Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna – (1)

30 Jan 2010 merupakan satu hari yang bersejarah buat ahli Isma setelah berjaya mengadakan Konvensyen Pemikiran Imam AlBanna (Kobanna) di Dewan Seri Sarjana, UNITEN Putra Jaya.

Konvensyen yang dihadiri oleh hamper 3,000 orang peserta itu, rata-rata dimonopoli oleh golongan muda mudi belia beliawanis seluruh negara, dari Perlis hingga ke Johor seterusnya beberapa bas sewa dari Kelantan juga tidak ketinggalan. Syukur yang teramat sangat ke hadrat Illahi yang telah mempermudahkan segala urusan, dari seawal persediaan, pendaftaran, pembentangan hinggalah kepada resolusi yg dicapai.

Konvensyen kali ini agak istimewa kerana topic yang dibawa adalah merupakan satu kelainan kepada masyarakat. DALAM MELAKAR AGENDA BANGSA, mengungkap pemikiran Imam Al Banna dalam menangani isu2 jatuh bangunnya Islam dek kerana jatuh bangunnya sesebuah bangsa setempat. Tanpa meminggirkan hak mereka2 yang berhak, baik dari kalangan orang Islam yg berbangsa minority maupun yg bukan Islam di bumi Malaysia ini, beberapa kertas kerja yg disusun telah berjaya mengenengahkan betapa perlunya bangsa tunggak setempat memainkan peranan untuk bangkit dengan penuh kekuatan dalam segala aspek, dan kebangkitan itu hanya akan berjaya dengan kebangkitan Islam dalam jiwa anak bangsa setempat.

Pembentangan pertama oleh Ust Rusydi Alias, membawa peserta mengkaji lalu membuat perbandingan antara method2 perubahan dan ideologi2 yg diperkenalkan sepanjang zaman, terutama oleh penjajah dari Barat dengan method pemikiran Imam Hassan Al Banna dalam mencorak cara hidup manusia seharian. Beza antara beberapa ‘isme’ yang diperkenalkan Barat dan diguna pakai oleh hampir semua negara di dunia dengan method oleh Al Banna yang dipandu oleh Al Quran dan Sunnah dibentangkan untuk membuka minda para peserta akan kesyumulan dan kesempurnaan Islam (rujuk Surah Maidah : ayat 3) berbanding segala ‘isme’ yg umpama menggali lubang baru(jalan penyelesaian) untuk menutup lubang yg lama (masalah) , tapi lubang (masalah) tetap berlubang (bermasalah).

Secara spesifiknya, kertas kerja ini mengungkap agenda Humanisme (‘isme’ ciptaan manusia) yg meleburkan identity dan jatidiri sesuatu bangsa dan agama, Melayu dan Islam secara khususnya di Malaysia, dan memperkenalkan model fikrah Al Banna yg mengguna pakai cara Islam yg syumul, tanpa menidakkan kepentingan kuatnya bangsa tunggak sesebuah negara bagi menangkis ancaman Humanisme dan ideology Barat yg lain.

Pembentangan kedua oleh Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman, menyambung kertas kerja pertama dalam memberi huraian yg lebih terperinci mengenai metod pemikiran Al Banna dalam menangani kemelut yg sedia ada melalui agenda pembangunan umat secara menyeluruh dan bersepadu. Sesuatu yg menarik perhatian di sini, apabila contoh kejatuhan Bagdad satu ketika dulu oleh Tartar dan kejatuhan Uthmaniyyah pada tahun 1924 dibuat perbandingan. Islam tetap berjaya mengekalkan kegemilangannya walaupun Bagdad jatuh ke tangan Tartar, gara2 kelemahan pemerintah Islam ketika itu. Namun, apa yang berlaku, dunia menyaksikan yang menakluk akhirnya memeluk agama yg ditakluk, sesuatu yg tidak pernah berlaku sebelumnya. Semua itu adalah kerana, Islam tetap kukuh dan utuh dalam jiwa rakyat, walaupun pemerintahannya lemah kerana factor ‘wahan’, antaranya.

Manakala, ketika kejatuhan Uthmaniyah, bukan setakat pemerintah Islam yg lemah, tetapi umat Islam seluruhnya juga telah lemah ibarat buih-buih lautan yg terumbang ambing dibawa arus tanpa arah.

Maka, pembentang mengajak para peserta untuk menilai corak perubahan yang efektif yang sepatutnya dititik beratkan dalam mencorak kemenangan Islam di seluruh dunia, amnya, dan di bumi Malaysia khususnya. Pemikiran Al Banna terhadap agenda pembangunan ummah perlu dikaji dengan lebih teliti penuh keikhlasan untuk membawa Islam kembali ke tempat yang selayaknya, memimpin dunia.

Pembentangan dibuat secara agak detail mengenai pendekatan yg perlu diambil untuk menjamin kejayaan. Bagaimana Islam yg syumul itu harus dipraktikkan dalam kehidupan. Islam yg lengkap meliputi segala system kehidupan manusia, baik pendidikan, ekonomi, ketenteraan, kehakiman, social dan politik itulah merupakan satu2nya jalan penyelesaian yang menyeluruh untuk keluar dari kemelut yang kita hadapi sekarang.

Pembentang juga mengenengahkan pendekatan bagaimana membaiki individu itu amat penting, disusuli dengan keluarga, masyarakat dan seterusnya tanah air, negara sehinggalah menjadi pemimpin dunia yg menyebarkan agama yg satu2nya diredhai Allah. Bagaimana undang2 perubahan itu telah dikenal pasti oleh Al Banna dalam memastikan perubahan yang ingin dibuat itu beroleh kejayaan.

Secara ringkasnya, undang2 perubahan itu adalah seperti berikut :

1.Ideologi/falsafah melatari perubahan : tidak lain tidak bukan adalah Islam itu sendiri.
2. Kekuatan dalaman (Kehendak dan semangat) : Kekuatan jiwa mendahului kekuatan2 lain seperti ekonomi, politik dll. (Rujuk Ar Ra’d : 11)
3. Perubahan kendiri : Menyedari kepentingan kekuatan jiwa, ianya harus dimulai dengan perubahan pada diri sendiri.
4. Elemen pemuda : yang merupakan tulang belakang operasi perubahan dan pembangunan umat, maka para pemuda Islam harus menyedarinya dan kembali kepada identity dan jati diri seorang mukmin sebenar.
5. Penyediaan pejuang : Isu pokok yang paling penting dalam menyediakan para pejuang yang berhabisan dalam perjuangan adalah isu tarbiyah dan pendidikan. Maka tarbiyah dan pendidikan bukanlah sesuatu yg harus dipandang ringan, sebaliknya merupakan isu utama yg perlu ditekankan bagi memastikan survival mana2 agenda perubahan.
6. Pertembungan yang pasti : sudah menjadi sunnatullah, persaingan seruan, pertembungan ideology dan kepentingan adalah antara duri2 yg ditabur sepanjang jalan perubahan dan perjuangan. Lalu, persediaan yg secukupnya perlu dibuat untuk menempuh jalan sukar berisiko tinggi dalam menuju perubahan ini.
Kerangka pemikiran yang dibawa oleh Imam Al Banna adalah Islam itu sendiri, mengikuti rentak dakwah sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw dahulu. Penegasan Al Banna mengenai isu kebangsaan juga tidak lari dari alignment Rasulullah saw sendiri.

Misi perubahan oleh Imam Al Banna juga dikupas baik oleh pembentang. :
1. Melepaskan umat dari kemelut politik dan membinanya semula.
2. Menyekat arus tamadun kebendaan.
3. Menegakkan system Islam yang syumul.
4. Memimpin dunia dan membimbing manusia.

Manakala tujuh objektif perubahan disusun secara berurutan, sebagai satu pelan tindakan yang sistematik , dan perubahan dapat dilakukan dengan berkesan, bermula dari :
1. Membaiki diri sendiri.
2. 2. Membina keluarga muslim.
3. Membimbing masyarakat.
4. Membebaskan tanah air.
5. Memulihkan kerajaan.
6. Mewujudkan kembali sebuah Negara untuk umat Islam.
7. Menjadi pemimpin dunia dan menyebarkan Islam, the only religion di sisi Allah.

Wasilah-wasilah yang dikenalpasti untuk di praktikkan adalah:
1. Dakwah
2. Tarbiyah
3. Perjuangan perlembagaan
4. Jihad – dalam erti kata yg sebenar, bukan seperti yg dakyahkan oleh musuh.

Menurut Imam Al Banna, kekuatan paling utama adalah kekuatan akidah dan keimanan, diikuti dengan kekuatan kesatuan dan perpaduan, diakhiri dengan kekuatan ketenteraan dan persenjataan.

Memandangkan pemerhatian, penilaian, rumusan dan cadangan penulis dan pembentang kertas kerja ini begitu baik, cantik dan tepat sekali pada hemat ana, izinkan ana menyambung ulasannya di posting yang lain nanti, bersama dengan pembentangan kertas kerja ketiga oleh Ustaz Mohd Fauzi Asmuni yang bertajuk :
Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak

InsyaAllah.

Mohon doanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s