Archive | January 2010

~ Lessons Learnt di Mina (1) ~

Permandangan khemah2 di Mina

Berada di Mina bersama-sama dengan suluruh umat manusia yg mengerjakan haji tahun itu, sudah dimaklumi keadaannya oleh semua yg sudah mengerjakan haji sebelum ini, maupun mereka yg telah mendengar/membaca berita tentang keadaannya di sana. Kesesakan manusia dalam khemah-khemah, tidur yg bersesak mengundang ketidakselesaan, beratur menunggu giliran ke tandas, makan yang bukan punya banyak pilihan lain lagi, malah seribu satu ujian harus ditempuhi sebagai saringan menguji keimanan masing2.

Suasana padat dalam khemah di Mina

Namun, mengikut Us Halim, bukan itu yg patut diketengahkan dalam megisahkan pengalaman di Mina. Terlalu banyak pengajaran yg perlu diteliti, dikaji, diambil iktibar dan dihayati sebagai bekalan hidup kita seharian. InsyaAllah, itulah yg akan ana cuba coretkan di sini.

Continue reading

KoBanna-Konvensyen Pemikiran AlBanna

Maklumat lanjut mengenai Kobanna ini, serta pendaftaran online nya, dapat dilayari di laman web nya di bawah; www.kobanna.ismaweb.net

Juga bagi yang berkesempatan untuk mendengarnya di radio IKIM,

Segmen : Dialog Islam
Hari : Sabtu
Tarikh : 23 Jan
Jam : 12.30 thari
Durasi : 40 minit
Tetamu Jemputan : Ust Muhd Fauzi Asmuni
(Naib Presiden Isma-yg juga salah seorang ahli panel KOBANNA)

Tuan Haji Aminuddin Yahaya
(Setiausaha Agung Isma)

Untuk lebih memuaskan hati,

Jom sama-sama kita ikuti apa sebenarnya yang bakal disajikan dalam konvensyen kali ini secara live di Uniten pada 30 hb Januari 2010 nanti.

Saksi dan dengari sendiri;

Apa yang dimaksudkan dengan “Melakar Agenda Bangsa”?

Apakah Islam membenarkan perjuangan bangsa?

Apa pentingnya Melayu hebat untuk Islam hebat di Malaysia?

Bagaimana menangani kemelut politik era masa kini?

Dapatkan jawapannya dengan hadir sendiri ke konvensyen tersebut.

InsyaAllah, berbaloi.

Antara Dua Kelebihan

manusia memenuhi dataran luar masjid

Suasana sekitar bandar Mekah saat hampir-hampir waktu wukuf, memang sarat dengan manusia. Bayangkan, jutaan manusia datang berkumpul di satu tempat pada masa yg sama untuk tujuan yg sama. Subhanallah… Tiap hari kita berdepan dengan kesesakan manusia di mana2. Sepanjang jalan nak ke masjid, memang melimpah dgn manusia. Dalam kedai2 makan dan restoran, memang penuh sesak tak terbayang. Syukurlah, pakej menyediakan makanan di hotel masing2. Kalau jadi macam jemaah Indonesia, contohnya, sudahlah datang dengan belanja yg jauh lebih mahal dari kita, hotel pulak memang jauh sungguh dari hotel2 jemaah Malaysia, makanan juga tak disediakan. Maka terpaksalah mereka berkongsi membeli makanan di restoran2 yg ada, walaupun harganya sengaja dinaikkan pada musim haji. Sangatlah mahal… sebab tu mereka berkongsi.

para jemaah memenuhi bhg dalam masjidil haram

Bila tiba malam hari, seusai solat isya, atau sewaktu dini hari, ketika mula bergerak ke masjid untuk solat subuh, perjalanan kami pasti akan melalui deretan2 manusia yg sedang berehat samada sambil sembang dan makan, atau sudah siap terlelap dengan mimpi masing2. Rupa2nya, ramai saje manusia yg datang tanpa ada tersedia tempat untuk mereka berteduh. Maka dalam terik panas mentari di waktu siang, mereka berlindung di bawah bayang2 bangunan sekeliling masjid. Bila malam mula melabuhkan tirainya sambil suhu mula jatuh membawa rasa dingin pada tubuh, diserbu pulak angin sejuk yg menggigit tulang, kebanyakan mereka akan mengerekot di atas hamparan tikar atau kotak2 yang dileperkan, dengan sehelai kain selimut yg litup menutupi hujung kepala ke hujung kaki mereka. Ya Allah…. bersungguh2nya mereka mengharungi susah dan payah demi menunaikan Rukun Islam yang kelima. Mujahadah mereka menghadapi semua itu, pastinya tidak sia-sia di sisi Mu.
Continue reading

Kembara – 2

So, what happened next?

How do I feel, missing my purse at the very first day of my ‘journey’ which I longed so much?

Like I already said, kalau kata I didn’t feel anything, memang ana tipu… Macam2 yg menerjah hati dan fikiran ana pertama kali menyedari kehilangan itu. Ana rasa malu nak heboh ke orang lain, terasa malu kerana Allah ‘menghukum’ ana di hari pertama ana menjadi tetamuNya, seolah2 Allah tak terima kedatangan ana. Ana terlalai untuk mencari keadilan Allah (dipukulan pertama) atas hukumanNya pada diri ana.

Cuba mententeramkan hati dengan solat2 sunat sebelum menjelang azan subuh, ana akui, ana masih gagal untuk benar2 merasa tenang. Yang kerap bermain di kepala ana;

“Why me? Why here? and why now? Banyak sangat ke dosa ana selama ni, buruk sangat ke perangai ana sampai jadi macam ni? Duit tu duit haram ke? Padahal, semua duit tu dari saudara2 dan rakan2 kenalan ana je pun. Besides, I have tried so hard to improve myself, to become a better person, kenapa Allah masih nak ‘hukum’ ana macam ni?”

Continue reading

Kembara ke Tanah Suci – 1

Maaf dihulur bagi yg setia.

Lama tak ter update blog ni sebab ana ‘bercuti’, memenuhi jemputan Rabb yg Maha Agong lg Suci.

inilah dia keadaan di kaabah, sentiasa penuh dengan manusia...Subhanallah.

Tanggal 14 Nov 2009…. amat bersejarah bagi diri ini apabila cita2 selama ini hampir2 menjadi kenyataan (Perasaan ana saat itu, ‘Ya Allah, benarkah aku dalam perjalanan menuju Tanah Haram Mu’ ?). Memang telah lama berhajat untuk menjadi tetamuNya sebagai salah seorang jemaah haji, bukan setakat umrah… namun, bila ‘kad jemputan’ dariNya belum diterima, berbagai halangan yg datang. Tahun sebelumnya ,2008, adik kandung ana bersama suami dihulurkan jemputan oleh Allah untuk menjadi tetamuNya. Adakah ana iri hati? Alhamdulillah, Allah masih menjaga hati ana untuk turut merasa gembira untuk mereka. Seingat ana, macam2 nasihat cuba ana pesankan pada mereka, hatta artikel dari majalah juga ana recommendkan buat bekalan mereka di sana. I was so happy for them.
Continue reading