Dibeza-bezakan.

Sekadar hiasan

“Bila kat sana nanti, hang speaking English sikit tau.” kata mak dalam perjalanan sewaktu menghantar ana ke klinik desa pagi tu. And that was in 1986.

Ana yang agak pening dengan pesanan mak tu, bersuara;

“Kenapa mak? Klinik desa je pun… ada nurse cina india yang tak boleh cakap melayu ke?” tanya ana pada mak.

Mak pun menjawab,

“Barulah nanti depa layan hang elok sikit. Kalau tak, depa buat buat lekeh je…”

Ana pun senyap, toleh pandang mak dan mengangguk, tanda faham dan setuju.

Waktu tu ana baru pulang dari US, sedang mengandungkan anak kedua ana. Adalah dalam enam tujuh bulan. Sangka ana mulanya, mak saja nak ‘test’ sebab kita baru je balik dari oversea. Sampai je kat klinik tu, ana pun buatlah macam biasa, tak tau mana nak terjah dengan englishnya, rasa pelik, sebab rata-rata pesakit semua ‘budak2 kampung’ keliling tu je. Ada pulak yg akan kata ana berlagak nak cakap english pulak…

Nak jadi ceritanya, kita buat biasa2, kita dapat yang biasa2 jugak. Layan tak layan je nurses tu dengan kita, pandang sekilas ke kita, lepas tu buat tak reti sambung sembang antara mereka. Ana toleh ke mak, kemudian mak buat ‘muka’, so ana pun mulalah berdialog english dengan one of the nurses, and guess what?

Yep, kelam kabut depa bangkit melayan kita, macam vip pulak rasa… barulah beriya-iya nak buka fail baru untuk kita, ajak masuk dalam nak check perut etc..silap2, meluat patients lain yang menunggu kat situ sedari tadi. Kalau istilah anak2 sekarang,

‘Bajet’ pulak dia ni nak cakap english kat sini!

Tapi itulah realitinya. Keluar sikit je english dari mulut kita, bukan main dia layan lagi. Itu suasana di luar KL ana kira. Kalau dalam KL pulak lain, tak cukup dengan speaking, penampilan sekali menjadi kayu ukur mereka. Dah banyakkali ana ikut suami outstation contohnya. Kebanyakan yang ana ikut ialah bila suami bermalam di four or five star hotels, yang masih segar dalam ingatan ana misalnya Pan Pacific KLIA satu ketika dulu.

Ana seperti penampilan biasa ana, berjubah atau berbaju kurung dengan tudung yang agak besar, loose dan polos serta ‘suram’ warnanya, di hotel2 seperti tu memang ana akan berbahasa inggeris, sesuai dengan keadaan ana kira. Malangnya, mereka masih bersikap sombong dengan kita, berbanding dengan layanan mereka kepada customers berbangsa lain, especially yang dari luar negara. Kalau mat2 dan minah2 saleh tu, walau selekeh mana pun penampilan mereka, tetap dilayan terlebih mesra dari kita, anak Malaysia ni. Betul, tak semua pekerjanya macam tu, tapi kebanyakannya begitu. Kalau dapat customer yg luar negara je, bukan main manis muka masing2. Walhal, bukan semua depa kaya2. Ada je yg merempat homeless, atau yg datang sini pun semata2 kerana adventurous, bukan loaded mana pun. Just because their currency tinggi dari kita, and they can afford it, wah….

Kita Malaysians yg duduk situ jadi customers mereka ni pun, bukannya duduk free tak berbayar. Kenapa perlu dibeza2kan layanan tu. Dan selalunya pekerja2 wanitanya yg suka buat perangai ni. Ana kurang pasti rational mereka, apa yang terlintas, mungkin mat dan minah saleh ni, terutama yg dari US, selalu bagi tips besar2 pada pekerja hotel, makanya mereka layan beriya…entahla.

Hanan-3 years back at Impiana Hotel, KL

Baru2 ni pun ana ada ikut suami. Bila jalan dengan suami yang berpakaian suit disebelah, beriya lah mereka senyum dan tunduknya. Tapi bila kita sendirian, dibuat tak layan. Sebab tu pesanan mak supaya speaking tu, selalu ana praktiskan. Bukan setakat speaking, tapi slang yg diguna pakai tu penting.

Begitulah manusia ni. Yang kaya di sanjung-sanjung. Yang seadanya di lekehkan. Orang2 ‘besar’ dilambung-lambung, orang2 kecil dipinggirkan.Sesungguhnya, dunia ini sangat tidak adil….di akhirat jua nanti, kita akan dilayan selayak-layaknya.

2 thoughts on “Dibeza-bezakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s