamanya berbanding lelaki. Mereka yang tidak memahami pasti melenting apabila dikatakan sedemikian.

wanita

Apa yang dimaksudkan bukanlah bahawa perempuan itu kurang penghayatan dan kefamana Islam berbanding lelaki. Mari kita lihat ketika mana seorang perempuan itu berada dalam keadaan haid, nifas dan wiladah iaitu sesudah melahirkan anak. Islam tidak mensyariatkan agar perempuan tersebut wajib menggantikan solat wajib 5 waktu sepanjang tempoh larangannya. Maka jika 10 hari seorang perempuan itu berada dalam keadaan haid, 10 hari beliau tidak menunaikan solat, dan tidak pula perlu diqada’kan sesudah itu. Melainkan ibadah puasa yang wajib diqada’kan. Bagaimana pula sesudah melahirkan anak? Jika 40 hari darah wiladah mengalir maka 40 harilah seorang perempuan itu tidak menunaikan solat. Inilah yang dikatakan kurang agama seorang perempuan itu berbanding lelaki.

Mari kita kaji pula dari segi psikologi. Kajian membuktikan bahawa emosi seorang perempuan itu tidak sestabil seorang lelaki dan keputusan yang diambil oleh seorang perempuan seringkali dipengaruhi emosi dan naluri semulajadinya berbanding seorang lelaki. Mengapa? Kerana apabila seorang perempuan itu menjadi ibu, banyak masanya dihabiskan dengan tugas menjaga anak di rumah. Seorang ibu itu pasti lebih rapat dengan anak-anaknya berbanding ayahnya yang berkerja di siang hari dan hanya dapat bersama anaknya sebentar sahaja. Proses menjaga anak ini mengakibatkan timbulnya naluri dan emosi tambahan ((عاطفة زائدة dalam diri seorang ibu. Ini membuatkan seorang ibu mudah dipengaruhi oleh naluri keibuan dan emosi dalam dirinya. Begitu juga dengan anak perempuannya dididik sedemikian oleh sang ibu. Dan begitulah berterusan hal demikian.

Oleh itu, dalam persaksian, Islam menitikberatkan persaksian yang yakin dan jujur. Maka apabila seorang perempuan itu bersaksi dikhuatiri factor-faktor ini akan mempengaruhi persaksian mereka. Oleh itu dua orang diperlukan untuk menyamai saksi lelaki yang tiada factor-faktor tersebut dalam dirinya.

Maka adakah Allah itu zalim kerana menciptakan wanita serba kekurangan?

Maha Suci Allah yang menciptakan manusia sesempurna makhluk. Allah S.W.T tidak pernah menzalimi hamba-hambanya baik lelaki baik perempuan. Serba kekurangankah perempuan? Puak-puak yang melaungkan ‘human rights’ tak habis-habis mempersoalkan hak sama rata antara lelaki dan perempuan. Dalam Islam tidak ada apa yang disebut hak persamaan antara lelaki dan perempuan. Islam menggunakan istilah keadilan antara dua jenis manusia ini. Allah S.W.T menciptakan perempuan sesuai dengan keadaan dan tugas mereka, begitu juga lelaki. Dia menciptakan perempuan dalam keadaah yang lebih lemah, lembut dan tertib daripada lelaki kerana tugasnya tidak seperti lelaki. Lelaki perlu lebih kuat, tegas dan berani kerana lelaki memikul tanggungjawab untuk melindungi dan menjadi ketua kepada kaum wanita. Bayangkan jika hak persamaan direalisasikan, perempuan keluar bekerja dan mencari nafkah manakala lelaki hanya bertugas di rumah. Mampukah dia? Mungkin ada yang mengatakan mampu namun sebenarnya itulah yang menzalimi wanita kerana lelaki lebih sesuai dengan tugas-tugas tersebut.

Wanita pula tidak perlu berasa rendah diri kerana yang menjadikan seorang lelaki itu gagah dan kuat bekerja adalah perempuan. Didikan seorang ibu dan kasih seorang isteri yang menjadikan seorang lelaki itu lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Zalimkah Islam yang tidak memberikan kebebasan kepada perempuan untuk bekerja di luar dan hanya ditugaskan mendidik anak-anak di rumah? Sama sekali tidak kerana dosa seorang perempuan itu terhapus sepenuhnya apabila melahirkan seorang anak. Betapa besarnya nikmat itu. Dan alangkah cantiknya sunnatullah yang menjadikan bayi yang baru lahir dalam keadaan yang tidak boleh berjalan selama hampir setahun, berlainan dengan bayi haiwan yang hanya memerlukan masa 2 jam hingga 2 hari untuk membolehkannya berjalan. Mengapa? Kerana ianya adalah untuk memberikan waktu rehat kepada si ibu setelah bersusah payah melahirkan anak yang sangat berat sakitnya. Bayangkan jika manusia itu boleh berjalan hanya selepas 2 hari dilahirkan. Jenuhlah si ibu terkejar-kejar untuk menjaganya sedangkan dia dalam keadaan pantang.

Ini dia orangnya yang menulis artikel ni dari Bumi Anbiya, Jordan.

Ini dia orangnya yang menulis artikel ni dari Bumi Anbiya, Jordan.

Lihatlah keadilan Allah dalam menciptakan lelaki dan perempuan. Lelaki bersusah payah mencari sesuap nasi di luar rumah berhadapan dengan pelbagai risiko, adakalanya berhadapan dengan maut, semata-mata untuk memberikan isteri dan anak-anak sesuap nasi. Manakala perempuan juga bersusah payah mengandungkan, melahirkan dan menjaga anak-anak mereka. Alangkah cantiknya ciptaanNya. Masing-masing mempunyai kekuranagn dan kelebihan untuk membolehkan mereka menjalankan tugas yang berbeza dengan sebaiknya. Islam itu adil, bukan persamaan.

One thought on “Islam menyebelahi Lelaki?

  1. Allah maha Adil! Dia yang mencipta kita dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.
    Masalahnya adalah isu ‘implementation’! samada kita manusia menjalankan perintahNya dengan sebenar? Masalah lelaki menangani atau melayani wanita dengan cara yang dikehendakki dalam Islam; begitu juga wanita terhadap lelaki …. sama-sama kena renungkan …. bibah dah lama renung cuma masih belum dapat menyediakan jalan penyelesaian terbaik terhadap masalah-masalah yang ada di sekeliling kita sekarang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s