Kembara ke Kuala Besut

17 Jun 2010

Seusai tugas suami dengan income tax nya, kami memulakan perjalanan menuju ke Trengganu. Sebuah perdana dan sebuah vios bersama 8 orang ahli keluarga, kali ni termasuk Adam, melalui jalan dalam, Jabor dan Kuala Berang. Destinasi kami kali ini adalah Kuala Besut. Ada sedikit urusan keluarga, menjadi orang tengah untuk majlis meminang.

Ini first time kami ke sana, semua excited. Ditambah pulak dengan honeymoon treat buat anakanda berdua. Ralat jugak, dua lagi anakanda lelaki bersama menantu dan cucu tak dapat ikut serta sebab sibuk dengan exam dan hal keluarga. Kalau tidak, lengkaplah famili kami berjalan dan bercuti bersama, tentu lebih2 lagi seronoknya.

Aufa Najmi...semakin nakal

Berhenti di Kuala Trengganu untuk makan tengahari, berselera sungguh masing2. Lapar lah katakan. Nak ambil gambar pun tak sempat. Dengan bantuan GARMIN, kami meneruskan perjalanan ke Demong Beach Resort di Kuala Besut. Sesampai di bilik hotel, kami berehat sebentar sebelum anak2 keluar bermain pasir di tepi pantai.

Action of the boys

Di sebelah malamnya pula, kami berlapan bersama rombongan lelaki dari Jitra, Kedah seramai enam orang, menjamu selera di salah sebuah restoran ikan bakar di Kuala Besut.Seronok menjamu selera sambil berkenalan dan berbincang dengan rombongan Jitra. Sekitar jam 10 malam, kami pulang ke bilik masing2, honeymoon couple, sengaja kami tempatkan jauh di tingkat atas, sedangkan kami semua di ground floor.

kanak kanak riang ria

The next day, 18 Jun 2010, kami semua berangkat ke Kg Raja, membawa hajat besar ingin menyunting bunga dihalaman. Menariknya, dalam berbincang membuat berbagai ketetapan, terbongkarlah bahawa kedua2 mereka belum pernah berhubung dan bersua sebelum ini. Masing2 berusaha sedaya mungkin mengikut hukum Islam dalam menjaga pergaulan dan tata susila perhubungan ajnabi di antara mereka. Subhanallah, ramai yg hadir, terkejut… “Ada lagi yg nak ikut style lama ni ye?”, bunyi satu ungkapan dari pihak sedara mara yg turut serta. “macam orang dulu-dulu…”

Begitulah, sepertimana sabda Nabi saw, ‘Islam itu dagang, dan akan kembali dagang’. Islam itu ganjil, dan akan kembali ganjil…pelik, lain dari yg lain. Kenapa? Sebab tak ramai yg nak mempraktikkannya mengikut syariat yg ditetapkan. Masing2 nak ikut hati, nak ikut selera sendiri, akhirnya hukum hakam ditolak ke tepi.

Tanda hormat ke bakal ibu mertua.

Bukankah dalam Islam, mencari jodoh dan pasangan itu adalah urusan orang tengah yg dipercayai kebaikannya, demi menjaga dari berlakunya fitnah pergaulan bebas antara teruna dan dara.? Islam menitik beratkan prevention dari cure. Makanya, elakkan dari berhubung secara terus, direct kerana syaitan pasti akan mengambil kesempatan menggoda anak Adam.

Apa yg berlaku sebelum pertemuan di Kuala Besut, pasangan yg bertunang hari itu menyerahkan segala urusan pencarian itu kepada orang tengah yg berusaha sedaya mungkin mencari yg terbaik untuk masing2. Dan tidak pernah berlaku SMS, email, ‘bergayut’ apatah lagi berjumpa antara mereka berdua. Semuanya kerana mereka yakin, pasti akan ada keberkatan dalam usaha mereka memelihara syariat Allah swt.

Berbeza sekali dengan norm zaman sekarang.

“Biar kenal dulu luar dalam , jumpa-jumpa, jalan-jalan sama-sama. Esok dah kawin senang, dah faham hati budi masing2….Tak apa, keluarlah, pandai2lah jaga diri tu….”

Allahu Akbar

Ibu ayah zaman sekarang terlebih sporting pulak dah. Kadang2 anak tak seberapa, mak ayah yg lebihnya. Bangga agaknya bila berjaya menjadi ibu bapa yg modern, yg sporting…terasa ada kelas kot? Entahlah. Sudahnya, jadilah apa yg telah banyak terjadi. Anak2 sekolah menengah pun ramai yg dah melahirkan anak luar nikah, apa tah lagi yg di peringkat IPT. Siapa yg perlu dan patut disalahkan?

!

Sesetengah pihak sibuk menggembar gemburkan jalan penyelesaian kepada masalah pembuangan bayi yg berleluasa ini. Macam2 pusat nak ditubuhkan, yg melindungi si ibu maupun yg melindungi si bayi. Bukan ana tak setuju semua tu, cuma kita ni suka selesaikan secara kosmetik. Bedak sana, bedak sini, tepek sana tepek sini. Semuanya on the surface je. The real solution tak nak buat. The real problem underneath, buat tak nampak je.

Cuba dijaga syariat Islam itu baik-baik, pasti terpelihara dari berleluasanya maksiat. Ibu bapa lebih tegas dengan anak2 bila bersangkut dengan pergaulan bebas ni. Anak2 diberi ilmu dan kesedaran mana yg baik, mana yg buruk, mana yg boleh, mana yg tidak, mana yg dosa mana yg pahala. Ajaran Islam dihayati, dihidupkan dalam diri…benteng2 kukuh dengan panduan Ilahi itu dibina teguh dalam diri sendiri dan anak2, supaya peluang syaitan memperdaya kita di tahap paling minima. Semuanya memerlu pada ilmu, pada keinginan untuk belajar, beramal dan kemudian mengajarkan pula agar lebih ramai manusia yg tahu.

Wahai para ibu dan ayah. Setinggi mana pun ilmu anak kita, walau dalam ilmu keagamaan sekali pun, soal berdua2an dengan pasangan yg ajnabi, tetap tidak dibolehkan. Hukumnya haram, tetap haram. Kerana syaitan telah berikrar akan mengerah seluruh tenaganya untuk merosakkan anak Adam supaya di akhirat nanti dapat menjadi ‘peneman’nya di neraka jahannam, na’uzubillah. Hayati maksud hadis Nabi saw,

“Tidak berhimpun dua orang lelaki dan perempuan, kecuali syaitan menjadi yg ketiganya.”

Nah apa lagi kalau bukan kerjanya membisik, menghasut dan memperdaya manusia?

Zaman sekarang, lebih advance lagi. Dulu-dulu, kena jumpa betul2. Then datang teknologi surat menyurat, dari surat, temu janji dibuat. Kini, lebih canggih. Surat menyurat tak main dah.SMS, email, fb dan banyak lagi means yg boleh ‘merapatkan’ dan mengintimkan mereka2 ini, sehingga kesan yg ditinggalkan, tidak kurang hebatnya atas hati2 anak Adam ini. Bila hati dah bercelaru, fikiran tambah keliru, tambah buntu, agaknya apa jadi dengan nafsu? Akhirnya…???

Dalam Al Quran ada mengingatkan,

“La Taqrabbuzzina…Jangan kamu menghampiri zina”.

Allah yg Maha Tahu, yg menciptakan kita, pasti Teramat Arif untuk memberi perintah amaran seperti di atas. Menghampirinya saja, sudah dilarang keras, apatah lagi membenarkan, memberi ruang dan jalan malah ke tahap melaksanakan. Astagfirullahal’adzim.

Wahai para ibu dan bapa, awasilah anak2 kita dari terjebak. Peliharalah amanah kita ini betul2, kerana kita akan disoal di’sana’ nanti.Jangan biarkan anak2 bergaul bebas lelaki perempuan. Selepas bertunang, bukanlah tiket untuk berduaan. Hukumnya masih lagi haram. Berhati2lah.Cemburui lah anak2 kita sebelum semuanya terlambat.

Mohonlah kepada Allah supaya kita diberi  kekuatan untuk mendidik mereka dengan lunas2 Islam, jugak supaya mereka kuat menahan diri dari terjebak.

“Tiada daya dan upaya kita, melainkan dengan pertolongan dari Allah jua”.

Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s