Kembara ke Tanah Suci – 1

Maaf dihulur bagi yg setia.

Lama tak ter update blog ni sebab ana ‘bercuti’, memenuhi jemputan Rabb yg Maha Agong lg Suci.

inilah dia keadaan di kaabah, sentiasa penuh dengan manusia...Subhanallah.

Tanggal 14 Nov 2009…. amat bersejarah bagi diri ini apabila cita2 selama ini hampir2 menjadi kenyataan (Perasaan ana saat itu, ‘Ya Allah, benarkah aku dalam perjalanan menuju Tanah Haram Mu’ ?). Memang telah lama berhajat untuk menjadi tetamuNya sebagai salah seorang jemaah haji, bukan setakat umrah… namun, bila ‘kad jemputan’ dariNya belum diterima, berbagai halangan yg datang. Tahun sebelumnya ,2008, adik kandung ana bersama suami dihulurkan jemputan oleh Allah untuk menjadi tetamuNya. Adakah ana iri hati? Alhamdulillah, Allah masih menjaga hati ana untuk turut merasa gembira untuk mereka. Seingat ana, macam2 nasihat cuba ana pesankan pada mereka, hatta artikel dari majalah juga ana recommendkan buat bekalan mereka di sana. I was so happy for them.

Tiba saat mereka memulakan manasik haji mereka, ana di sini berkira2 apa yg sedang mereka lakukan sekarang…seolah2nya ana bersama mereka. Itu perasaan ana. Doa dititipkan buat mereka, mudah2an Allah permudahkan segala urusan mereka di sana, semoga mereka pulang dengan hadiah paling bernilai dari Tuan punya ka’abah. Hati terus berkata2… ‘If only ana di sana bersama mereka, alangkah bahagianya ana…’
Sepulangnya mereka ke tanah air, ana cuba mencari masa untuk bersua dan bertanya khabar…tak sabar rasanya nak mendengar pengalaman mereka face-to-face. Apa yg sangat2 berharga bagi ana, apabila adik ana dengan tak sempatnya bercerita, bagitau ana,

“Long, masa Ana di Arafah, ana terlelap barang sepicing sebab terlalu ngantuk dan letih, tiba2 Ana nampak muka along betul2 di depan Ana, jelas sangat, then Ana terjaga, dan Ana nangis waktu tu … teringatkan along. Ana tau along nak sangat datang ke sana…”

Kami menangis berdua, speechless, tak dapat nak kata apa. Tapi, mulai saat itulah, ana berazam sangat2 untuk berusaha sehabis mungkin agar ana dapat jugak ke Mekah, dapat jugak dijemput menjadi tetamu Allah. Pada ana, setakat niat aje nak pergi, belum memadai, Allah nak ana berusaha sungguh2 untuk itu, tak cukup dengan berangan2, tapi ana kena berusaha lebih lagi untuk merealisasikan impian ana. Ana mesti atur strategi ke arah itu, dan Alhamdulillah…tahun berikutnya, 2009, akhirnya Allah swt memilih kami dan menghantar kad jemputanNya yang ana sambut dengan penuh rasa syukur di hati.

14 Nov 2009, tarikh yg ditetapkan oleh tabung haji untuk pakej kami, pakej Mitra Kembara bersama Ustaz Abd Halim Abdullah, yg juga merupakan Naib Presiden I Isma dan YDP Isma Negeri Sembilan. KT 76, diminta berkumpul di Kelana Jaya pada jam 3 pagi dan dijangka akan bertolak dari KLIA jam 7.30 pagi Sabtu 14 Nov.
Meninggalkan anak2, bukan sesuatu yg mudah untuk dilakukan, especially bila anak2 masih bersekolah rendah, dan ana tak punya bibik, bermakna ana kena tumpangkan mereka dimana2 yg sesuai. Kisah ‘perpisahan sementara’ kami dari perspektif anak ana, dapat di baca dari blog beliau di farewell dear mom and dad

Alhamdulillah, Allah mudahkan bagi kami, bagi ana dan suami. Bukan kami tak merindui mereka, tambahan pula ana yg tak bekerja ni, selalu bersama mereka, tapi semuanya dapat kami jalani dengan baik, atas bantuan Allah swt tentunya. Doa dari anak2, pasti menjadi antara faktor penguat kami di sana.

di Kelana Jaya jam 4 pg

Berlepas dengan Saudi Air dari KLIA terus ke Jeddah, Alhamdulillah, semuanya lancar. Segala urusan dimudahkan Allah. Bersama2 dalam pakej ustaz Halim lebih kurang 150 orang. Urusan di Jeddah airport juga berjalan dengan baik, akhirnya kami tiba di Bandar Mekah tepat2 waktu azan Isya, namun hanya selamat sampai ke Hotel Darul Hazmy, Mekah, sekitar jam 9 malam. Lalu ustaz mengarahkan kami untuk masuk bilik, solat dan berehat secukupnya malam itu, dan kami diminta berkumpul semula di lobby hotel jam 3 pagi untuk ke Masjidil Haram bersama melakukan tawaf umrah, mahupun tawaf qudum (tertakluk pada jenis haji yg dilakukan tiap jemaah).

sedang berkumpul dan bersiap utk ke masjid

Sewaktu dalam bas lagi, suasana riuh para jemaah haji jelas kelihatan dan dapat dirasai. Bas berpusing2 mencari jalan masuk ke hotel, maka kami berkesempatan melalui deretan kedai yg cukup meriah dengan para pengunjung. Ana sempat beringat di hati,

“Sekarang bukan masanya untuk shopping! Selesaikan bab haji dulu. Itu sebab sebenar kami di Tanah Haram! Bukan untuk bershopping!!”

Namun, ana akui, naluri seorang wanita yg memang gemar membeli belah itu, tetap meralitkan ana sepanjang duduk dalam bas memerhati kemeriahan di kedai2 tersebut. Sempat juga mata melilau memerhati sambil hati mula berkata,

“Hmm, yg itu elok jugak untuk si anu, hah, yg ini molek sangat untuk si ani…”

Subhanallah…dalam beringat tu pun, sempat jugak terbabasnya…memang dugaan itu di mana2, kerana syaitan tak pernah berehat dari melalai dan memesongkan kita.

Maka ana di’tegur’ oleh Tuan yg menghantar kad jemputan…………

Sebelum jam 3 pagi, ana dan suami sudah berada di lobby seperti yg dijanji. Dengan beg sandang masing2 tersangkut di leher tiap jemaah, kami melangkah menuju ke Masjidil haram beramai2. Walaupun ketika itu dini hari, namun suasana sudah cukup meriah, cukup ‘alive’, seolah2 penghuninya tak tidur malam. Sambil bergerak, Ustaz Halim memberi berbagai panduan termasuk laluan dan land mark untuk mengenal jalan pulang ke hotel dari masjid nanti.

menara masjidil haram dari kejauhan

Sesampai berdekatan pintu Masjid Haram no. 79, keadaan menjadi terlalu sesak dengan jutaan manusia yg berpusu2 berusaha memasuki masjid. Keadaan cukup sesak dan padat. Manusia dari pelbagai pelosok dunia, masing2 berusaha keras untuk masuk ke dalam masjid dan mendapatkan sof dan tempat terbaik untuk bersolat di dalamnya. Ana yg merasa rimas dengan beg sandang tersangkut di leher, mengubah strategi menyangkut beg di bahu kiri agar leher terasa ringan. Dalam kepadatan manusia bertolakan di pintu masuk, hati terdetik,

“Ni beg duk sebelah, bukan depan, ada jugak yg seluk ni nanti…. tapi, takpa lah, aku titipkan ia pada Allah untuk menjaganya!”

Subhanallah, MasyaAllah… masuk je dalam masjid, cuba buka beg nak ambil keluar sejadah, ana perasan zip beg dah siap terbuka and sure enough, purse ana pun dah gone sama…..

Perasaan ana waktu tu, tak terkesan langsung, bohong. Berderau rasanya darah ana sekejap, memikirkan sempat ada tangan menggagau beg ana sebentar tadi, tapi syukur ana jadi tak kalut, mungkin sebab teringat ana dah titipkan pada Allah, so… dia ‘kembali’ pada Allah lah jawabnya.

Banyak ke benda dalam tu?

Nanti ana sambung kendian ye. Banyak pengajaran yg ana dapat dari peristiwa ni, dan ana nak berkongsi dengan yg sudi, Cuma bukan sekarang , insyaAllah, ana akan sambung semula dalam masa terdekat ni nanti…
Till we meet again.
Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s