Archive | February 2010

Lesson di Mina (3)

Lalu ustaz meneruskan tazkirahnya dengan mengisahkan semula Perjanjian Aqabah yang Pertama.

Bersama Ustaz dan jemaah lain berdekatan bangunan melontar Jamrah.

Selepas pulangnya enam orang sahabat dari Yathrib, seperti yang ana kisahkan dalam entry sebelum2 ni, memang menjadi nature orang Arab, sangat ‘taksub’ dengan keluarga dan puak mereka, maka dengan pantasnya mereka menyebarkan ajaran Islam untuk dinikmati keindahannya oleh seluruh ahli keluarga masing-masing . Maka dalam masa setahun, lebih tiga ratus orang Yathrib (Madinah) telah memeluk agama baru yang dibawa oleh Rasulullah saw, lalu pada musim haji tahun seterusnya, seramai 12 orang ke Mekah untuk menunaikan haji.

Kawasan melontar dgn bangunan yg memuatkan ketiga-tiga Jamrah Aqabah, Wusta dan Ula.

Dan bersama dengan 12 orang inilah, berlangsungnya perjanjian Aqabah Pertama diantara mereka dengan Rasulullah saw. Menurut cerita dari Ubaidah bin Al Samit (salah seorang dari 12 sahabat dari Madinah), Rasulullah saw menyeru;

Continue reading

Lesson di Mina (2)

Berada dalam khemah-khemah biasa di Mina, sangat menguji kesabaran.

Masakan tidak, bersesak berhimpit, dengan beg-beg barang, tuala dan baju-baju, semuanya di situ jugalah tempatnya. Rakan sekhemah ana pernah berkesempatan menyinggah ke salah satu khemah mewah yang datang dgn pakej RM65,000 seorang….Wahhhh. Memang mewah, umpama hotel empat lima bintang… Sudahlah dekat dengan tempat melontar, toilet pun banyak dan selesa, service memang first class. Ada duit, semua boleh jadi, kan?

Tapi, bukan itu yang nak diceritakan di sini. Khemah kami yang pergi dengan pakej swasta, rata-rata ditempatkan berdekatan antara satu sama lain. Bermakna, we’ve got to share toilets and bathrooms, which is good. Otherwise, kita tak berkesempatan beramah mesra dengan rakan2 jemaah haji dari pakej yang lain pulak….So, bila dah duduk dekat2, sedikit sebanyak adalah benda2 yang dibandingkan antara khemah ini dan khemah itu, walaupun bukan itu niat di hati.

Pernah satu ketika, rakan sekhemah balik sambil merungut;

“Kenapa khemah kita sempit sangat2 ye? Khemah pakej **** tu, selesa je pun. Banyak ruang mereka. Takde lah macam kita ni hah, sampai nak jalan pun terpaksa langkah orang!” (Memang inilah gambaran sebenarnya…)

“Awak tau tak khemah pakej @@@ tu, siap bertilam lagi, bukan setakat lapang je. Padahal, bayar lebih kurang kita je!”

Dan banyak lagi kedapatan rungutan2 seumpama itu. Memang tak siapa dapat menjawab. Masing2 senyum kambing sambil mengangkat bahu, tanda tak tahu….

Tapi Allah swt yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, Dia mau hamba2Nya ini tahu, lalu disusun, keesokkannya, dalam sessi tazkirah Uz Halim (memang selalu ada sessi ni), Ustaz pun bercerita dari sirah Rasulullah saw.

Lalu terpacullah dari mulut ustaz;

‘Rasulullah saw dan para sahabatnya yang mengerjakan haji, keadaan dalam khemah Baginda dan sahabat samalah seperti yang kita alami sekarang. Mereka tidor dalam keadaan, bahu bertemu bahu, kaki berlaga kaki dan kepala bersentuh kepala. Begitu sekali ukhuwah para sahabat, sanggup bersempit sedemikian rupa, semuanya untuk mencari redha Allah swt.’

Hujan di Mina pada 10 Dzulhijjah 1430

Maka kami yang mendengar dalam khemah sebelah ni pun pakat mengangguk tanda faham. Bahwa apa yang Ustaz Halim beri pada kami, semuanya mengikut apa yang berlaku pada Rasulullah saw dan sahabat2nya, supaya kami dapat menghayati setiap yang berlaku mengikut sunnah Rasulullah juga. Masing2 kami merasa terlalu dekat, rapat dan lebih mesra selepas itu. Mungkin kerana merasa yang kami semua sedang cuba mencontohi kisah Nabi saw dan sahabat2nya sebanyak mungkin dalam sebanyak situasi yang boleh.

Ana sangat-sangat bersyukur berada bersama dengan pakej ni….Alhamdulillah.

Resolusi Kobanna

Berikut adalah Resolusi yang dicapai dari Konvensyen Pemikiran Hasan Al Banna dalam Melakar Agenda Bangsa.

1. Untuk menjayakan agenda Islam yang besar ianya mestilah bermula dengan membangunkan sebuah bangsa yang kuat. Oleh itu, selaku kaum majoriti, membangunkan semula bangsa Melayu Muslim menjadi pra syarat kepada kemuliaan islam di negara ini dan ia mesti menjadi gagasan utama pemimpin negara.

2. Perpecahan antara golongan Melayu Islamis dan Melayu Nasionalis yang berpunca dari sikap kepartian yang melampau menjadi punca kelemahan bangsa. Oleh itu ia mesti di hentikan segera supaya orang Melayu tidak terpesong dari tujuan asalnya dan terjebak dalam agenda orang lain.

3. Pemikiran humanisme yang meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat dan pusat kehidupan akan melahirkan bangsa Melayu yang tiada identiti Kemelayuan dan Ketimurannya serta hilang jatidiri sebagai seorang yang berani dan berpegang teguh kepada agama. Untuk menyekat pemikiran ini masyarakat Melayu Muslim mesti dikembalikan semula kepada pendekatan keagamaan.

4. Model Fikrah Islam Syumul Al-Banna yang merangkumi aspek akidah, ibadah, tanah air, bangsa, toleransi, kuasa, akhlak, budaya, ekonomi dan undang-undang terbukti telah berjaya menangkis fahaman dan ideologi Barat dan mampu membangunkan kembali jatidiri masyarakat.

5. Usaha mengubah nasib orang Melayu Islam di tanah air sendiri tidak akan membuahkan hasil jika Islam tidak diambil sebagai dasar dan falsafah. Memisahkan Melayu daripada Islam dalam konteks pembangunan sebuah bangsa yang berdaulat tidak akan membawa kesejahteraan, sebaliknya keadaan akan menjadi semakin gawat dengan pelbagai isu politik, ekonomi dan sosial.

6. Kekuatan jiwa merupakan kekuatan utama dalam kebangkitan mana-mana umat di sepanjang sejarah manusia, tanpa mengenepikan ekonomi dan politik. Kesedaran rohani yang kita inginkan ialah hati yang hidup, kebangkitan perasaan dan sentimen yang sebenar, hati baru yang menyala, perasaan yang bergejolak serta roh yang bercita-cita tinggi. Semua ini mesti di tanam di dalam jiwa bangsa Melayu Muslim.

7. Dalam menilai dan menentukan sikap terhadap sesuatu isu, masyarakat Melayu Muslim mesti berpandu kepada Maqasid Syarak dengan hujjah dari nas yang sahih bukan berasaskan kepentingan kuasa politik.

8. Tahaluf (Kerjasama) muslim dengan non muslim tidak boleh membawa kepada wala’ kepada non muslim apatah lagi untuk membantu mereka bagi menjatuhkan muslim lain . Ia hanya di benarkan apabila non muslim memenuhi syarat yang di tentukan syarak.

Kobanna (2)

Diperturunkan di sini beberapa pemerhatian dan penilaian pembentang tentang agenda pembangunan ummah mengikut Imam Al Banna dalam konteks perlaksanaannya di Malaysia.

1. Pemikir dan pejuang bangsa di tanah air perlu menganalisis sejarah dan realiti dalam usaha memahami gambaran sebenar permasalahan umat. Kemelut umat Melayu Islam kini, bukanlah satu isu yang terasing dari gelombang realiti yang berlaku di dunia luar sana, maka menelitinya dari dimensi sejarah adalah satu keperluan yang mampu meletakkan kita di tempat yang tepat untuk memperoleh gambaran yang menyeluruh. Dengan itu, kita tidak lagi dipandu dengan isu, tetapi sebaliknya berupaya duduk di atas dan seterusnya mengemudi agenda kebangkitan semula kekuatan dan kekuasaan umat di rantau ini.

2. Nasib orang Melayu Islam di Tanah air sendiri tidak akan berjaya diubah jika Islam tidak diambil sebagai dasar dan falsafah bagi agenda pembangunan ummah. Jika Melayu dan Islam dipisahkan dalam bab pembangunan ini, bukan kesejahteraan yang diperolehi, malah sebaliknya keadaan akan menjadi lebih gawat dengan pelbagai isu politik, ekonomi dan sosial.

Continue reading

Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna – (1)

30 Jan 2010 merupakan satu hari yang bersejarah buat ahli Isma setelah berjaya mengadakan Konvensyen Pemikiran Imam AlBanna (Kobanna) di Dewan Seri Sarjana, UNITEN Putra Jaya.

Konvensyen yang dihadiri oleh hamper 3,000 orang peserta itu, rata-rata dimonopoli oleh golongan muda mudi belia beliawanis seluruh negara, dari Perlis hingga ke Johor seterusnya beberapa bas sewa dari Kelantan juga tidak ketinggalan. Syukur yang teramat sangat ke hadrat Illahi yang telah mempermudahkan segala urusan, dari seawal persediaan, pendaftaran, pembentangan hinggalah kepada resolusi yg dicapai.

Continue reading