Another new member, coming soon.

Assalamualaikum semua.

Maaf dipinta atas kelewatan yang amat sangat dalam meng’update’ blog ni. Dah lebih sebulan ianya terbiar sepi. Semuanya gara-gara ‘bizi’…lagi-lagi busy jugak yg disalahkan. Sibuk jugak yg sentiasa menjadi alasan….

Sebenarnya, ana bakal menerima menantu lagi dalam masa terdekat ini. Sebab tu bizi. InsyaAllah, awal Jun tahun ni nanti, bertambah bilangan menantu ana kepada dua orang. Kali ni menantu lelaki pula. Macamana perasaan?

Hmm…yg pasti, memang teruja, excited to get a new member to join the family. Tapi dalam masa yg sama, ‘takut’ pun ada gak…bukan takut macam takutkan harimau tu, takut kali ni, hanya mereka2 yg dah melalui yg faham. nak terangkan di sini pun tak reti how. Cuma, setelah melalui pengalaman menerima menantu perempuan, kali ni nak dapat menantu lelaki, perasaan excitednya sangat berbeza…susah nak diungkapkan. Tapi, kalau boleh, nak je rasanya suruh anak tu spend as much time possible kat rumah bersama ana. Makin dekat harinya, makin hati si ibu tua ni teruja, namun excitement yg dirasa tetap disulam dengan rasa sayu dan pilu…kenapa ye? Buat-buat tanya pulak.

one of them is The Bride-to-be

Itulah hakikatnya, kehidupan. Segalanya adalah pinjaman buat kita. SEGALANYA sebenarnya. Walaupun dalam konteks ini, ana merasakan akan ‘kehilangan’ seorang anak perempuan, setelah ‘menerima’ seorang lain sebelum ini, hakikatnya, semua mereka adalah pinjaman buat kita.

Pernah dikisahkan kepada ana suatu ketika dulu, seorang sahabat yg menanti 10 tahun untuk menimang cahaya mata sendiri, akhirnya dikurniakan seorang puteri yg comel. Namun, ungkapan dari seorang teman lain

‘hai…, duk tolong bela hak orang je lah nampaknya ye?!’

benar2 menusuk hati ana, belum lagi hati teman yg melahirkan itu.

The truth, menerima menantu perempuan, beerti menerima seorang lagi anak perempuan, dan itulah juga perasaannya pabila menerima seorang menantu lelaki. Bukan beerti kita kehilangan anak perempuan kita, tapi kita bakal dikurniakan seorang lagi anak lelaki dalam hidup kita, kerana siapa pun mereka, baik lelaki maupun perempuan, adalah pinjaman dan amanah Allah buat kita yg bergelar ‘orang tua’.

Benar, tanggung jawab mereka berbeza, antara anak lelaki dan anak perempuan, antara seorang isteri dan seorang suami. Namun semua kita masih punya peranan sesama sendiri yg tak mungkin diketepikan begitu sahaja hanya kerana sebuah perkahwinan, kerana kita semua adalah makhluk Allah yg punya fungsi dan peranan, semuanya adalah pinjaman….

KepadaNya juga kita semua akan dikembalikan dengan hak dan tanggungjawab yg tersendiri. Saling bantu dan sokonglah kita demi mencapai redha Ilahi. Kerana setiap kita akan dipersoalkan mengenai pinjaman yg telah Allah kurniakan ini.

sekadar hiasan buat peringatan

Wish me luck.

Namun lebih diharapkan, MOHON DOANYA….

Terima kasih.

5 thoughts on “Another new member, coming soon.

  1. Salam aunty meen, maaf lambat reply..Congratulation on your new family member.

    Received the wedding invitation card. Thank you very much. But I’m not sure if I can come to the wedding or not since I have another wedding to attend on the same day. My prayers will always be with your family. May Allah ease everything for you aunty. Thanks again for the invitation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s