“Harap Faham” ?

Assalamualaikum semua,

Mak-masa wedding cucu sulongnya

Last weekend, my husband and I balik PD, ziarah mak yang masuk ward di Hospital Pakar Seremban. She blacked out sorang2 kat rumah dia, luckily sebelum betul2 pitam tu sempat dia gitau neighbour sebelah dia rasa pening… dipendekkan cerita, alhamdulillah, adik2 sempat bawa dia ke hospital and she’s doing fine now. Blood pressure, sistolic reading was quite high, but her pulse was too low. Probably due to the medications that she’s under.

Remember in my last-last posting about my mom? How dia still nak duduk rumah dia sendiri walaupun sorang-sorang. And how kami anak2 cuba pujuk duduk dengan kami, dia tetap dengan rumah dia… well, sebenarnya 3 bulan dia bersama kami, selang seli antara 3 anak2 di Subang, Rawang dan Kuantan, and when at last she managed to ‘escape’ from us and went back to the coziness of her own ‘nest’, dia memang tak mau ikut kami dah… tapi siapa yg tak risau kalau dia terus duk sorang macam tu kan? Cuma, itulah resam org2 tua, dia akan susah hati, rebel dan mungkin depress kalau dipaksa duduk di luar dari ‘kawasan’ dia lama2.

When she at last got back home, her neighbour cerita…

cuma hiasan

“Mak engkau suka betul dapat balik rumah. Happy sungguh dia, senyum memanjang bila keluar menyapu ke, menyidai baju ke, malah sanggup berjalan sorang2 gi mini market tu… senang betul hati dia.”

Kesian mak…kena paksa selama ni ye? Pas tu, nak bawa kereta pun, anak2 dah tak bagi…

Macamana nak bagi mak bawa kereta dah? Sangat2 membahayakan, bukan saja pada dirinya, tapi jugak pada orang lain…. so, kami berpakat untuk tidak membenarkan mak bawa kereta sendiri. Makanya, dia sanggup berjalan kaki, asalkan dia tetap duduk di rumahnya. Rata2, macam tulah orang2 tua ni, tunggu kita sendiri tua besok, macam tu lah jugak gayanya kot!

Anyway, bukan itu yang nak ana bebelkan di sini. Balik ke Seremban tengok mak, ana dan suami terus ke PD, bermalam di rumah kami yg hanya sekali sekala di diami sebagai ‘homestay’ bagi sesiapa yang berminat. So, bila balik sekali sekala macam tu, berdua pulak tu, ana pun malaslah nak masak, especially untuk breakfast bila kami plan nak balik semula ke sini dah lepas tu. So, kami pun ke Warong Mak Mah, bersebelahan Masjid Jamek Port Dickson. Keluar je dari kereta, suami ketawa sambil tunjuk ke arah satu sign board di belakang kami;

Berderai ketawa kami melihat papan tanda yang ternyata baru jugak di pasang, (tak nampak pun sebelum ni… ke sebab kami dah lama tak balik PD dan ke warung tu?)

berjaya menarik perhatian kami

Mana taknya… “Harap Faham” yang tertera tu, sangat melucukan…selama ni kita selalu lihat papan tanda seperti :

‘Dilarang membuang sampah di sini’

tapi ternyata, orang kita tak faham-faham! Di situ papan tandanya, di situ lah juga, sampah bertimbun dibuang manusia yang tak reti dan tak faham tu. Makanya, selain tanda ‘jangan parkir di sini’, perlu dipertegaskan lagi, supaya manusia2 ni faham dan bertindak selayak orang yang faham….

Subhanallah. Tak lucu ke? Sampai begitu sekali kita…

Selalu je kan, kita lihat sign boards yg seumpamanya. ‘JANGAN MEMANCING DI SINI’ di situlah juga tersadainya kereta atau motor sipemancing yg tak faham tulisan sign board tu. Begitulah juga dalam aspek2 kehidupan lain manusia. Bukan tak ada ilmu, tapi sengaja tak nak ikut. Bak kata orang, lagi ditegah, lagi teruja dia nak buat. Perkataan ‘jangan’ tu seolah2nya seperti satu cabaran buat mereka.

JANGAN BERZINA – itulah yang seronok nak dibuatnya.
JANGAN MEROKOK – itulah yang nak dicubanya.
JANGAN TAK SEMBAHYANG – pun dia tak rasa takut bila tetap tinggalkan sembahyang!!

Sesungguhnya ILMU tak akan dapat menghindarkan kita dari melakukan kesalahan, tanpa wujudnya perasaan TAKUTKAN ALLAH yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa saja pelanggaran yang kita lakukan.

Manusia…manusia!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s