Konwanis 2010

(I know, I know…. I am already weeks overdue! Begitulah, kita merancang, Allah jua merancang dan menentukan. Memang plan nak update on Konwanis dari awal lagi, tapi Allah menentukan banyak lagi perkara lain yg belum beres untuk membolehkan ana duduk dan menulis serta menganalisa semula perjalanan dan iktibar dari Konwanis yg telah berlalu. Mohon maafnya ya.)


Konwanis, singkatan bagi Konvensyen Wanita Islam Nasional, anjuran Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia, kali ini telah berlangsung di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson pada 24 Julai 2010 lalu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, telah membawa tema “Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden”, membuka minda para peserta akan cabaran-cabaran terkini yang melanda dan jalan penyelesaian terbaik yang perlu diambil tahu dan diambil tindakan oleh para wanita.

Konwanis kali ini telah dirasmikan oleh YB Dato’Hajah Zainab bt Nasir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau menyarankan dalam ucapan perasmiannya, agar wanita dapat menetukan hala tuju dan merancang masa depan yg lebih baik berlandaskan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan. Beliau juga ada menekankan ‘Jika rosak wanita, rosaklah generasi akan datang’, yg membawa maksud betapa besarnya peranan wanita dalam menentukan masa depan sesebuah negara.


Menurut Dato’ Zainab lagi, Konwanis kali ini bertepatan dengan tarikh Majlis Pelancaran Hari Wanita Nasional yang akan dilaksanakan di sebelah petangnya, mungkin bukanlah satu kebetulan yg berlaku secara sia2, namun mesej disebaliknya supaya para wanita membuka mata bahawa, kekuatan material bukanlah ukuran untuk mendepani segala masalah sosial yg kita hadapi sekarang, tetapi kekuatan akal dalam mentafsir sesuatu,kekuatan fizikal dalam melaksanakan perancangan dan kekuatan jiwa dalam menegakkan agama adalah tiga kekuatan yg penting sebagai bekalan kita.

Sebagai pembuka bicara pembentangan konwanis kali ini, Ustazah Norakhilah Baharin, Ketua Wanita Isma Perak telah menjelaskan betapa pentingnya dan betapa perlunya setiap wanita itu berpegang teguh pada identiti atau jati diri seorang wanita muslim yang bersifat seimbang dan bersepadu. Cairnya jati diri muslim kita akan menyebabkan kita hilang arah dalam membawa anak2 dan keluarga menuju matlamat hakiki sebagai hamba dan khalifah Illahi di muka bumi ini. seterusnya akan menyebabkan kita terus-terusan dalam kancah masalah demi masalah tanpa menemui jalan penyelesaian.

Diantara ciri-ciri jati diri yg dikemukakan oleh Ustazah Norakhilah adalah

1. Memiliki Iman yg mantap – Kefahaman dan penghayatan iman dalam kehidupan seharian merupakan paksi utama jati diri seorang wanita muslim solehah.

2. Menjadi Insan berjiwa Merdeka – seperti mana yg diberi kebebasan oleh Islam, dalam ertikata memberi penyerahan diri secara mutlak kepada Allah swt, bukan kepada belenggu penjajahan pemikiran, hawa nafsu atau pemikiran yg jumud.

3. Mempunyai Keunggulan Peribadi – sebagai hasil atau buah dari iman yg mantap. Tidak sempurna iman seseorang itu tanpa peribadi yg unggul seperti mana yg telah diteladankan kepada kita oleh Baginda Rasulullah saw.

Antara perkara yg perlu dititikberatkan dalam mencapai keunggulan peribadi ini termasuk sifat malu, menjaga batasan pergaulan lelaki dan wanita, mempunyai matlamat hidup yg selari dengan ajaran Islam, berwibawa dengan ilmu pengetahuan yg akan membawa faedah kepada semua, memiliki keazaman untuk bekorban demi Allah dan RasulNya, mempunyai prinsip hidup yg berlandaskan syariat dalam menentukan pilihan menjalani kehidupan.

Seterusnya dalam pembentangan kedua, Ustazah Nor Saleha Mohd Salleh, Ketua Wanita Isma sendiri telah memperjelaskan maksud Pasca Moden dan bahaya2 yg datang bersama falsafah tersebut. Secara ringkasnya, gagasan pasca moden ini merupakan satu gagasan yg menolak fitrah manusia, termasuk fitrah kepada semangat kewarganegaraan, semangat kebersamaan, ketuhanan serta konsep metafizik (alam ghaib). Pasca moden lebih mementingkan manusia mencapai kebebasan diri secara optimum atau mutlak tanpa terikat pada mana-mana tradisi, lalu terbitlah tuntuan kebebasan dalam segala segi walaupun bertentangan dengan etika keagamaan, budaya, akhlak malah kemanusian itu sendiri.

Ustazah Nor Saleha bersama Pengarah Program, Ustazah Norlida Kamaludin

Ana sertakan sekali potongan kesimpulan dari pembentangan tersebut di bawah ini.

“Pasca moden adalah satu wajah baru yg dibawa oleh Barat untuk menghapuskan semangat bangsa dan rasa izzah sebagai seorang Islam. Penyerapan idea ini berlaku dalam keadaan yang sangat halus dan tersusun. Dalam konteks bangsa Melayu, era pasca moden akan menjadikan kita wanita Melayu, manusia tanpa bangsa dan tanpa agama, lalu menjadikan kita manusia yang tanpa agenda, identiti dan jati diri. Manusia yg tiada identiti dan jati diri, akan sentiasa tunduk dan dipergunakan oleh orang lain.”

Seruan akhir oleh Ketua Wanita Isma tersebut;

“Saya menyeru diri saya dan seluruh wanita Melayu agar bangkit dan kembali kepada ajaran Islam yg sebenar sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw, menjadikan Islam sebagai satu cara hidup. Meletakkan agama sebagai satu pertimbangan dan neraca kehidupan. Inilah sahaja yg dapat menyelamatkan kita dari terpengaruh dengan budaya dan fahaman yg dibawa dalam era pasca moden. Inilah juga yg boleh menyelamatkan bangsa kita dari terus bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran Allah swt.”

Konwanis seterusnya menghidangkan para peserta dengan forum bertajuk Realiti Wanita Pasca Moden dengan ahli panelnya yg terdidi dari Puan Hajjah Rohani bt Datuk Mohd Shahir, yang telah banyak berkongsi pengalaman dalam aspek ekonomi dan kewangan, kerana wanita dan ekonomi bukanlah sesuatu yg asing, malah seringkali wanita dikaitkan sebagai ‘Menteri Kewangan’ dalam keluarga.

Ahli panel yg kedua pula adalah Ustazah Nik Norsaha bt Hj Nik Mohammad, seorang pendakwah bebas yg tidak asing lagi dikalangan sekolah2 sekitar Negeri Sembilan, yg telah banyak memberi motivasi dan input positif tentang bagaimana memainkan peranan kita sebagai wanita yg bekerjaya tanpa menggadaikan kepentingan keluarga dan rumahtangga.

Secara peribadinya, bagi ana, konwanis kali ini membawa erti yg tersendiri, apabila melihat kepada bilangan peserta yg mencecah target 1000 orang itu, kebanyakannya terdiri dari remaja dan beliawanis muda yg akan menjadi peneraju negara suatu masa nanti. Kami para veteran 40an, merasa benar2 teruja menumpang semangat anak2 belia yg begitu berkobar2 menyatakan kesediaan mereka untuk memainkan peranan secara aktif dalam memastikan wanita Melayu negara ini kuta dan hebat mendukung Islam sebagai cara hidup, demi untuk mengembalikan kalimah Allah itu tertegak di bumiNya. Denagn keikhlasan dari semua pihak, baik yg muda atau pun yg tua, ana percaya, kemenangan akan di pihak kita. Semoga kita tidak ketinggalan dalam misi murni, menyeru manusia kembali kepada Illahi, Rabbi.

InsyaAllah. Ameen.

Untuk berita selanjutnya :

blog Biro Wanita Isma
klik sini
klik sini juga

Untuk lebih banyak fotonya:

foto konwanis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s