Sekuntum Mawar Berduri – I Shall Be

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Bila telah sampai lamaran kepada mu dari seorang lelaki soleh yang dipercayai kesolehannya oleh kedua ibu bapa dan orang tengah mu yang beriman, maka terimalah ia dan bertawakkal lah kamu kepada Allah. Berpegang kukuhlah kamu pada maksud hadis Rasulullah saw, riwayat At Tarmizi ini:

‘Apabila telah datang meminang lelaki yang kamu (wanita/wali) yakin dan percaya akan agama dan kejujurannya, maka terimalah pinangannya. Sebab jika pinangannya ditolak, maka tunggulah terjadinya fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.’

Apabila setiap langkah ‘menguji’ criteria calon suami telah kau usahakan sebaik mungkin oleh orang tengah kepercayaan mu dan keluarga, maka tiada lagi yang perlu diragui dalam meneruskan hajat mu membina rumahtangga yang penuh mawaddah dan rahmah bersama si dia.

Perbanyakkan syukur kepada Allah swt jua yang telah menemukan jodoh buat mu, sebagai pelengkap sebahagian dari agamamu dan  penenang dalam kehidupanmu. Jadilah kamu insan  yang paling istimewa di hati suami tercinta. Ketaatan kepadanya beerti ketaatan kepada Allah, kemurkaan darinya beerti kemurkaan Allah jua, kerana syurga mu kini telah beralih arah, terletak ‘di bawah tapak kaki suami tercinta’. Berdoalah kepada Rabbul Izzah, moga diberi kekuatan untuk  berusaha menjadi isteri dan wanita paling solehah buat dia yang bergelar suami kepada kita.

Namun, tak semua insan sebegitu indah nasibnya. Allah menguji kita mengikut kemampuan kita menerima setiap ujian. Itu kerja buat dan hikmah Allah swt. Kita sebagai hamba hanya bisa  akur dan redha dengan susunanNya yang Maha Mengetahui. Bukan hati tak sayu, bukan hati tak pilu, bila rakan-rakan  semua  sudah berteman, kecuali kita?  Tapi kita sebagai hamba, hanya bisa merancang dengan keterbatasan ilmu yang ada, sedang semuanya  disusun oleh Dia yang Maha Luas  pengetahuanNya.

Terkadang kita diuji dengan perasaan bertepuk sebelah tangan, terkadang tepukan disambut baik, tapi keluarga pula yang mencelah menepis. Rupanya Allah belum mahu memberi kita apa yang kita mahu, kerana bukan itu yang terbaik untuk kita. Lalu, apakah yang seharusnya kita lakukan….

Bentengi diri mu dengan tembok-tembok yang kukuh buat menghalang kamu dari jatuh ke lembah Cinta Nafsu yang dijadikan alat oleh syaitan untuk memusnahkan anak Adam. Ketahui beberapa kekuatan yang perlu ada dalam diri seorang muslimah solehah untuk menghindari Cinta sebelum nikah.

Antara kekuatan yang perlu terus dikukuhkan setiap masa, termasuk:

1.Tegas dengan prinsip atau jati diri seorang Muslimah Solehah. Shcemakan diri kita dengan nilai-nilai murni seorang muslimah solehah. Caranya ?

a.Tidak menggoda dan tidak membiarkan dirinya digoda. Tidak melayan sebarang cubaan samada melalui sms, emel, panggilan telefon atau apa jua bentuk hubungan yang menghala kepada cinta terlarang tersebut, apatah lagi memulakannya. (Biarlah orang mengata kita sombong, tak fun, shcema sangat macam tiang kayu atau apa saja ejekan, asalkan kita ikhlas meletak cinta Allah di hadapan.)

b. Jaga ibadah hati dan jasmani. Jangan biarkan hati terus berkhayal, berangan atau angau, tapi kuatkan ia dengan zikir dan ibadah2 lain seperti puasa atau tilawatul Quran. Membiarkan hati asyik dengan benda yang tidak-tidak, hanya akan membuka ruang dan peluang bagi syaitan untuk masuk.

c. Jaga maruah diri samada dari sudut penampilan atau pun pergaulan. Lindungi aurat seperti yang dituntut dalam Islam, dan batasi pergaulan antara lelaki dan perempuan. Jangan ambil mudah dalam soal penjagaan aurat. Jangan berlaku senda gurau, ejek mengejek apa tah lagi tepuk tampar dan cuit mencuit.

d. Berpegang pada ayat yang melarang kita mendekati zina, dengan menghindari diri dari teman-teman, biah atau suasana yang tidak solehah.

2. Berpegang dengan misi hidup seorang muslimah solehah yang jelas dalam bab cinta sesama manusia. Artinya, menyimpan perasaan CINTA hanya untuk suami. Selagi belum bergelar suami, tak akan kita tumpahkan perasaan kasih dan sayang, risau dan bimbang itu pada seseorang yang belum tentu akan menjadi suami kita. Biarlah orang melabel kita ‘jual mahal’, kerana sesungguhnya CINTA kita memang mahal.

Benda yang murah, mudah dibuang sepah sembarangan, tetapi sesuatu yang mahal dan berharga itu akan disimpan kemas dan rapi. Begitulah juga cinta kita. Tanamkan dalam hati, kita bercinta bukan kerana suka-suka nak bercinta, suka-suka nak merasa mabuk kepayang orang bercinta, tetapi cinta kita memang bertujuan untuk dibawa hingga terbinanya rumahtangga yang akan memandu kita sama-sama ke Syurga.

Beerti, kita berpegang pada:

Hanya cinta yang layak untuk masuk syurga sahaja yang nak kita praktikkan dalam hidup kita.

Cuba kita buka lembaran Al Quranul Kareem, di surah An Nur, ayat 26.

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

Yang bermaksud,

“Wanita keji untuk lelaki keji, lelaki keji untuk wanita keji. Wanita solehah untuk lelaki soleh dan lelaki soleh untuk wanita solehah.”

Reninglah ayat ini dalam-dalam, dan berlaku ikhlaslah kita dengan diri kita sendiri. Ianya sahaja sudah cukup untuk membantu kita mengawal diri kita sendiri. Pilihan sebenar adalah atas diri kita sendiri. Kalaulah lelaki soleh yang kita dambakan untuk menjadi suami kita, maka jadikan lah diri kita wanita solehah terlebih dahulu. Allah yang Maha Menyusun, pasti akan menyusunlkan nya untuk kita dengan seadil-adilnya!


3. Merasai muroqabah Allah SWT selalu. Mohon doa dariNya supaya kita kuat menepis dan memacakkan pagar dan banteng, kerana tiadalah daya dan upaya kita, melainkan dariNya jua.

Jadilah muslimah sejati umpama mawar yang berduri. Harum mewangi, indah menawan dengan sifat-sifat semula jadi seorang yang bergelar perempuan.Namun peranan duri jangan dilumpuhkan. Duri sebagai pelindung dan perisai yang menjaga dan melindungi.

Ingat, wahai anak-anak muslimahku:

Kita mulia kerana Islam. Dan Islam itu meletakkan wanita di tempat yang cukup tinggi. Jangan kita yang jatuhkan diri kita sendiri.

Ingat juga wahai anak-anak musliminku:

Bantulah para muslimah itu untuk tetap tinggal di tempatnya yang tinggi. Bantui mereka untuk memelihara martabat seorang wanita, sesuai dengan kehendak Islam. Sesungguhnya engkau membantu dirimu sendiri.

Wallahu’alam.

5 thoughts on “Sekuntum Mawar Berduri – I Shall Be

  1. Insya Allah aunty. ana try discuss dgn hilal cmne nnti kalau2 dia boleh dtg skali. Can I have the venue location of the wedding.

    Arigatou gozaimasu for the invitation. tottemo ureshii desu. Kandou shimashita.

    and also, allow me to repost this in my blog. Peringatan utk muslimah2 yg melawat blog ana.Jazakillah again.

    • salam munsyi,

      as for the venue, look it up in your email okay. sini, open sangat lah pulak….dont u think so?

      as for re-posting my article, dozou, yorokonde imasu. (betul ke aunty punya nihon-go ni??), semoga ada manafaatnya buat kita semua, insyaAllah. Obachan mo, honto ni, ureshii yo.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s