Daurah : Hakikat Iman dan Implikasinya

“Ada apa-apa soalan lagi?” soal ustaz pada mereka yang hadir…..

Semua diam. Malu? mungkin. Ke blurrr? Tak tau nak tanya apa? Ana rasa tidak, sebab yang datang semuanya cerdik2 belaka. 90% over, pelajar universiti, tak kan blurrr… penerangan ustaz tadi pun, sangat interesting and crystal clear.

Interesting sebab tidak membosankan, dan tidak mengantuk… walaupun ana saat itu rasa macam duk kat sauna, panas…tak kena kipas, tak dapat air-cond. Fuh! Memang hangat. Tapi ustaz berjaya bawa kami yang mendengar untuk beri 100% perhatian. Alhamdulillah…. semuanya dengan ‘campur tangan’ Allah swt jua. Yang memberi pasti menyampai dengan niat yg ikhlas lagi suci, dan yang mendengar, pasti menerima dengan penuh ta’zim dan ikhlas di hati.

Break-mengalas perut dengan kuih bahulu

Crystal clear kerana penerangan ustaz benar-benar jelas. Puas kami mendengar, dan terasa masa berlalu begitu pantas sekali.

Bukan ana syok sendiri kat sini ya. Rata2 yang ana tanya, semuanya seronok dengan daurah kali ni. Itulah jugak komen dari kebanyakan mereka, ‘menarik dan jelas’ penyampaian ustaz. Nanti kena sambung lagi dilain kali. InsyaAllahu taala.

Sebahagian peserta2 puteri mendengar dengan penuh khusyuk

Malu nak bertanya? Well…, itu adalah penyakit kebanyakan kita. Banyak yg bermain di minda, tapi takut nak bertanya.

1. Takut/malu sebab daurah bercampur lelaki dan wanita. Segan lah, nanti terlalu mendapat perhatian pulak.
2. Takut/malu diketawakan orang, ‘soalan macam, ni pun nak tanya? Nama je pelajar universiti..’
3. Takut/malu nanti ada je yang kata kita ni ‘bajet’ (istilah budak2 sekarang) pulak, nak menunjuk terer depan orang.

dan seribu satu alasan lagi untuk diam membisu, enggan bertanya. Bukankan ini takut dan malu yang tak bertempat?

Sebahagian peserta sedang menadah hati dan minda....

“Ustaz, kalau nak khusyuk berdoa, kita akan terbayangkan seruan kita tu kan ustaz? Bila sebut ‘Ya Allah…/Ya Rabb’ apakah sebenarnya dan sepatutnya yg kita bayangkan? Selalu berlaku, dek kerana kita ditegah dari membayangkan atau menyerupabentukkan Dzat Allah dengan sesuatu, maka yang terpamer di minda tiap kali kita seru “Ya Allah” adalah A.L.L.A.H itu sendiri, atau kalimat dalam bentuk arabnya. Macamana tu ustaz?”

terbit satu soalan dari salah seorang yg mendengar.

“Hmmm. MasyaAllah! Dalam mencari kebenaran, ye!” respon ustaz pada soalan yg panjang berbelit lagi confusing? tu.

Tapi, kesimpulan yang ana dapat dari penjelasan ustaz, senang aje….

Kita tak perlu berusaha membayangkan atau menggambarkan, tetapi kalau itulah yang datang, di biarkan saja, tanpa dilayan sampai pening kepala.

Yang perlu kita buat, adalah merasai sifat2 Allah itu dalam hati kita.

Artinya, kita merasai Allah melihat kita, merasai Allah mendengar doa kita, merasai kasih sayang Allah kerana doa kita, merasai Allah Maha Pemurah dan Maha Pemberi, dan pasti Allah akan memberi kepada kita, merasai Allah itu Maha Pengampun tatkala kita memohon keampunanNya! Subhanallah…. RASALAH apa pun yang patut dan nak kita rasa dengan segala kesempurnaannya Allah!!

Sebahagian dari 76 orang peserta daurah

Allahuakbar. Alhamdulillah! Di situ rahsianya.

Bukan perlu kita membayangkan, tapi the key word di sini adalah merasainya….

Syukur pada Allah yang memberi kefahaman, dan terima kasih jua pada ustaz yang menjadi ‘penyebab’ fahamnya kita dengan semua itu. Sungguh, memang campur tangan Allah itu pada setiap perkara dan setiap ketika.

Itu adalah salah satu antara apa yang ana dapat dari daurah pada 7 Mac 2010 dengan tajuk yang diberi ke ustaz Aris Jamil ‘Hakikat iman dan implikasinya dalam kehidupan’ dari jam 9 pg – 1 tgh itu. Daurah yang pada asalnya dijangka dihadiri oleh sekitar 50 pelajar2 IPT bersama 15 golongan dewasa lain, namun hakikatnya hampir 70 orangnya adalah pelajar IPT sahaja, (belum masuk beberapa kerat pak cik dan mak cik) dengan zest=zuuq untuk belajar. Syukur alhamdulillah.

Pastinya banyak lagi mutiara-mutiara yang bisa dikutip, tapi cukuplah yang ini dulu buat kali ini.

Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s