Lesson di Mina (3)

Lalu ustaz meneruskan tazkirahnya dengan mengisahkan semula Perjanjian Aqabah yang Pertama.

Bersama Ustaz dan jemaah lain berdekatan bangunan melontar Jamrah.

Selepas pulangnya enam orang sahabat dari Yathrib, seperti yang ana kisahkan dalam entry sebelum2 ni, memang menjadi nature orang Arab, sangat ‘taksub’ dengan keluarga dan puak mereka, maka dengan pantasnya mereka menyebarkan ajaran Islam untuk dinikmati keindahannya oleh seluruh ahli keluarga masing-masing . Maka dalam masa setahun, lebih tiga ratus orang Yathrib (Madinah) telah memeluk agama baru yang dibawa oleh Rasulullah saw, lalu pada musim haji tahun seterusnya, seramai 12 orang ke Mekah untuk menunaikan haji.

Kawasan melontar dgn bangunan yg memuatkan ketiga-tiga Jamrah Aqabah, Wusta dan Ula.

Dan bersama dengan 12 orang inilah, berlangsungnya perjanjian Aqabah Pertama diantara mereka dengan Rasulullah saw. Menurut cerita dari Ubaidah bin Al Samit (salah seorang dari 12 sahabat dari Madinah), Rasulullah saw menyeru;

“Marilah bersama berjanji dengan hamba dan jangan sekali2 mensyirikkan dan menyegutukan Allah. Jangan mencuri. Jangan berzina. Jangan membunuh anak2 kamu dan janganlah kamu mendurhaka perintahku ini kerana hendak melakukan kejahatan. Barangsiapa menunaikan segala janji2tadi, maka terimalahganjaran istimewa dari dari Tuhan. Dan barangsiapa melanggar garis2 tadi kemudian dibalas di dunia ini, maka itu adalah dendanya, dan barangsiapa melanggar perjanjian tadi, Tuhan melindunginya maka itu terserahlah kepada Allah. Kalau kehendak Tuhan untuk membalas atas pelanggaran itu, maka itu adalah balasannya dan kalau kehendak Tuhan mengampuninya kami itu terserahlah kepada Allah jua.”
(Petikan dari Fiqh Sirah 1)

Masjid Aqabah

Setelah melakukan perjanjian ini, maka pulanglah 12 org sahabat tadi bersama Mus’ab bin Umair yang merupakan Duta Islam pertama yang juga dikenali sebagai Muqri’ al Madinah.

Dari peristiwa ini, ulama menyimpulkan bahawa memandangkan asas agama adalah iman dan ilmu, maka ‘Kementerian Pendidikan’ adalah merupakan kementerian yang pertama ditubuhkan oleh Rasulullah saw di Madinah, memberi mesej betapa pentingnya pendidikan (tarbiyah) dalam satu-satu penubuhan organisasi, apatah lagi daulah.

Maka rancaklah lagi pengembangan Islam di Madinah bersama2 dengan guru baru mereka yang juga merangkap Menteri Pendidikan Pertama Islam yang giat melakukan usaha2 dakwah sehingga dalam masa setahun kemudian, ribuan penduduk Madinah telah masuk Islam. Musim haji yang berikutnya menyaksikan 73 orang lelaki dan 2 orang wanita Madinah , Nusaibah bt Kaab dan Asma bt Amru, turun ke Mekah bagi melaksanakan ibadah haji.

Kelihatan Masjid Aqabah (dibaik pulih utk sejarah, tapi bkn untuk di buat solat) di kejauhan, tempat berlakunya perjanjian.

Usaha seterusnya oleh baginda Rasulullah saw adalah sama seperti tahun2 sebelumnya. Mengajak manusia kepada Islam dan mengesakan Allah, Tuhan semester alam. Apabila bertemu dengan 75 orang rombongan dari Madinah, Baginda lalu menyuarakan hasratnya untuk berhijrah ke sana , tetapi perlukan jaminan mereka untuk melindungi Baginda saw sepertimana mereka melindungi anak isteri mereka.

Lalu bersidanglah 75 orang sahabat Madinah ini, kerana mereka menyedari betapa besarnya implikasi dari permintaan Rasulullah itu tadi.

“Melindungi Baginda seperti melindungi anak isteri kita beerti kita akan berdepan dengan bukan sahaja orang yang berkulit putih, bah kan dengan mereka yang berkulit merah juga (Yaini, bukan saja dengan org arab Quraisy, tetapi juga musuh luar dari Rome dan Parsi) .“

Berlatar belakangkan kawasan bukit sekitar Mina (kelihatan Masjid Aqabah)

Lalu mereka bertanya kepada Rasulullah saw,

“Sekiranya kami berbuat demikian, apakah habuannya buat kami Ya Rasulullah?”
Lalu jawab Baginda, “Syurga!”

Maka kesemua sahabat tadi pun menjawab, “jika begitulah jawapan mu ya Rasulullah, kami sanggup!”

Subhanallah…..lihatlah keimanan yang telah berjaya ditanam ke dalam hati mereka semua oleh Menteri Pendidikan Islam yang pertama. Bayangkan manusia zaman kini, bak kata uz Halim,
Orang sekarang akan menjawab,

“Ya lah, syurga, syurga jugak, tapi berapa percent kami dapat….?”

Begitu sekali yakinnya para sahabat Madinah dengan syurga, berbanding kita zaman ini, yang belum merasai ganjaran syurga itulah segala-galanya.

Dari salah satu tingkap Masjid Aqabah-keadaan di dalam masjid, yg tiada berbumbung pelepah tamar lagi.

Lalu berlangsunglah MOU antara Rasulullah saw dan 75 orang sahabat Madinah tersebut, maka tertubuhlah kementerian kedua dalam Islam, Kementerian Pertahanan. Bai’ah mereka didahului oleh Al Barra’ bin Ma’rur, dengan isi perjanjian selain seperti dalam perjanjian pertama, ditambah dengan ;

Akan taat setia dimasa susah maupun senang, dimasa genting maupun tenang-berjanji tidak akan berpecah, berjanji akan bercakap benar di mana sahaja, dan berjanji tidak akan takut sesuatu selain Allah. Beerti di sini sudah terselit perkara jihad dan mempertahankan dakwah Islamiyah dengan tenaga dan kekuatan.

Selesai majlis bai’ah dengan Rasulullah saw, mereka diarah supaya balik ke khemah masing2 dan tidur seperti tiada apa yang berlaku malam itu. Lalu, mengikut sesetengah riwayat seerah, bertempiklah syaitan malam itu dalam rupanya yang asal di atas salah satu bukit di ‘Aqabah untuk mengejutkan orang2 musyrikin dan menggagalkan MOU tersebut. Marahnya syaitan dengan perjanjian itu adalah kerana:

1. Kini, Rasulullah saw sudah mengisytiharkan perkara Jihad dan Dakwah. (Al Haj : 39-40)
2. Kini, Rasulullah saw sudah mula melihat secara ‘International’ untuk penyebaran mesej Islam.
3. Kini Rasulullah saw sudah memulakan langkah untuk penubuhan Daulah Islamiyah, yang hanya akan menyukarkan syaitan melaksanakan kerja2 hasutan mereka untuk menyesatkan anak Adam.
Kerana itu ia bertempik marah!

Dan kami, para jemaah haji bersama Uz Halim ketika itu, mendongak melihat sendiri bukit2 yang terdapat disekitar ‘Aqabah, salah satunya menjadi tempat syaitan laknatullah bertempik. Kami juga berkesempatan melihat masjid ‘Aqabah, tempat berlangsungnya MOU tersebut. Memang terasa sangat ‘dekat’ dengan peristiwa Perjanjian Aqabah Kedua itu…

Sebahagian dari kawasan bukit di sekitar Mina

Suami lantas berkata pada ana, semoga kita semua menjadi seperti orang Ansar yang membantu agamaNya hanya dengan mengharapkan balasan syurga. Ana sekadar mengaminkan nya…. Ameen, ameen, ya Rabbal ‘alamin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s