Kuala Besut-Part II

Selesai majlis di Kuala Besut, perut kenyang terisi dengan nasi berlaukkan masakan ala ‘Ganu’ yg sungguh lazat (personally, kami semua minat sungguh dengan singgang dagingnya, dan ana juga sangat tabik dengan kerabu bacang mereka, enak amat), kami meneruskan percutian menziarahi kawan lama sewaktu sama2 belajar di US dulu, Sheikh Ji.

Niat asal memang nak bermalam di Kota Bahru, tapi memandangkan anakanda yg kian hampir dengan hari peperiksaannya, kami tukar plan utk ziarah hingga ke Peringat saja, dan berpatah balik ke Kuala Trengganu utk bermalam. Sheikh Ji, nama penuh beliau Mohd Ramzy Abdullah, memang antara rakan karib suami ketika di US dulu. Malah perkenalan ana dengan suami juga bermula dari beliau, kerana menurut Ji, kami berdua sangat serasi. (Syukran Ji)



Berada di rumah Ramzy walaupun untuk beberapa jam tengahari itu, sangat2 bermakna bagi kami semua. Sebelum sampai rumah uncle Ji, suami dah pesan pada anak-anak menantu,

“Walaupun kita dah lapik perut tadi, kat rumah uncle Ji ni, semua kena makan kenyang2. Uncle Ji punya hospitality, first class sokmo. Dia takkan benarkan you all makan ala kadar je kat rumah dia. Make sure you all make yourselves at home waktu makan nanti, he’ll be very2 happy. ”

And sure enough, itulah yang berlaku. Kekenyangan sungguh kami tengahari tu, and we could see that uncle Ji was very pleased. Memang itulah antara character terpuji Ji sejak dulu lagi. Melayani kerenah kawan2 sebaik mungkin. Level utama ukhwah yaini ITSAR itu sangat sinonim dengan Ramzy. Anak2 pun merasai kemesraan uncle Ji, sehingga ada yg berkata,

“Next time ke Kelantan, kita mesti singgah lagi rumah uncle Ji!”

Are you ready Ji?

Bergambar depan rumah uncle Ji.

Satu perkara yg menarik perhatian anak2 ana, bila mana mereka perasan uncle Ji mereka speaking english sokmo. Tak cakap melayu pun, melainkan sangat sedikit.

“Mak, uncle Ji dulu ambil jurusan apa kat US? English ke?” soal salah sorang anak ana hari tu. Dalam tawa ana jelaskan,

“Sama je macam abah, cuma uncle Ji nak pastikan kita semua faham apa dia ‘ghoyak’, sebab melayu dia would be solid kelate punya….” (betul dak Ji?)

Apa pun, it was a very very fascinating and satisfying trip to all of us. Anak2 semua sangat terhibur dan bersyukur dapat jumpa kawan baik abah dan mak mereka. Pulang ke Kuantan, baru suami bagitau ana dugaan yg terpaksa sheikh Ji tempuh di Corvallis dulu, sehingga menyebabkan biasiswanya ditarik, dan Ramzy dihantar pulang sebelum tamat pengajian. Semuanya gara2 mereka yg busuk hati dengan sekumpulan pelajar yg cuba beramal dengan Islam yg sebenar, lalu tohmahan dibuat ke MSD US beserta kiriman gambar Ji yg sedang berehat di masjid pun menjadi isu. AllahuAkbar!

Namun, mereka merancang dan Allah juga merancang, dan perancangan Allah jugalah yg terbaik. Ramzy bahagia dengan kerjayanya sekarang bersama isteri dan dua anak tercinta mereka. Setiap kita pasti akan diuji one way or another, semoga kita semua tabah menempuhinya dan sentiasa berserah diri kepada Allah yang Maha Berkuasa. Ji kurang sihat sekarang, sewaktu ziarah kami tu, jelas kelihatan dari cara beliau berjalan, dia sedang menahan sakit. Didoakan semoga Allah sembuhkan Ji dalam rahmat dan keberkatanNya, ameen.

Dari Kg Padang Mokkan, kami sempat singgah sebentar di Kg Bechah Mulong, menziarahi sahabat, sepasang pengantin baru yg tak sempat kami raikan bersama 3, 4 hari sebelum tu.Alhamdulillah, dalam ketergesaan balik ke Kuala Trengganu, sempat jugak kami bertemu bertanya khabar sebelum mereka berangkat ke England sekitar Sept/Oct nanti. Didoakan kedua2nya selamat pergi menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri dan pelajar yg sentiasa dalam taufiq dan redha Allah, serta kembali dengan PhD dan ahli keluarga baru mereka.

Perjalanan kami diteruskan petang itu hingga ke Permai Inn hotel di Kuala Trengganu. Hotel biasa-biasa je, yg penting kami semua bersama for a quality time that we spent together that night dan esoknya. Selesai sarapan, kami bertolak menuju ke TTI – Taman Tamaddun Islam. Puas berpusing sambil keluar masuk setiap replika masjid yg ada, kami akhirnya singgah bersolat zohor di Masjid Kristal berdekatan.

Anak2 riang ria berdekatan Masjid Kristal

Asyraf the cameraman, bersedia ke depan nak menjalankan tugas.

Alhamdulillah, kami semua seronok dan teruja dengan pengalaman yg sangat bermakna itu. Masuk ke dalam replika Masjid Al Aqsa, meninggalkan satu perasaan yg tak terungkapkan. Segala pembacaan dan exposure sebelum ini mengenai keadaan masjid tersebut dan Palestin sendiri, datang bermain di fikiran, memikirkan betapa Allah memilih Palestin sebagai bumi Jihad dan mujahidinnya sebagai calon syuhada. AllahuAkbar!!! Terasa kerdilnya diri berbanding mereka. Namun, berputus asa tidak sekali, kerana Allah sudah berjanji, barang siapa yg ikhlas memohon dan berusaha untuk mati syahid, pasti akan Allah kabulkan, walaupun dia mati di atas ranjang. Semoga Allah kabulkan doa kita untuk menjadi salah seorang dari syuhadaNya, Ameen, ya Allah.

Hanan and abg Adam dia...

Melihatkan replika Masjidil Haram dan menyaksikan tayangannya juga sangat menyentuh hati. Mungkin kerana baru sangat mengerjakan haji di musim lepas, menyebabkan perasaan itu terlalu sensitif. Tergambar jelas saat-saat berada di dalamnya, mengadap kaabah dan perasaan ketika itu, yg hanya akan dapat difahami oleh mereka yg sudah berpeluang ke sana. Lagi sekali, tak terungkap kata2 nak membayangkan betapa syahdunya rasa. Semoga Allah menjemput kami semua ke sana sebagai tetamuNya lagi, insyaAllah.

Kakngah berlatar belakangkan replika Masjidil Haram.

Anak2 paling seronok dengan cuti kali ni. Hanan berulang kali membisikkannya pada ana,

“Mak, best la cuti kali ni. Best sangat. Dah lah abang Adam pun ada, tambah abg Afiq dengan kakngah lagi. Kalau abg Aiman, abg Afif, kak Hajar dan Aufa ada jugak, complete kita satu keluarga.”

Nak buat macamana, waktu tu Aiman dan Afif sedang berjihad dengan exam masing2. Hajar dan Aufa pulak sedang bercuti di rumah nenek di Seremban. Lain kali mudah-mudahan ada peluangnya, insyaAllah.

Dah puas penat di TTI, kami singgah di Kg Losong untuk makan keropok losong goreng fresh dari situ sebagai lunch kami tengahari tu, sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuantan.

Suasana dalam Masjid Kristal seusai solat zohor.

Bagi ana sendiri, ianya satu percutian famili yg sangat bermakna. Banyak perkara terlaksana sepanjang cuti tersebut, alhamdulillah. Moga akan ada lagi saat-saat seperti ini di masa akan datang. Ameen.

One thought on “Kuala Besut-Part II

  1. Yes, Meen and Bad. You are most welcome to visit us. Nampaknya kami kena masak singgang daging pulak next time. True it was so precious to meet both of you together with Aisyah and Afiq, Adam and Ashraf, the cool Ammar and the sweetest Hannan. Banyak actually nak cerita dengan Bad pasal cerita lama-lama tapi has to withold depan anak menantu. One thing is that both Meen and Prof Bad are still the same in terms of ukhuwwah inspite of Bad is now a VVIP at UMP. Alhamdulillah. Pasal speaking tu kena minta maaf banyak-banyak. In such situation I feel more convenience kecek omputih takut keluar my kelate dialect then kena terjemah pulak. Anyways it was so great to meet Meen and Bad with anak menantu even though in short time .While missing was Afif and Siti Hajar with Aufa Najmi and Aiman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s