Mahrojan dan Melayu di Bumi Malaysia

Weekend lepas, kami sekeluarga ke Karnival Seni Nazim (Mahrojan NAZIM ) yg diadakan di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Ammar mewakili zon Timur dalam pertandingan bercerita dengan Kisah Nabi Yunus nya. Manakala Hanan, mewakili Zun Timur juga dalam pertandingan nasyid dengan membawa lagu Give Thanks to Allah dan Ciptaan Allah. Seronok berada bersama rakan2 wakil seluruh Malaysia dengan kontinjen masing2. Antara yg dipertandingkan lagi termasuk coral speaking, berpidato dan hafazan tahap 1 dan 2.

Siapa menang?

Ammar dengan Kisah Nabi Yunus a.s

Ana tak berapa ingat semua kategori, tapi Hanan dapat tempat ketiga, manakala Ammar saguhati untuk kali ini, alhamdulillah. Namun, zon Timur menjuarai keseluruhan pertandingan. Syabas diucapkan….Pada ana, mahrojan kali ini telah berjaya menyuntik rasa keyakinan diri masing2 peserta, at least I could see that in my children. Walaupun cuak dengan persembahan hebat peserta lain, ternyata Ammar lebih bersemangat memberi yg terbaik untuk bersaing dan enggan mangaku kalah sebelum berjuang. Begitu jugak dengan Hanan, pertandingan nasyid agak sengit, namun peserta Pahang semua telah berjaya memberi yg terbaik.

Kumpulan nasyid Sumayyah dari Pahang

Selesai karnival, ana dan suami berkira2, samada nak pulang terus ke Kuantan atau berehat semalam di KL (rumah PD ada org sewa), memandangkan kami semua agak keletihan dan mengantuk, kerana bertolak awal pagi tadi dari Kuantan. Akhirnya kami bersetuju untuk stay KL je mlm tu, dan anak2 dengan penuh tenaga semula, berkumpul semuanya bermain bowling! Begitulah anak2 ana, kalau dah dapat peluang berkumpul ramai2, pasti bowling adalah antara aktiviti wajib mereka. Kali ni semua ada, termasuk Adam dan Afiq, bertambah semangat nak berlumba. Hajar dan Aufa pun tak ketinggalan. Mak dan abah je yg surrender awal2…

At Wangsa Bowl

Malam tu jalan2 cari makan di tempat anak2 berbowling, hati jadi suram melihatkan gelagat warga kota yg terlalu amat kebaratannya. Pedih dan pilu, berat sungguh rasa bahu ni melihat keadaan sekeliling.

Lebih banyak diam memikir dari bercerita, menyebabkan suami pun susah hati. Tapi nak buat macamana, memang terkesan dengan suasana ketika itu.

Begitulah keadaan Melayu – Islam di Malaysia sekarang. Walaupun di KL, rata2 manusia yg memenuhi mall adalah dari kalangan Melayu-Islam. Kalau sekadar membeli belah mana yg perlu, tak lah menggusarkan sangat, tapi kalau pakaian dan pergaulannya sangat2 menampakkan ‘kemodenan’ mereka, memang pening kepala kita jadinya.

Ana teringatkan mandat yg harus dipikul bagi setiap muslimin dan muslimat yg sedar dan tahu, untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar itu. Bukan kita tak pandang pada bangsa dan agama lain untuk didakwahkan, tapi tak salah kalau fokusnya kini adalah pada anak bangsa Melayu-Islam itu sendiri. Kenapa?

Kerana kita merupakan golongan majoriti dalam masyarakat. Malangnya, bukan setakat itu saja kita majoriti, tapi dalam segala sudut2 negatif yg berkait dengan masalah sosial, kita jugak adalah majoriti. Kalau disudut excellence dalam keputusan periksa, kita termasuk yang minoriti, kita juga minoriti bila dilihat dari sudut  kecemerlangan innovasi dan perniagaan. Pendek cerita, kita ‘melimpah’ dalam perkara negatif, namun ‘melukut’ dalam perkara positif.

Macamana bangsa lain nak hormat, seterusnya bercita2 mencontohi kita kalau tiada teladan yg baik dari pihak kita? Kalau kita lihat di negara China misalnya, memang selayaknya difokuskan dakwah mereka pada bangsa cina, bukannya minoriti Melayu yg ada di sana. Jugak atas sebab yg sama. Kalau di India, gerakan dakwahnya juga patut difokus kepada bangsa India yg ramai di situ. Jadi, dimana salahnya kalau kita berhasrat untuk memberi penekanan usaha dakwah kepada bangsa Melayu-Islam di bumi Malaysia?

Assobiyahkah itu?

Bukankah maksud assobiyah adalah apabila kita menyokong bangsa, tak kira dalam soal makruf atau mungkar? Namun yg cuba diketengahkan sekarang adalah menyedarkan bangsa Melayu -Islam akan peranan kita yg tersangat penting dalam menentukan hala tuju bangsa Melayu yg rata2nya beragama Islam di Malaysia. Adakah dengan menyokong yg mungkar, Islam akan terpelihara? Sudah tentu tidak. Maka bukan itu yg nak kita perjuangkan.

Thus, dimana salahnya?

Banyak yang bertanya, kenapa kita tak guna Islam je, bukan kah itu sudah merangkumi bangsa Melayu? Bukankah Islam itu sudah cukup adil untuk membela nasib semua manusia tak kira ia berbangsa apa sekalipun….? Tepat sekali. Maka dengan itulah, kita berpegang pada kebenaran dan keadilan Islam dalam berusaha menyatukan bangsa Melayu yg kita lihat sedang hebat berpecah dan sengaja dipecahkan oleh musuh Islam, semata2 untuk melemahkan Islam itu sendiri.

Ketuanan Melayu harus dipastikan berlaku dan terus berlaku di Bumi Malaysia nan tercinta. semua itu semata2 untuk menjamin kesejahteraan Islam di tanah air milik kita. Dan itu akan terus terancam sekiranya Melayu terus berpecah, satu kepada puak yang menyokong Islam dan satu lagi kepada puak yg menyokong Melayu. Nah, kalau diperhatikan secara halus, bukankah Melayu-Islam itu sudah cantik untuk menyatukan kedua2nya, lalu dari situ strategi demi strategi disusun bagi menjamin keutuhan ketuanan Melayu di bumi Malaysia, berpaksikan Islam yg sebenar.

Perhatikan dengan mata hati yang tulus, akan situasi yg berlaku kini, bila mana bangsa Melayu berpecah dan bermusuh, siapakah yg sedang menangguk keuntungan dari semua ini, kalau bukan musuh Islam itu sendiri. Macam2 yg mereka demand sehingga bukan saja kepentingan Melayu , tetapi maruah kita juga tergadai, dalam usaha mendapatkan sokongan bagi menjatuhkan puak Melayu yg satu lagi. Dan ini berlaku dikedua2 belah pihak.

Perhalusi dan lakukan analisa seadilnya, tanpa dibayangi rasa dengki pada sesiapa. Cuma buat masa sekarang fokus kita adalah pada bangsa Melayu, namun, suatu masa nanti, pasti semua akan merasai keadilan Islam itu. Ayuh bersama, kita berkerja dan berusaha dengan penuh ikhlas demi memastikan kalimah Allah itu tertegak dengan penuh ‘izzah di bumi Islam Malaysia.

~ SEMOGA ALLAH BERSAMA KITA ~

2 thoughts on “Mahrojan dan Melayu di Bumi Malaysia

  1. salam
    syukran makcik min post kan gambar.. lama x tengok aiman n adam.. tergelak jugak tengok abg afiq duk sbelah adam.. hehe.. x sangka plak.. khair a’la kulli hal moga berbahagia insyallah
    daripada ana Abdur Rasul,Kaherah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s