Kembara – 2

So, what happened next?

How do I feel, missing my purse at the very first day of my ‘journey’ which I longed so much?

Like I already said, kalau kata I didn’t feel anything, memang ana tipu… Macam2 yg menerjah hati dan fikiran ana pertama kali menyedari kehilangan itu. Ana rasa malu nak heboh ke orang lain, terasa malu kerana Allah ‘menghukum’ ana di hari pertama ana menjadi tetamuNya, seolah2 Allah tak terima kedatangan ana. Ana terlalai untuk mencari keadilan Allah (dipukulan pertama) atas hukumanNya pada diri ana.

Cuba mententeramkan hati dengan solat2 sunat sebelum menjelang azan subuh, ana akui, ana masih gagal untuk benar2 merasa tenang. Yang kerap bermain di kepala ana;

“Why me? Why here? and why now? Banyak sangat ke dosa ana selama ni, buruk sangat ke perangai ana sampai jadi macam ni? Duit tu duit haram ke? Padahal, semua duit tu dari saudara2 dan rakan2 kenalan ana je pun. Besides, I have tried so hard to improve myself, to become a better person, kenapa Allah masih nak ‘hukum’ ana macam ni?”


Astagfirullahal ‘adzim… itulah ana! Itulah lemahnya ana! Yang buruk2 sangka tu lah yg datang terlebih dahulu menerpa hati kecil ini. Kenapa ana kata buruk? sebab semua tu buat ana tak boleh nak fokus dengan amal2 yg lain. Ana asyik rasa resah dan demotivated untuk beri yg terbaik dalam gerak kerja ana. Ana jadi murung dan sugul for a few minutes…betapa semua itu memberi kesan pada diri ana, kesan yang negatif. Semuanya membuktikan, ana insan yg sangat lemah. Jauh lagi ana dari sifat redha seperti yg dituntut dalam Islam.

Ya Allah, sampai sebeginikah dunia mengesani diriku?

Menyedari hati ana semakin sugul, ana cuba sedaya upaya untuk memusingkan semuanya agar lebih positif. Kalau perlu ana nangis, nangislah! Asalkan ana bersemangat kembali. Puas ana pujuk hati dan diri, turun naik iman terasa jelas ketika itu. Sekejap terasa redha, sekejap terasa sayu kembali. Tidak setakat sayu, tapi sehingga hilang semangat dan malu yg tak bertempat.

Susunan Allah, selepas solat subuh, Ustaz Halim membawa kami bertawaf, lalu doa2 dlm buku panduan doa itu pun ana baca, disusuli dengan doa2 lainnya. Masuk pusingan tawaf yg keempat, antara doa yg dibaca,

‘Ya Allah, puaskanlah aku dengan anugerah yg telah Engkau berikan, berkatilah untukku atas semua yg telah Engkau anugerahkan kepadaku, dan gantilah apa2 yg hilang dariku dengan kebajikan dariMu.’

Subhanallah!! Seperti baru tersedar dari lena dan mimpi ngeri, ana terketuk dan tersentuh kuat dengan kalimah2 doa tersebut… Sesungguhnya,Allah masih kasihkan diri ini, maka diberinya ujian dan tarbiyah…

Suami tak tau lg kisah tu, sengaja tak mahu menarik suami dalam kemelut yg ana rasa, selesai umrah sewaktu kami jalan pulang bersama ke hotel, baru ana bagitau dia. seperti biasa, dia terkejut, tetapi tidak marah. Dia hanya bertindak menelefon anak sulong ana di Malaysia untuk notify banks yang bank cards etc are all missing, supaya semuanya disekat oleh bank. Alhamdulillah, tindakan pantas suami dan anak ana, semuanya okay lepas tu.

Yang nak ana kongsikan di sini, selepas beritahu suami, hati ana menjadi lebih tenang. Akhirnya ana lega. Ana renung kembali setiap yg berlaku sedari awal tiba di Mekah, sehingga saat ana beritahu suami sekitar jam 7.30am tu, terlalu banyak yg ana perolehi.

1. Ana lebih mengenali kelemahan diri ana sendiri.

i. Sangkaan ana, dengan sedikit bekalan ilmu yg ada, ana sudah menjadi insan yg redha, tetapi bila berlaku insiden seperti ini di Mekah, impaknya pada diri ana masih kuat, memberi tanda pada diri bahwa jauh lagi perjalanan ana untuk mendidik hati dan diri. Ana sebenarnya masih tersangat lemah. Menghadapi musibah di Malaysia, lebih mudah untuk ana hadapi, berbanding di sana. Kenapa agaknya ye?

2. Ana hargai sangat2 tarbiyah Illahi atas diri ana.

i. To keep my priority straight, antara haji dan excitement to shop. Walaupun belum berniat nak membeli belah, tapi hati yg cenderung ke arah itu di ‘tegur’ lembut tapi tegas oleh Tuan Rumah.

ii. Dengan berlakunya kehilangan setelah hati terdetik merasa ia akan hilang, membuatkan ana rasa Allah benar2 ‘dekat’. Sesungguhnya Allah terlalu dekat dengan kita dan dia mendengar cetusan hati setiap hambaNya, maka berhati-hatilah.

iii. Bila hati sudah ambil keputusan untuk menitipkan segalanya pada Allah, maka keikhlasan ana di uji. Apakah benar ana ikhlas menitipkannya kepada Allah? Kalau ye, kenapa harus ana gelisah? Maka ibrahnya bagi ana, ‘semak semula keikhlasan mu dalam setiap sesuatu yg kamu lakukan…’ Dan ana sepatutnya merasa beruntung ditegur Allah seawal itu, sebelum semuanya berakhir dalam keikhlasan yg samar-samar. Syukur yg tak terhingga atas kasih sayang Allah pada hambaNya yg kerdil ini.

iv. Ana sepatutnya kuat mendidik hati dan diri untuk merasai bahwa di dunia, nikmat yg Allah kurniakan adalah setelah kita menjalani ujianNya dahulu. Berbeza dengan nikmat di akhirat, yg tiada lagi didahului dengan ujian sebelumnya, kerana ujian kehidupan dunia itu, ganjarannya adalah di akhirat. Sepatutnya ana berupaya mencari hikmah nikmat atas apa yg berlaku, bukan membiarkan gelisah dan bisikan jahat syaitan melemahkan semangat ana sejak awal tadi.

v. Ana juga belajar bahwa semuanya adalah atas diri kita untuk membuat keputusan bagaimana menerima setiap yg berlaku. Positif atau negatif, adalah pilihan kita. Betul, we can blame others for their misconducts, dan berterusan dalam kesugulan merasa betapa kita ini sebagai mangsa. Tapi itu semua tidak membawa kita ke mana2, kecuali kita sendiri yg ‘bangkit’ dan belajar dari semua yg berlaku.

Ana dapat merasai kelainan kesannya kali ini berbanding dengan ujian2 sebelumnya yg menimpa ana di bumi Malaysia. Sesungguhnya, bumi Tanah Haram itu memang istimewa. Berlakunya ujian di sana pada ketika musim sebegitu, memang luar biasa kesannya, kerana luar biasa tarbiyahnya….

Bersama suami ketika lawatan ke Muzium

3. Ana hargai sikap matang dan cool suami ana, sehingga hati ana menjadi cukup lega dengan semuanya. Kemampuannya untuk tidak marah, tapi bertindak secara rational, benar2 membantu ana memujuk hati sendiri. Walaupun kata2 pujukan itu tidak terlafazkan (kerana dia pun tak tahu ana sedih sebenarnya…), tapi cukup dengan tindakannya, ana terubat. Dan ana bersyukur dikurniakan suami seperti itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s