Nafsu, Bila dibiarkan…

22 Oct lepas, hari Khamis, ana ke KL sorang sorang naik bas dari Kuantan. No big deal sangat. Tiap hari ada je  manusia yg naik bas dari sana ke sini, dari sini ke sana…. perkara biasa. Tiada yg luar biasanya.

Cuma, bila dalam perjalanan, kita tak sibuk macam selalu, so otak kita ligat berfikir setelah mata memerhati sekeliling. Ana perhatikan muda mudi yg sama2 dalam bas, maupun yg berada di luar bas, samada di Kuantan, atau Temerloh ketika berhenti berehat, apa tah lagi di KL. Subhanallah….beginikah anak2 muda Islam Malaysia sekarang? Persis anak2 muda US sewaktu ana di sana puluhan tahun yg lalu. Apa kita tak mahu ambil iktibar dari apa yg berlaku di US kebelakangan ini? Perlukah kita mengambil semuanya dari sana (barat), atas tiket kemodenan? Segalanya nak kita cedok dari sana, hatta dengan hampasnya sekali? Keruntuhan moral mereka yg menjunam teruk, tak pernah kita nak ambil pusing?

Hairan! Yang baik dari mereka, sedikit sekali kita ambil utk diguna pakai dalam hidup kita. Apa contoh yg baiknya?

1. Kesungguhan mereka melaksanakan sesuatu tugasan.

2. Menepati masa apabila berjanji.

3. Planning yg mantap sebelum memulakan sesuatu kerja.

4. Mengutamakan ‘content’ dari containernya…. isi lebih dititik beratkan dari luaran yg berupa ceremonial

5. Dan banyak lagi kebaikan lainnya, bukan setakat hiburan semata

Pakaian seksi anak2 muda. Kenapa mesti terlalu mengagungkan fesyen barat yg jauh menyimpang dari budaya timur, apatah lagi Islam.

Pergaulan bebas yg terlalu bebas berleluasa..Tanpa segan silu bertepuk bertampar di khalayak ramai, malah ada yang sampai beriba2 dalam bas. Belum lagi bab tangan merayap sana sini. Mereka seolah2 tak nampak makhluk lain yg ada bersama, terlalu ‘tenggelam’ dgn dunia maksiat mereka… Ya mungkin mereka dah menikah, tapi kok depan semua orang? Gayanya, kalau dah nikah tidak sampai begitu sekali.

Bayangkan, seks sebelum nikah sudah menjadi perkara biasa sesama mereka. Apatah lagi menonton video2 lucah yang banyak dan mudah sangat diperolehi di pasaran. Semuanya menyumbang kepada kerosakan diri mereka sendiri dan masyarakat.

Pernah org menempelak ana, mengatakan kalau anak dia berseronok dengan filem lucah, dia bukan kacau org lain pun. Habis2, mak we dia ada…Allahuakbar…Tak terbayang ke dia, implikasinya bukan setakat dia berdosa dengan mak we nya saja, tapi kalau itu dibiarkan berleluasa, nafsu yg liar itu tak akan cukup dgn sekadar itu sahaja. Nafsu yg sifat semula jadinya mahu berseronok dan bersantai semata, akhirnya akan terus meliar sehingga mahukan yg ‘lebih’ dari normal.

Natijahnya, anak2 kecil yg tak berdosa menjadi mangsa nafsu yg sudah tidak normal tadi.  Sesuatu yang mengikut tabiie atau fitrah penciptaan manusia itu sudah tidak punya erti buat mereka, kerana sudah terlalu biasa, sehingga mereka mahukan sesuatu yg luar biasa, hatta sanggup dengan yg di luar tabiie.

Makanya, dari awal lagi Islam melarang kita dari menjebakkan diri ke dalam kancah kemusnahan nafsu syahwat yg tidak2. Sedari awal, Islam mencegah manusia dari berleluasa melayan kehendak nafsu, kerana Allah yg menjadikan nafsu, dan Allah Maha Tahu, sifat semula jadi nafsu hanya akan membawa kerosakan demi kerosakan kalau ianya tidak dididik sebaiknya dengan ajaran2 yg terkandung dalam Islam.

Dari Abi Muhammad ‘Abdillah bin ‘Amru bin Al As (r.a) berkata: Rasulullah (saw) bersabda;

“Tidak beriman seseorang kamu sehingga hawa nafsunya (kecenderungan atau kemahuannya) mengikut kepada apa yang aku bawa akan dia.”

Hadis Hasan lagi Sahih.

Pernah satu ketika dulu, sekitar bulan puasa tahun ni, di kampung suami, ana, suami dan anak ana yg sekolah menengah tu sedang dalam perjalanan ke bandar Kluang, melalui perkampungan melayu. Melintas di depan kereta kami seorang anak gadis kecil sekitar 7 atau 8 tahun, sendirian tanpa teman. Kami bersuara serentak,

“beraninya budak ni berjalan sorang2.”

“Mak dia tau ke tak ni?” sambung ana. Lalu anak bujang ana ni bertanya,

“Mak, kenapa orang2 jahat tu nak buat benda tak senonoh pada budak sekecil itu?”

Dan ana pasti, dalam kepalanya terbayang mangsa2 terdahulu seperti Nurin. Lalu ana mengambil kesempatan itu untuk menjelaskan betapa Islam itu sungguh indah, mengambil langkah mencegah sebelum parah.

“Sebab tu Islam haramkan kita melihat benda2 lucah, tak kiralah gambar ke, video ke, apatah lagi mengintai dan mengintip orang. Bila sekali dah mula, akan jadi ketagih, bila dah ketagih, asyik nak tengok, lama2 nak cuba, bila dah selalu buat, dah selalu cuba, dah jadi lali, tapi nafsu tetap mengajak, akhirnya, nak cuba dengan benda2 luar biasa. Sebab tu Islam put a stop sejak awal lagi. Dibolehkan hanya setelah menikah, itu pun Islam melarang umatnya bercerita dan berjaja pada orang luar apa yg berlaku di kamar tidur. Semuanya demi menjaga kemaslahatan umat manusia sendiri. Sekarang, tengoklah apa dah jadi… ”

Anak ana diam, mengangguk kepala sambil mata merenung jauh ke depan.

“The real teachings of Islam memang dah cantik untuk umat dia kan mak? Subhanallah.”

Kalau di US, pernah kita dengar cerita bagaimana ‘psycho’ yg dah keterlaluan mengikut runtunan nafsu, manusia sudah tidak mendatangkan apa2 ‘feel’ bagi dirinya, lalu dia sanggup mengambil binatang sebagai ganti!! Apa kita sanggup mendengar anak bangsa kita terjunam sedemikian hina, gara-gara mengikut cara barat tanpa mengambil iktibar di sebaliknya?

Subhanallah…. Dah sampai masanya kita seriously mendidik anak bangsa kita mengenali jati diri seorang muslim dan merasa gah dengannya. Hanya dengan ilmu, dapat membuka minda mereka sebagai langkah pertama, seterusnya, let’s touch their heart utk kita ajak mereka beramal dengan ilmu yg diperolehi. Jangan biarkan mereka terus hanyut.

Its time to change.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s