~ Lessons Learnt di Mina (1) ~

Permandangan khemah2 di Mina

Berada di Mina bersama-sama dengan suluruh umat manusia yg mengerjakan haji tahun itu, sudah dimaklumi keadaannya oleh semua yg sudah mengerjakan haji sebelum ini, maupun mereka yg telah mendengar/membaca berita tentang keadaannya di sana. Kesesakan manusia dalam khemah-khemah, tidur yg bersesak mengundang ketidakselesaan, beratur menunggu giliran ke tandas, makan yang bukan punya banyak pilihan lain lagi, malah seribu satu ujian harus ditempuhi sebagai saringan menguji keimanan masing2.

Suasana padat dalam khemah di Mina

Namun, mengikut Us Halim, bukan itu yg patut diketengahkan dalam megisahkan pengalaman di Mina. Terlalu banyak pengajaran yg perlu diteliti, dikaji, diambil iktibar dan dihayati sebagai bekalan hidup kita seharian. InsyaAllah, itulah yg akan ana cuba coretkan di sini.

Perjanjian Aqabah yang berlaku antara Rasulullah saw dengan 12 orang pemuda Madinah, kisahnya bermula di Mina. Selepas Tahun Kesedihan yang dialami Baginda saw, Baginda keluar mencari sokongan dari kalangan bangsa Arab sekitar jazirah. Baginda ke Taif, sambutannya hampa. Baginda menunggu musim haji, mengajak manusia menerima Islam dan berjuang bersamanya, ditolak halus oleh sebahagian kabilah kerana takutkan Quraisy yg berkuasa saat itu, ada juga yg menolak mentah2 hanya kerana ego, sombong dan berkepentingan. Saban tahun Baginda saw berusaha keras mengguna peluang berkumpulnya manusia dalam musim haji untuk menyeru mereka kepada Allah. Dan pada setiap peluang itu jugalah, digunakan oleh bapa saudaranya Abu Lahab untuk membuat seruan balas yg menyongsang, menghalang usaha dakwah Rasulullah saw, tahun demi tahun.

Di luar Maktab 86, bersiap nak melontar.

Pada musim haji di tahun ke 11 selepas nubuwahnya, Baginda terus berusaha menyeru manusia, sehingga membawa Baginda hingga ke Mina, memasuki khemah demi khemah, bermula dari khemah yg hebat-hebat, dengan harapan manusia ‘hebat’ di dalamnya dapat membantu Baginda saw dengan kehebatan mereka. Namun, dengan ketetapan Allah jua, tiada satu kabilah maupun seorang manusia yg mahu atau berani menerima dan memberi jaminan kepada Baginda. Lalu, dalam perjalanan pulang ke Mekah, dalam keadaan sedih dan hampa, Baginda menemui sekumpulan pemuda dari Yathrib seramai enam orang yg sedang bercukur, di kawasan Al Aqabah, lalu Baginda mendekati dan berdakwah kepada mereka. Dengan izin Allah, hati mereka terbuka untuk menerima Islam dan berjanji untuk menyebarkannya ke tanah air mereka nanti. Lalu mereka pulang bersama dengan Menteri Pendidikan pertama Islam, Musa’ab bin Umair. Mus’ab, seorang anak muda yg bijak, yg juga merupakan duta Islam pertama, mengajar penduduk Yathrib mengenai Islam, sehingga Islam bertapak kukuh di sana.

Selesai melontar

Mendengar semula huraian sirah ini dari mulut Us Halim, kesannya di hati terlalu berbeza kali ini. Sudah acap kali kita mendengar, kita membaca malah kita sendiri menghuraikannya semula kepada anak2, pelajar maupun rakan2, tetapi, dengan beradanya kita ditapak sirah itu sendiri, membuatkan kita merasa kelainan yg cukup besar. Kesannya terlalu hebat…sukar untuk digambarkan…pesan ana pada yg di luar sana, sebelum berangkat menunaikan haji atau umrah, especially bila dengan rombongan Us Halim, pelajari sirah Rasulullah saw dahulu, dan rasailah sendiri kesannya nanti.

Berpijak dibumi Aqabah, sebuah tempat jamrah yg terletak antara Mekah dan Mina, menyaksikan sendiri tempat2 bercukur yg terdapat di situ, somehow, terasa seperti terbayang2 peristiwa dalam huraian sirah itu di depan mata. Bagaimana enam lelaki Yathrib yg sedang bercukur itu didatangi Rasulullah saw, lalu ;

tanya Baginda, “Siapakah kamu sekalian?”
Jawab mereka, “Kami dari puak Al Khazraj.”

“Jiran org2 Yahudi?”, tanya Baginda lagi.
“Ya.” jawab mereka.

Maka Rasulullah saw meneruskan bicara,

“Relakah duduk sebentar untuk ku bercakap sepatah dua?”
Lalu baginda menyampaikan seruan Islam kepada mereka beserta beberapa potong ayat Al Quran.

(Dialog di atas, petikan dari Fiqh Sirah 1 – M.Said Ramadhan Al Buti)

Nun di kejauhan, adalah bangunan jamrah

Seruan Baginda saw, disambut baik oleh keenam2 lelaki tadi, lalu bermulalah episod pengembangan dakwah ke Madinah (dahulunya Yathrib) sejak dari peristiwa di Aqbah tersebut. Maka sewajarnya, ingat Mina, ingat melontar. Ingat melontar, pasti ingat Aqabah. Maka datanglah pengajaran demi pengajaran bersama peristiwa di Aqabah, di Mina….

1. Nabi saw diuji hingga ke satu tahap yg paling kritis. Diuji dgn Tahun Kesedihan, hilangnya dua manusia paling berjasa dalam hidup Baginda, bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercinta Saidatina Khadijah r.a . Kesengsaraannya di Thaif dan kesungguhannya menyeru di khemah2 di Mina, hingga ke hujung jalan dalam perjalanan pulang meninggalkan Mina untuk kembali ke Mekah, Baginda terus berusaha. Terus dan terus hingga Allah swt ‘mengiktiraf’ kesungguhan Baginda saw, dipertemukan dengan enam lelaki tanpa khemah.

Sama seperti Nabi Ibrahim a.s yg diuji hingga kehujung mata pisau sudah mencecah kulit Nabi Ismail a.s, barulah Allah menukarkan anaknya dengan seekor kibas. Setelah terbukti kesungguhan mereka, lalu Allah memberikan ‘kemenangan’.

Maka begitulah juga iktibarnya untuk kita. Kita akan terus diuji dan diuji sehingga terbukti kesungguhan kita dengan lisan dan perbuatan kita, maka di situ, yakinlah, pasti akan dikurniakan kita kemenangan.

Bergambar dengan Us Halim (memegang hailer)

2. Enam pemuda Yathrib tadi terbuka hatinya dengan seruan Rasulullah saw kepada Islam setelah menyedari apa yang disampaikan Baginda saw, pernah disebut2 oleh kaum Yahudi, jiran mereka di Yathrib. Kaum Yahudi, golongan ahli kitab dan berilmu pengetahuan. Ketika bersengketa dengan puak2 di Yathrib, mereka (Yahudi) selalu berbangga2 dengan kemunculan seorang nabi dari kalangan mereka yg akan membantu mereka dan menghapuskan musuh2 mereka. Lalu, bilamana Rasulullah saw memperkenalkan dirinya sebagai nabi Allah, enam pemuda Khazraj tadi, dengan penuh gembira menyambut seruan dan bersedia menjadi kaum yg terlebih dahulu berpihak kepada nabi yg mereka (Yahudi) maksudkan. Lalu kembalilah mereka ke Yathrib sebagai muslimin bersama2 dengan duta Islam pertama, Mus’ab bin Umair, yg ditugaskan baginda sebagai guru dan juru dakwah ke Yathrib. Dan mereka berjanji untuk datang lagi dalam musim haji tahun berikutnya.

Lihatlah, betapa Allah menyusun segalanya. Musuh Islam itu sendiri yg membuka jalan untuk lebih meluas lagi tersebarnya seruan Islam dari seorang nabi. Mereka memudahkan usaha penyebaran dengan ajaran dari kitab mereka sendiri. Kemenangan yg Allah kurniakan, kadang2 datang dari hasil tangan musuh itu sendiri.

Mereka juga menyakini dan mereka menanti, namun bila tiba masanya untuk mereka beriman dengannya, mereka menolak dengan alasan ‘bukan dari kaum kami’. Kesombongan mereka telah mengaburi sesuatu yg selama ini mereka yakini dan mereka tunggu. Sesungguhnya wahai diri, jauhilah keangkuhan tapi hiasilah dengan keikhlasan.

InsyaAllah, akan bersambung.

One thought on “~ Lessons Learnt di Mina (1) ~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s