Archive | July 2010

Masa menginjak Pergi

Melihat gelagat nakal cucu sulung ana Aufa, ketenangan dan kegembiraan anak menantu menghabiskan masa bersama, kematangan anak2 ana sendiri dari yang tua hingga yg paling kecil, semuanya membawa kepada perasaan syukur yg teramat sangat pada Allah yg Maha Memberi. Namun dalam masa yg sama, ana tak dapat lari dari menerima kenyataan betapa masa itu berlalu dengan pantas sekali.


Continue reading

Mohon Cuti dari Berblogging…

Assalamualaikum w.b,

Mulai hari ini, tanggal 5 Julai 2010, ana mohon cuti, berkemungkinan tak dapat nak teruskan menulis kerana terpaksa fokus pada sesuatu yg lain dulu, insyaAllah, selepas permusafiran ana ini, akan ana sambung kembali dengan inayah dari Ilahi, semestinya.

Doakan ana tabah dan sabar dalam misi ana kali ini, menemani emak. Ana tau dan ana sedar, misi ini bukan lah mudah, tapi insyaAllah dengan doa dari kalian, dengan rahmat dari Allah, mudah2an ana berjaya melaksanakannya sebaik mungkin.

Mohon doanya.

Jazakumullahu khairan katheera.

Wassalamualaikum w.b.

Mahrojan dan Melayu di Bumi Malaysia

Weekend lepas, kami sekeluarga ke Karnival Seni Nazim (Mahrojan NAZIM ) yg diadakan di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Ammar mewakili zon Timur dalam pertandingan bercerita dengan Kisah Nabi Yunus nya. Manakala Hanan, mewakili Zun Timur juga dalam pertandingan nasyid dengan membawa lagu Give Thanks to Allah dan Ciptaan Allah. Seronok berada bersama rakan2 wakil seluruh Malaysia dengan kontinjen masing2. Antara yg dipertandingkan lagi termasuk coral speaking, berpidato dan hafazan tahap 1 dan 2.

Siapa menang?
Continue reading