The New Member, akhirnya tiba

Assalamualaikum to all readers,

"permata hati Aja n Afif"

Just after less then 3 hours menjengah dunia

Alhamdulillah, on the 6th of Nov 2009 (overdue 9 hari), a 3.3kg baby boy was born at 5.44pm to a couple of young mom and dad, Siti Hajar Muzee bt Mustafa, and our son Afif b Badhrulhisham…both 24 years old. So that means, we are now grand Ma and grand Pa!!!At the age of 46, we are already grand parents. To some, ‘mudanya dah jadi atok dan nenek!!’, but to us, after 26 years of marriage, my mom in law herself jadi nenek at the age of 42, kami ni, ‘no big deal’ la kan?

Image034

together with the proud mom and dad...Alhamdulillah.

Alhamdulillah, the mom was already being discharged from the post-natal ward, but the baby got to stay for further check-ups due to some abnormallities of ‘murmuring’ of the heart. The doctors just want to be sure, and being in the week-end, not much can be done, except wait. So, please make doa for him.

Just to acknowledge rakan-rakan Afif yang turut sama excited with the new member, kesemua mereka (five of them) sanggup bergerak bersama-sama Afif dari Gombak sebaik saja selesai one exam paper Afif pada ptg Khamis lepas. Dengan menaiki dua kereta, all of them selamat sampai ke IM16, sebelah malam, cuba nak masuk HTAA, tapi tak mungkin dibenarkan, lalu mereka balik ke rumah, kepenatan dan tidur.

Keesokannya, seawal selepas subuh, kesemua mereka mula bergerak ke HTAA semula menemani Afif, kerana ‘water bag’ Aja dah pecah. Makngah baby sampai sekitar jam 8.30 am, masuk ke dalam labor room, checking, keluar semula, and said,

“baru 2 cm, and usually first baby ambil 1 hour for 1 cm, so… lebih kurang 8 jam lagi, or even more!?” sambil tersenyum…
“paling awal pun, dalam 6 jam lagi.” sambung makngah.
“kami berpandangan, lalu abg Afif kata, kami nak gi minum jap (wal hal di rumah, sempat mihun goreng dah), pas tu balik mandi lah mak, sorang pun tak mandi lagi nih.” kata Afif sambil tersengih…

Image020

so, kami pun bergerak nak pulang ke rumah, makngahnya nak masuk ke kelas di buiding ‘Kuliyyah of Medician’ Jalan Hospital Campus, yg terletak di bangunan sebelah lain.

Masa ni lah jugak, kunci kereta Gen2 makngah tercicir entah ke mana, satu pagi di tengah2 hujan pulak tu, kami berdua mencari. Alhamdulillah, dipendekkan cerita, jumpa jugak akhirnya…

Kisah pak cik2 tadi? Selepas mandi, lebih kurang jam 12 tgh, mereka berenam ke Hospital semula, tunggu sekejap, tiada perubahan, they all went for lunch kat restoran seberang sebelah sungai depan HTAA. Baru je dapat air yg di order, makngah telefon abg nya,

“Abg, abg kat mana? kak Aja dah mula sakit kuat ni, abang boleh masuk labor room sekarang.”

Maka kelam kabut lah si Afif, ditemani Akmal, balik semula ke HTAA.

Nak ceritanya, kawan2 yg lain tu, take turns makan dan teman Afif di HTAA, sementara empat yg lain makan, sorang mesti di hospital, menemani Afif, terharu sungguh. By 5.30pm, ana sampai dengan Ammar dan Hanan, cuma Hazwan je yg dok tunggu kal luar tu,

“mana yg lain?” tanya ana,
“gi makan, mak cik” jawabnya.

Minutes later, semua empat yg lain sampai, tak lama kemudian, Afif pun keluar, dari jauh lagi dah menganggukkan kepala, memberi isyarat,

‘dah selamat bersalin dah…’

maka pak cik-pak cik tadi pun, secara serentak…

“Haaah, Alhamdulillah.”

Itulah dia semangat yg ditunjukkan oleh rakan-rakan Afif dari UIA Gombak. Jazakallahu khairan kathira buat

Akmal, Wadi, Hazwan, Helmi and last but not least, Afif (sama pulak nama dengan my own son, Afif).

Image036

bersama pak cik-pak cik Akmal,Afif (abah), Wadi, Helmi, Afif dan Hazwan yg setia menunggu

Dan percaya tak, dalam 8.40 malam, baru baby and mama dia keluar dari dewan bersalin, nak masuk ke post-natal ward, barulah semua gambar ni dapat diambil….macam celebriti la pulak, keluar dewan je, flash me-lip lap, sampai nurses yg sorong tu, ke tepi sebentar untuk beri laluan…hehe, tapi, lambatnya menaunggu. Subhanallah.

Well baby, hope one day you will be able to read this yourself, okay… macamana semua orang excited tunggu dia.

8 thoughts on “The New Member, akhirnya tiba

    • alhamdulillah, after buat ‘eco’, dr pakar kata semua okay, so boleh balik….

      cuma ada kuning je sikit2, kena minum susu kambing ke nih? hehe.

      Nama? Mungkin Aufa Najmi bin Afif kot….. entahlah, kot tukar kendian tak tau lah nanti.

  1. salam…
    huhu…kakngah x sempat nak sambut…
    traffic jam time tu….sempat examine baby je..
    papepun, i’m really 10x excited to be a ‘makngah’
    congrats to abang n kak aja
    moge die jd anak soleh penyejuk mate…amin…

  2. well, alhamdulillah…masa nuriman antar msg ni, k meen sdg berangkat ke tanah suci. Sekarang masih di sana, tak berhajat nak sibukkan diri dgn internet sbnrnya, cuma ni tgh tunggu suami kejap. Insyaallah, balik nanti kita cite pnjg lg k. Jg diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s