Kalau Dah Jatuh CINTA!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Sering, ungkapan ‘nak buat macamana dah, aku dah jatuh cinta!’ menjadi alasan untuk meneruskan episode berkasih-kasihan dengan pasangan cinta kita. Seolah-olahnya, ‘sudah jatuh cinta’ itu menjadi tiket untuk wewenang berbuat apa saja. Walaupun kolam cinta yang dia terjatuh ke dalamnya itu adalah kolam cinta nafsu yang terlarang.

Umpama bila kita terjatuh ke dalam longkang yang busuk. Adakah kita akan terus berendam di dalamnya semata-mata kerana kita sudah terjatuh ke dalamnya? Tidakkah  seharusnya kita  berusaha untuk keluar darinya, setelah kita menyedari bahwa kolam yang kita sangka bersih itu tadi adalah longkang yang busuk di sisi pembuatnya?


Jangan sekali-kali CINTA dan berperasaan jatuh cinta itu dijadikan alasan untuk kita terus bergelumang dalam air longkang yang busuk itu. Bangkit dan keluarlah dari ‘jatuhan’ kita, lalu bersihkan diri kita dengan apa cara jua yang sepatutnya, supaya kita kembali bersih dan tidak busuk lagi. Setelah menyedari air longkang yang busuk, pilihan terletak atas kita untuk terus busuk, atau mahu berubah menjadi bersih dan wangi semula. Kita yang akan dipertanggung jawabkan atas pilihan yang kita buat sendiri.  Oleh itu, buatlah pilihan yang tepat.

Ummi, bila sudah jatuh cinta, payah nak bangkit semula Ummi. Dah tenggelam, susah nak capai tebing… malah, yang busuk itu juga sudah tidak terasa busuknya. Semuanya indah dan harum belaka.

MasyaAllah! AllahuAkbar! Begitulah berkuasanya CINTA.

Benar, sekali dah jatuh, apatah lagi bila dah tenggelam, memang payah, bukan senang nak naik semula. Tebing di kiri kanan pun susah nak nampak dah. Kalau dibiarkan, akan terus hanyut dan hanyut dalam arus Cinta, tau-tau kita dah sampai ke muara yang lebih luas, lebih payah nak mencari tepian. Maka kita give-up, kita pasrah…walaupun natijahnya kita tau, akan diseksa di neraka Jahannam,? Na’udzubillah.

Sekali lagi ummi bilang, pilihan atas kita. Susah senang, kita yang memilih. Biar susah dahulu, tapi kita bebas dari neraka Allah yang Maha pedih azabnya. Biar kita syahid dalam mujahadah kita melawan arus,  demi berpaut ke tebing dan melonjak diri keluar dari  longkang busuk CINTA NAFSU. Sekurang-kurangnya, syahid kita akan berbalas Syurga Allah nan indah. InsyaAllah.

Nabi s.a.w pernah menyebut tentang menyimpan cinta mendatangkan keuntungan di akhirat,

Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga datang kematian, maka dia adalah seorang yang syahid.

Nah! Samalah tu, menyimpan cinta di hati sendiri kerana takut terjebak dalam cinta nafsu, dan usaha membersihkan diri dari cinta terlarang itu. Mujahadahnya sama kan? Bukan senang nak mengepong rasa gejolak cinta di dada.


Sesungguhnya, Syurga Allah itu manis, selayaknya mujahadah itu pahit.

Sesungguhnya Syurga Allah itu dipagari dengan perkara-perkara yang tidak disenangi nafsu,memasukinya  amat perlu pada peperangan dengan menewaskan dahulu hawa nafsu tersebut, manakala  Neraka Allah itu digamit dengan perkara-perkara yang indah pada nafsu, menerobosnya amat mudah bila nafsu dibiar menjadi raja.

Sekali lagi, perhatikan, yang mana satu pilihan kita?

Bila Sudah Jatuh Cinta, bangkit, dan keluarlah darinya supaya kita kembali bersih dan harum dengan dua cara:

  1. Tekad untuk memutuskannya, dan bersihkan diri dengan amalan-amalan yang akan memelihara kita dari terjebak semula, atau
  2. Bangkit bersama dia yang kita cinta, lalu jadikan CINTA NAFSU yang terlarang tadi menjadi CNTA SUCI yang dirahmati dengan ikatan akad yang penuh dengan tanggung jawab kedua-dua pihak.

Kedua-dua cara memerlukan pada tatacaranya yang tersendiri, tanpa mengenepikan hukum Ilahi.

Bagi yang memilih cara kedua, pastikan:

  1. Restu Ilahi melalui restu ibu ayah diperolehi terlebih dahulu. Kalau tidak, berpadalah sebentar dengan cara pertama di atas, dalam usaha memperoleh restu mereka sekali lagi.
  2. Bila restu sudah diperolehi, pastikan calon suami itu benar-benar layak menjadi suami kita dunia dan akhirat. Kalau ciri-cirinya belum sempurna, berusahalah ke arah itu dengan hati yang ikhlas, sebelum memulakan sesuatu.
  3. Bila ciri-cirinya sudah terpenuhi, laksanakan pernikahan sebaik mungkin tanpa membelakangkan hak Allah sebagai Rabb dan Ilah kita, agar terjamin kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.


Apakah dia ciri-ciri yang perlu ada pada calon suami sebelum kita membuat keputusan yang cukup significant ini?

Bagi kedua-dua lelaki dan wanita, pemilihan mestilah ditonggakkan mengikut hadis Nabi saw yang berbunyi

Dinikahi wanita/lelaki  itu kerana empat perkara;

  1. Hartanya-
  2. Keturunannya-
  3. Kecantikan/ketampanannya-
  4. Agamanya-

Maka pilihlah yang beragama, nescaya kelak engkau akan berbahagia.      (Riwayat Bukhari & Muslim)

Walaupun pada kebiasaannya, pemilihan calon dibuat mengikut turutan di atas, namun kita mahu menjadi wanita dan lelaki  yang luar biasa dengan mendahului criteria yang ke 4 sebelum yang lainnya. Kerana impian wanita  solehah berbeza dengan impian wanita moden masa kini kerana wanita solehah yakin dengan rezeki dan takdir Ilahi. Begitu juga neraca lelaki yang soleh dalam memilih calon isteri.

Memilih agamanya, adakah cukup dengan dia sebagai seorang muslim yang beragama Islam? Atau perlukah kita lanjutkan lagi ‘siasatan’ kita agar benar-benar kukuh keyakinan kita di hati sebelum sesuatu keputusan penting itu kita putuskan?

Ummi bercakap bagi pihak wanita muslimah, dalam pencariannya memilih calon suami. Perkara utama  yang mahu di ‘singkap’nya pada calon suami dalam bab agamanya adalah,

  1. Kepimpinannya.

Keupayaan suami memimpin sesebuah rumahtangga adalah sangat penting. Berjaya atau tidaknya sesebuah rumahtangga bergantung kepada sejauh mana ‘nakhoda bahtera’ rumahtangga itu memimpin seluruh ahli keluarganya, dan ini terletak pada pundak suami sebagai ketua. Oleh itu, keupayaannya untuk memimpin menjadi agenda utama dalam penentu criteria ini.

Lalu, bagaimanakah caranya kita memastikan keupayaan ini? Selain merujuk dan merisik kepada orang tengah yang boleh dipercayai, keupayaannya mengimamkan solat  Jahr (Maghrib, Isya dan Subuh) dapat dijadikan kayu ukur untuk mengukur kebolehannya memimpin. Telitikan keupayannya menjadi imam solat, dengan bacaannya yang tartil dan terjaga, insyaAllah, terserlahlah kepimpinannya barang sedikit.

2. Kefahaman ilmu agamanya

Dari keupayaannya mengimamkan solat Jahr di atas, dapat diselidiki keupayaannya dalam ilmu Al Quran jua, kerana bukan setakat untuk  memimpn dan mengarah kita dan rumah tangga yang kita dambakan darinya, tetapi untuk mengajar dan membimbing kita dan seluruh ahli keluarga untuk sama-sama masuk syurga. Itulah matlamat akhir kita, untuk memperoleh Jannah Allah swt melalui keredhaanNya..

InsyaAllah, kalau elok bacaannya, syahdu di hati kita mendengarnya, lalu yang lebih penting adalah penelitian dari orang tengah yang kita percaya, berpeganglah kita pada firman Allah, surah Al Imran :159 yang membawa maksud

‘’Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakkal lah kepad Allah

Take note juga di sini, kalau si dia belum lagi cukup berilmu, tetapi sanggup untuk memperbaiki diri dan berusaha untuk menambah ilmu, itu adalah lebih baik dari si dia yang berlagak berilmu, tapi umpama ‘bodoh sombong’ yang membawa rugi. Makanya peranan orang tengah itu amat penting.

3. Akhlaknya

Lihat pada akhlaknya, kerana akhlak adalah jelmaan dan cerminan agamanya. Yang penting, bukan setakat bersolat, atau mengimami solat, kalau akhlak dalam solat tidak dibawa ke dalam kehidupan.

Akhlak  menjadi kayu ukur pada agamanya, kerana akhlak terzahir dalam tindakannya dan boleh dilihat, dan diukur. Berilmu sahaja, tapi kalau akhlak bercanggah dengan ilmu, bermakna belum cukup beragama.

Akhlak yang bagaimana nak kita tengok pada calon suami kita? Antaranya;

  1. Akhlak bila berurusan dengan kita atau mana2 wanita ajnabi:

Contohnya-

  1. Adakah dia menjaga pandangannya?
  2. Adakah dia menjaga tata susilanya?

2.  Akhlak dengan rakan-rakannya yang lain:

Contohnya-

  1. Adakah cara pergaulannya kasar?
  2. Adakah caranya berlainan benar  bila di depan kita?

3.   Akhlak dengan keluarganya dan keluarga kita?

Contohnya-

  1. Adakah beradab?
  2. Adakah berbudi bahasa?
  3. Adakah rasa hormatnya?

Itu adalah beberapa tips yang boleh diguna pakai dalam usaha menilai bakal pasangan hidup, dalam usaha kita sama-sama membawa bahtera rumahtangga kita supaya terus mawaddah wa rahmah dari dunia hingga ke Syurga.

Wallahu’alam.

4 thoughts on “Kalau Dah Jatuh CINTA!

  1. assalamualaikum.. ana nk minta izin drpd anti, boleh tak kalau isi2 post anti ana ambil dan letakkan dalam blog ana?? ana cume mahukan lebih ramai org bace ape yg sepatutnye mrk tahu.

  2. Assalamualaikum.. sy minta izin nak post link artikel ni dalam facebook sy…tahniah..sgt2 menyentuh jiwa n amat bharga utk dijadikan bahan tatapan dan renungan buat muslimat kita..

  3. Pingback: Anak dara ku dah pandai memasak? « Dalam Menggapai Redha Ilahi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s