Kenangan di Raudhah muncul kembali.

Balik dari menziarahi mak wan tadi, ana leka memikirkan ceritanya pada ana… bagaimana beliau suka memanafaatkan masa-masa kerja beliau sebagai MO suatu ketika dulu untuk membantu sesiapa saja yang memerlukan. Bukan setakat pesakit yg datang minta diubati, malah sesiapa saja yang memerlukan pertolongan, dari rakan sekerja, peneman pesakit atau sesiapa sahaja.

Mak wan kini sedang menjalani ujian Tuhan yang Maha Mengetahui. Akan memasuki wad, seterusnya ke bilik bedah disebelah petangnya nanti, semoga semuanya dalam rahmat dan lindungan Ilahi jua. Mendengarkan kisah2 beliau itu, mengimbau kembali kepaluda kisah2 ibu sendiri. Mak dan mak wan memang pernah bertembung waktu bekerja di Hospital Seremban dulu. Mak seorang nurse cuma, di hospital daerah Port Dickson, sedang mak wan seorang MO di hospital Seremban, tapi tiap kali menghantar case ke Seremban, pasti mereka bertemu… dah nama pun kawan…

Bila dengar cerita mak wan, ana teringat cerita2 mak jugak. Lebih kurang macam tulah, kalau mak tak bercerita, orang lain akan beritahu kami. Kisah mereka2 yg senang sangat menghulurkan bantuan pada tak kira siapa pun. Biarpun berlainana bangsa dan agama, mereka tetap tak berkira. Mereka sgt disenangi semua pesakit. Sikap suka membantu mereka benar2 telah dapat membantu insan lain, dan pastinya Allah akan membantu mereka disaat mereka memerlukan.

Semua ini membawa ana kepada saat mengerjakan haji dulu. Memang benar sekali, ungkapan ‘Bila kita berbuat baik dan membantu sesama manusia, Allah akan menjaga dan membantu kita saat kita memerlukannya.’

Paling terkesan di hati ana, ketika berada di Madinah, dalam usaha menziarahi Raudhah. Bayangkan, pintu Raudhah hanya akan dibuka untuk kaum wanita mengikut waktu yang ditentukan sahaja dalam sehari. Tidak seperti untuk jemaah lelaki. Selesai solat subuh hingga jam 9.30 pagi, selesai solat zohor hingga jam 2.00 ptg dan selesai solat isya hingga jam 11.30 malam. Itu lah waktu pintu Raudhah dibuka buat kunjungan jemaah wanita. Maka sesaknya suasana tak terbayang. Lamanya menunggu giliran juga, sangat menyeksakan. Mana tidaknya, yang patuh pada arahan, alhamdulillah. Tapi yang degil dan buat2 tak faham tu juga, ada saja untuk menguji kesabaran mereka yang setia menanti

Sesuatu yang ana belajar dari salah seorang ukhti yang bersama ana ketika itu, seorang doktor dari Seremban:

Kami tak merancang untuk pergi bersama, tapi Allah susun kami bertemu dalam masjid nabawi ketika nak solat zohor, dan kebetulan sama2 nak ziarah Raudhah. Maka kami pun sama2lah menunggu dengan penuh sabar, sampai tak makan tgh tu. Dalam berpusu2 memasuki kawasan Raudhah tu, kami akhirnya terpisah, cuma sempat berpesan untuk bertemu semula di tempat kasut. Bila akhirnya kami bertemu di luar, dia menceritakan bagaimana pengalamannya berhadapan dengan kesesakan manusia yang berebut2 sambil ada yang terpekik2 dengan suara lantang, semata2 utk mendapatkan tempat utk bersolat di Raudhah. Walhal, maqam Rasulullah saw, hanya di sisi, tergamak mereka berebut, berasak dengan suara yang meninggi juga.

‘Kak min, ana dah puas cuba nak solat, tapi tak jumpa tempat, akhirnya ana niat je dalam hati, mungkin kali ni Allah belum nak izinkan ana bersolat di sini, jadi biarlah ana bantu orang lain je. Ana tolong jaga orang yang sedang bersolat dari dirempuh oleh manusia lain, setidak2nya, dapat juga pahala ana membantu sesama insan.’

Dan memang Allah itu benar dengan janjinya, selesai membantu orang lain, dengan izin Allah, ada satu tempat kosong untuk dia solat sebelum dia keluar dari situ, dan syukur sangat2,

‘ana dapat duduk lama bersolat dan berdoa tanpa dirempuh sesiapa pun. Alhamdulillah….’ kata ukhti tadi, lalu kami berjalan pulang ke hotel, terus ke dewan makan kalau2 masih ada sisa lunch yang tertinggal untuk kami mengisi perut. Jam sudah pukul 3 lebih, menghampiri waktu asar, mana nak ada makanan lagi, tapi syukurlah, adik Pattani yang bekerja di situ, memasak 2 bungkus mee segera bersama 2 gelas air oren untuk kami.

salah satu pintu masuk jemaah lelaki ke masjid Nabawi

Selang beberapa hari kemudian, ana berkesempatan mendengar perbualan rakan sejemaah di dewan makan. Dengan gembira dan rasa syukur dia bercerita;

‘Alhamdulillah, I sempat masuk ke Raudhah, tapi punyalah sesak, I tak da tempat nak solat. I cuba nak pi depan sikit, biar dekat dengan maqam Nabi saw, lagi la penuh, so on the way nak keluar, I was hoping ada ruang kat celah tiang depan polis wanita tu untuk I solat. Alhamdulillah, boleh lah solat kejap, tapi dalam keadaan cukup sesak, nak sujud punyalah payah. I dapat buat 2 rakaat je.’ cerita teman tersebut.

Disambut oleh rakannya yang mendengar,

“I dapat buat 4 rakaat semalam, pegi waktu malam, lengang sikit, tak macam siang-siang ni.’

Lalu teman pertama tadi menyambung,

‘Dengar lah ni, I tak habis lagi. Bila I dah habis 2 rakaat, I ingat nak terus keluar, sebab sempit dan sesak sangat, tetiba I terdengar dua orang duk kata “Eh, jom lah, kita dah doa tadi, tak dapat solat pun tak apalah, kita keluar je lah. Nak buat cemana, sesak sangat ni…”, so I pun terus bersemangat nak tolong, I cakap kat dia orang, “Nah, ambik tempat saya ni, solat je dulu, nanti adalah ruang nak sujudnya. Saya akan jaga kamu. Solatlah” Mula-mula dia orang cuak-cuak sebab sempit sangat tak nampak ruang nak rukuk dan sujud, tapi akhirnya, mereka ikut jugak dan I jaga, tolong hadang mereka dari di rempuh. Alhamdulillah, akhirnya mereka dapat solat jugak 2 rakaat.’

‘Sure depa sangka you bukan manusia yang tolong depa kan? Ya lah, malaikat yang datang bagi tempat untuk depa bersolat. Bagi mereka lah…macam cerita dalam Travelog Haji Mohd Kamil tu.’ mencelah rakan yang seronok mendengar dari tadi.

‘Lepas tu I pun cuba nak keluar, tapi I terperasan satu ruang kat celah-celah orang yang ramai tu, kosong je, macam saja tersedia untuk I. Dalam hati duk kata, “tempat sapa tu, depa tak nampak ke tempat tu kosong? Kenapa pakat jalan je, tak solat pun?”, so lepas toleh kiri kanan, I pun solat lah. Bahagia, tak da siapa kacau, atau rempuh. Lama I solat, panjang I dapat berdoa. Seronoknya rasa… syukur sangat, alhamdulillah.’

Ana terimbau kembali cerita doktor dari Seremban tu, dan kini ana mendengar yang seumpamanya jugak. Betapa Allah akan membantu kita bila kita tidak lokek membantu orang lain. Itu yang ana belajar dari kisah mereka semua. Harapan ana, semoga Allah memberi ana peluang untul berbuat yang serupa juga pada insan lain. InsyaAllahu Ta’ala.

ikhlas buat mak wan

Buat mak wan yang dikasihi, semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah yang Maha Pengasih. InsyaAllah, Allah bersama mak wan dalam mengharungi ujianNya ini. Kami doakan mak wan cepat sembuh dan terlindung dari segala kemudharatan. Mak wan seorang yang baik, insyaAllah, Allah pasti tak akan sia-siakan mak wan, mohon yang terbaik jua untuk mak wan sekeluarga,ameen.

One thought on “Kenangan di Raudhah muncul kembali.

  1. lesson learnt – utamakan saudara seIslam kita dengan sentiasa ringan tulang, memberi pertolongan dan menyempurnakan hak mereka tanpa meminta hak kita dipenuhi! Doa Bibah juga untuk Mak Wan, semoga dikurniakan Allah, kesihatan dan kurniaanNya yang terbaik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s