Archive | January 17, 2010

Antara Dua Kelebihan

manusia memenuhi dataran luar masjid

Suasana sekitar bandar Mekah saat hampir-hampir waktu wukuf, memang sarat dengan manusia. Bayangkan, jutaan manusia datang berkumpul di satu tempat pada masa yg sama untuk tujuan yg sama. Subhanallah… Tiap hari kita berdepan dengan kesesakan manusia di mana2. Sepanjang jalan nak ke masjid, memang melimpah dgn manusia. Dalam kedai2 makan dan restoran, memang penuh sesak tak terbayang. Syukurlah, pakej menyediakan makanan di hotel masing2. Kalau jadi macam jemaah Indonesia, contohnya, sudahlah datang dengan belanja yg jauh lebih mahal dari kita, hotel pulak memang jauh sungguh dari hotel2 jemaah Malaysia, makanan juga tak disediakan. Maka terpaksalah mereka berkongsi membeli makanan di restoran2 yg ada, walaupun harganya sengaja dinaikkan pada musim haji. Sangatlah mahal… sebab tu mereka berkongsi.

para jemaah memenuhi bhg dalam masjidil haram

Bila tiba malam hari, seusai solat isya, atau sewaktu dini hari, ketika mula bergerak ke masjid untuk solat subuh, perjalanan kami pasti akan melalui deretan2 manusia yg sedang berehat samada sambil sembang dan makan, atau sudah siap terlelap dengan mimpi masing2. Rupa2nya, ramai saje manusia yg datang tanpa ada tersedia tempat untuk mereka berteduh. Maka dalam terik panas mentari di waktu siang, mereka berlindung di bawah bayang2 bangunan sekeliling masjid. Bila malam mula melabuhkan tirainya sambil suhu mula jatuh membawa rasa dingin pada tubuh, diserbu pulak angin sejuk yg menggigit tulang, kebanyakan mereka akan mengerekot di atas hamparan tikar atau kotak2 yang dileperkan, dengan sehelai kain selimut yg litup menutupi hujung kepala ke hujung kaki mereka. Ya Allah…. bersungguh2nya mereka mengharungi susah dan payah demi menunaikan Rukun Islam yang kelima. Mujahadah mereka menghadapi semua itu, pastinya tidak sia-sia di sisi Mu.
Continue reading

Advertisements