Archive | September 2010

Rindukan Kaabah.

Allahu Akbar!

Sekejapnya masa berlalu. Masih segar ingatan terhadap pengalaman2 sewaktu menunaikan haji bersama suami tahun lepas, kini yg selalu kedengaran diradio IKIM terutamanya, selain berkaitan Ramadhan, adalah persiapan2 bagi bakal2 jemaah haji tahun ini pula. Kalau ikutkan rasa hati, ‘Jom pergi sekali lagi’!

Continue reading

Advertisements

Dari Tulang yg Bengkok…

Subhanallah….Maha Suci Allah.

Semuanya kerana Allah nak beri kita, manusia, peluang mendapatkan pahala di sisi Allah.

Sengaja Allah menjadikan wanita itu dari tulang rusuk lelaki yg sememangnya bengkok. Lalu diperintahkan kita, para wanita untuk mentaati suami…sedangkan suami pulak diperintah untuk memperbetulkan wanita dari tulang yg bengkok itu tadi, tanpa mematahkannya…nampak tak hikmah Allah di situ? Wanita bisa masuk ke dalam syurga dari mana2 pintunya, asal saja dia berupaya melaksanakan 4 perkara :
1. Menjaga solatnya
2. Menjaga puasanya
3. Menjaga aurat dan kemaluannya
4. Mentaati perintah suaminya

MasyaAllah…tanyakan pada semua wanita, diantara yg empat itu, mana satu yg paling sukar sekali?

No wonder, pahala bagi yg sudah berumah tangga itu berlipat kali ganda, kerana mujahadahnya juga….subhanallah. Hanya yg pernah mengalaminya, yg akan bisa mengerti bicara hamba!

Di sinilah bezanya kita dengan malaikat, mujahadah yg perlu kita lalui menyebabkan kita sebaik2 kejadian yg telah Allah ciptakan. Kalaulah wanita itu dari ‘tulang yg lurus’, mudah baginya dan mudah juga bagi suaminya membimbing dia…tapi Allah takdirkan ia dari tulang yg bengkok….

Perasan tak lagu WANITA nyanyian DeHearty? Diantara liriknya yg menarik,

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Dan Allah menjadikan lelaki itu sebagai ketua buat para wanita dengan segala kelebihan yang telah Allah bekali mereka untuk berupaya memelihara, menjaga, mendidik dan memayungi wanita, wanita yang tercipta dari tulang rusuk Adam yang memang pada asalnya bengkok.

Meluruskan sesuatu yang pada asalnya bengkok, memerlukan mujahadah dari kedua-dua belah pihak. Dan dari mujahadah inilah Allah memberi kita pahala atas usaha yang dilakukan. Semuanya kerana Allah nak beri kita peluang untuk beramal dan mencari pahala.

Oleh itu, gigihlah berusaha wahai wanita untuk meluruskan ‘tulang yg bengkok’ itu, supaya kamu memperoleh kasih sayang dan redha suami yang sekali gus insyaAllah akan memperoleh redha dan kasih sayang Tuhan. Dan bersabarlah wahai suami dalam mendidik dan meluruskan amanah mu yang sedia bengkok itu, jangan sampai ia patah, kerana asal sifatnya memang lemah. Gunakan segala kelebihanmu yang telah Allah titipkan pada kamu untuk sama-sama membawa ia ke syurga Allah. Sama-samalah ikhlas bermujahadah…

(Masih teringat satu tazkirah by Bro Salleh dari Mesir, sewaktu kami di Jepun dulu, katanya :

“Remember brother, if our women make a mistake/misdeed this big (diunjukannya sejengkal), that means we have made this big (didemokannya sedepa) mistakes ourselves.”

Point ana di sini, the welfare and well being of the wives are under the responsiblity of the husbands, thus, the husbands kena bijak. Bijak dalam bermujahadah. Dan isteri yang memahami mesti berusaha bermujahadah untuk menjadi sesolehah mungkin dalam mentaati suami, semuanya adalah tanda kasih sayang Allah pada kita untuk kita berusaha mengumpul pahala, berjuang dan berjihad untuk bermujahadah.

MasyaAllah, Allah Maha Bijaksana, Maha Mengatur segalanya….

Bukankah mujahadah itulah yang dikiraNya?

Wallahu’alam.

Hayati Doa Makan Kita…

InsyaAllah, it will be a very short post this time. Banyak sangat kerja yg perlu diselesaikan…

Para pembaca ingat dan hafalkan doa makan kita yg kita baca setiap kali nak makan, insyaAllah?

“Ya Allah, berkatilah kami dan rezeki yg Engkau berikan kepada kami ini, dan jauhilah kami dari azab api neraka.”

Pernah tak kalian halusi kenapa dikaitkan permohonan keberkatan rezeki dalam doa ini dengan permintaan dijauhkan kita dari api nerakaNya juga dalam doa yg sama, ketika kita nak makan.?

Secara jujurnya, ana pernah terfikir perkara ni dulu lagi, tapi ‘fikir’ ana tinggal fikir je, tak di fikirkan dgn lebih halus dan mendalam lagi, kemudian bila kita bersama insan yg layak diajukan soalan, kita sering lupa tentang perkara ini kerana banyak lagi perkara lain yg berbangkit, yg kita kira lebih penting.

Tapi alhamdulillah, akhirnya Allah beri jugak ana jawapannya ketika ana sedang memandu menghantar anak2 ke sekolah pagi tu. Tazkirah pagi tu membincangkan tentang isu ini, dan syukurlah, ‘fikir’ ana dulu terjawab juga akhirnya.

“Hidup untuk makan, atau makan untuk hidup?”

Persoalan yg sering di tanya pada kita. Makanya, dari banyak2 kegiatan hidup kita, nak memenuhi tuntutan apa lagi kemahuan tekak itulah yg menyebabkan kita berusaha bertungkus lumus mencari rezeki, bekerja siang dan malam, semata2 nak memastikan perut kita diisi, tekak kita dilayani. sehinggakan ada yg sanggup menggadai prinsip, maruah malah agama semata2 utk ini, melayani tekak dan nafsu diri. Makanya, bila setiap kali kita berdoa sebelum makan sambil menghayati doa yg dibaca, mudah2an kita insaf dan lebih bersikap berhati-hati (wara’) dalam memastikan rezeki kita itu, dan usaha dalam mendapatkan rezeki itu tidak menjadi penyebab kita terhumban dalam neraka Allah. (Na’udzubillah)

Ana kira, cantik amat gandingan dua perkara pokok yg disentuh dalam satu doa, doa sebelum makan… mungkin selama ini kita berfikiran ‘simple’, memanglah nak minta supaya berkat rezeki yg nak disuap ke mulut ni, minta supaya murah rezeki dengan harta yg melimpah ruah…senang hidup, senang pulak nak beramal! Tapi, sesungguhnya yg tersirat jauh lebih cantik, lebih indah dan lebih bermakna. Hasilnya, kita selalu mengingatkan diri kita supaya menghindari diri dari terjebak dalam dosa mencari dan menyuap rezeki yg tidak halal yg hanya akan mengundang seksaan Allah atas kita.

Direnung dgn lebih halus lagi, sebenarnya kita juga bermaksud (dari doa tadi) memohon kepada Allah, kalaupun rezeki yg kita makan itu halal, tapi natijah dari energy yg kita perolehi itu kita salurkan kepada jalan2 yg membawa kita ke syurgaNya, bukan jalan2 yg menghampiri neraka Allah. Cantik kan? Berapa kali kita makan, berapa kali itulah, sekurang2nya kita mengingatkan diri kita supaya berjaga2 dengan setiap rezeki yg kita cari dan kita suapkan ke mulut kita dan tanggungan kita, dan jugak natijah tenaga yg kita guna sesudah makan itu, pastikan tidak membawa kita hampir dengan azab Allah…

Subhanallah, Allah menyuruh kita menjadi orang yg selalu merenung dan berfikir, kerana semua itu akan membawa kita lebih hampir kepada Nya. Kita akan lebih merasa Dia Maha Hebat, Maha Mengatur, Maha Bijaksana, sedang kita hanyalah insan yang terlalu kerdil, terlalu hina…..Allahu Akbar!

Pada ana, ianya sangat inspirational……

Wallahu’alam.