Archive | June 2010

Kuala Besut-Part II

Selesai majlis di Kuala Besut, perut kenyang terisi dengan nasi berlaukkan masakan ala ‘Ganu’ yg sungguh lazat (personally, kami semua minat sungguh dengan singgang dagingnya, dan ana juga sangat tabik dengan kerabu bacang mereka, enak amat), kami meneruskan percutian menziarahi kawan lama sewaktu sama2 belajar di US dulu, Sheikh Ji.

Niat asal memang nak bermalam di Kota Bahru, tapi memandangkan anakanda yg kian hampir dengan hari peperiksaannya, kami tukar plan utk ziarah hingga ke Peringat saja, dan berpatah balik ke Kuala Trengganu utk bermalam. Sheikh Ji, nama penuh beliau Mohd Ramzy Abdullah, memang antara rakan karib suami ketika di US dulu. Malah perkenalan ana dengan suami juga bermula dari beliau, kerana menurut Ji, kami berdua sangat serasi. (Syukran Ji)


Continue reading

Kembara ke Kuala Besut

17 Jun 2010

Seusai tugas suami dengan income tax nya, kami memulakan perjalanan menuju ke Trengganu. Sebuah perdana dan sebuah vios bersama 8 orang ahli keluarga, kali ni termasuk Adam, melalui jalan dalam, Jabor dan Kuala Berang. Destinasi kami kali ini adalah Kuala Besut. Ada sedikit urusan keluarga, menjadi orang tengah untuk majlis meminang.

Ini first time kami ke sana, semua excited. Ditambah pulak dengan honeymoon treat buat anakanda berdua. Ralat jugak, dua lagi anakanda lelaki bersama menantu dan cucu tak dapat ikut serta sebab sibuk dengan exam dan hal keluarga. Kalau tidak, lengkaplah famili kami berjalan dan bercuti bersama, tentu lebih2 lagi seronoknya.

Aufa Najmi...semakin nakal

Berhenti di Kuala Trengganu untuk makan tengahari, berselera sungguh masing2. Lapar lah katakan. Nak ambil gambar pun tak sempat. Dengan bantuan GARMIN, kami meneruskan perjalanan ke Demong Beach Resort di Kuala Besut. Sesampai di bilik hotel, kami berehat sebentar sebelum anak2 keluar bermain pasir di tepi pantai.
Continue reading

Alhamdulillah….Selesai sudah satu tanggungjawab.

(Dan banyak lagi tanggungjawab lain yang menanti untuk dilaksanakan sebaik mungkin…hanya kepadaMu dimohon kekuatan, ya Allah.)

As a sayimg goes,   ‘A picture speaks a thousand words’….and here are some captions that you can interpret yourselves. …Dozo…

baru selesai nikah sekitar 9.30 mlm 4hb Jun 2010

Bersama puteriku yg baru bergelar seorang isteri

cincin disarung di jari manis

pengantin sampai ke lokasi khemah dgn menaiki tram taman...lain dari yg lain?

khusyuk mengaminkan doa

Bersama Ustaz Saiful (x-SHAMS) dan famili...terima kasih ustaz, krn sudi dtg merai.

makan beradab di kuantan

Bersama teman2 yg sama belajar di US dulu

Bergambar bersama seisi keluarga seusai majlis di Taman Pertanian

Sama-sama excited membuka hadiah

Saat ketibaan di majlis pengantin lelaki di Gombak

makan beradab di majlis pengantin lelaki di Gombak

Upacara potong pulut kuning

Bergambar sekeluarga di rumah pengantin lelaki di Gombak.

The Bride and Groom with both parents.

Right before I leave her to her husband's custody...huhu

BAROKALLAHU LAKUMA WA BAROKA’ALAIKUMA WA JAMA’A BAINAKUMA FIL KHAIR.

Semoga kalian terus subur bercinta hingga ke syurga.

Ameen.

Antara Rahmat dan KeadilanNya.

Pagi tu seperti biasa, on my way back home selepas hantar anak2 ke sekolah. Lalu di Permatang Badak, depan klinik kesihatan tu, suasana seperti biasa kalut dengan kenderaan dan orang ramai, sementelahan bersebelahan klinik adalah sebuah sekolah rendah. Tiba-tiba ternampak seorang ibu muda sedang mendukung dan memeluk anaknya (bayi) nak melintas jalan, menuju ke klinik ana kira. Terbayang jelas di wajah si ibu riak senang dan puas apabila sambil melintas, sempat lagi mencium si anak. Terlintas di hati, betapa sayangnya ibu itu pada anaknya…. Subhanallah! Alhamdulillah! Suka benar ana dengan pemandangan itu. Tersenyum sendiri ana sambil meneruskan perjalanan pulang menuju ke Semambu untuk service kereta pulak.

Sepanjang 5 minit perjalanan tu, suddenly terlintas di fikiran;

MasyaAllah, Alhamdulillah… syukur pada Allah, si ibu tadi punya perasaan sebegitu pada anaknya. Bersyukur ke hadrat Allah kerana ana juga merasai perasaan kasih dan sayang itu pada anak2. Kerana sesungguhnya, punya rasa kasih dan sayang itu juga adalah anugerah dari Allah sebenarnya.

Nikmat merasai dan keupayaan memberi rasa cinta dan kasih sayang pada sesama insan adalah sebenarnya tanda kasih sayang Allah pada kita.

Ramai je kat luar sana, yang sifar perasaan sayang pada anak2 sendiri. Tak kurang juga anak2 yg punya sifar perasaan sayang pada ibu ayah sendiri. Tidak cukup dengan itu, mereka juga kontang dari merasai kasih sayang orang lain terhadap mereka. Kasih sayang ibu ayah pada si anak, tidak terkesan ke dalam hati dan diri anak, menyebabkan mereka sering beralasan ‘ketandusan kasih sayanglah yg menyebabkan aku jadi begini.’

Lihat saja kes pembuangan dan penderaan anak yg tidak berdosa yg sangat2 berleluasa dewasa ini. Lebih dua puluh tahun yg lalu, fenomena ini sudah meruncing di Amerika Syarikat, tempat ana belajar. Tapi syukur, waktu itu Malaysia masih lagi terselamat dari gejala buruk ini. Kalau ada pun yg berlaku, adalah merupakan kes2 yg terpencil.

Kini, kes yg serupa berkembang biak di negara kita, negara Islam Malaysia. Apa kita tak mau duduk sebentar dan mengkaji di mana salah dan silap kita? ‘Duduk sebentar’ sepertimana ajakan Muaz bin Jabal pada para sahabatnya di zaman Rasulullah saw dahulu. Duduk sebentar untuk beriman dan bermuhasabah mengoreksi diri.

Apa lagi explaination yg nak kita beri dengan apa yg berlaku di tanah air kita ini? Walhal, pokok pangkal sebenarnya, Allah dah cabut perasaan kasih sayang tu dari hati nurani kita – maka tak berupayalah kita untuk menikmati nikmat menyintai dan dicintai itu. Menyintai dan dicintai dalam lingkungan syarak Ilahi yang menjamin kita merasai hakikat cinta yg sebenar.

Ya Allah….kenapa ini berlaku? Kenapa mesti dicabut nikmat itu dari kita yang bergelar manusia…?

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia tidak pernah mengazab hamba2Nya sewenang2, walaupun Dia punya hak yg mutlak atas kita untuk berbuat apa saja. Namun, ketahuilah…

Semuanya berlaku kerana keadilanNya. Kita dihukum kerana keadilan Allah.
Beerti, yg berdosanya kita – yg berbuat salah dan zalimnya adalah kita, maka Allah dengan segala keadilanNya menurunkan hukumanNya ke atas kita. Dicabutnya nikmat kasih sayang itu dari kita, maka kita bertindak lebih kejam dari haiwan. Ya Allah….

“Kita masuk syurga kerana Rahmat Allah, dan kita dihukum adalah kerana keadilan Allah”

Betapa manusia itu memerlukan Allah yg Maha Perkasa.

Ayuh! Bersegeralah memohon kepadaNya…hanya Dia yg berkuasa. Mohonlah apa saja, kerana Allah itu Maha Adil, akan diberiNya yg terbaik buat kita asal saja kita ikhlas meminta dariNya. Memohon itu sahaja sudah membawa pahala dan rahmat buat kita. Maha Suci Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kita akan ketahui betapa adilnya Allah, pada ketika kita dibangkitkan di Padang Mahsyar nanti…namun, jangan kita tunggu sehingga sampainya saat itu, kerana waktu itu semuanya sudah terlambat. Bersedialah membuat persediaannya dari sekarang.