Rindukan Kaabah.

Allahu Akbar!

Sekejapnya masa berlalu. Masih segar ingatan terhadap pengalaman2 sewaktu menunaikan haji bersama suami tahun lepas, kini yg selalu kedengaran diradio IKIM terutamanya, selain berkaitan Ramadhan, adalah persiapan2 bagi bakal2 jemaah haji tahun ini pula. Kalau ikutkan rasa hati, ‘Jom pergi sekali lagi’!


Alhamdulillah, ana berpeluang juga menunaikan umrah baru2 ni, menemani mak yg teringin sangat buat umrah sekali lagi. Mahram perempuan tetap diperlukan walaupun pada asalnya mak nak sponsor adik lelaki ana kali ni. Memang telah tersurat, rezeki ana untuk ke Tanah Suci sekali lagi. Syukur alhamdulillah. Walaupun tak sama pergi dengan suami, tapi bila mata menatap kubah hijau di Masjid Nabawi dengan menara2nya yg banyak di sekeliling masjid, memasuki ruang menunggu ke Raudhah apatah lagi bila masuk dalam kawasan Raudhah itu sendiri, hanya yg pernah sampai yg akan mengerti perasaannya. Belum lagi bila mata bertentang dengan pandangan kaabah di Masjidil Haram, perasaan yg tak terungkap dek kata-kata, Subhanallah. Maha Suci Allah yg memberikan nikmat perasaan tersebut, lalu hati terus-terusan teringat ke sana.

Ziarah kali ini memang berbeza, banyak berbeza. Bukan setakat cuaca yg terlalu jauh panasnya (Julai) berbanding dengan haji di bulan Nov-Dis dulu, malah bertemankan suami yg sentiasa menjaga kita dengan menemani mak yg memerlukan kita menjaganya, memang ketara beza rasa. Memang dah niat pun, dan pesanan demi pesanan yg ana dapat sewaktu di Malaysia lagi, memandangkan tujuan ana ke sana kali ini adalah untuk menjaga mak, maka ana cuba untuk melaksanakanlah ia dengan sebaik mungkin. Terlalu banyak yg mak dah lupa….kesian mak.

Rupa2nya, adik ana cerita:

‘Long, Wak Din pernah bagitau Nuar, “kawan mak engkau yg pegi haji kali ke3 sama2 dulu ada bagitau, dia sendiri dengar mak engkau doa depan kaabah…. ‘biarlah dia lupa semua benda lain, asal dia ingat solat dan ngaji sudah la….’ ” ‘

Subhanallah! macamana tu? Adakah kerana itu mak jadi sgt pelupa sekarang? Doanya di depan kaabah tu dimakbulkan Allah.! Wallahu’alam.

Apa pun, memang seronok berada di sana. Tak hairan kenapa makcik pakcik yg dah tak larat jalan tu pun, masih sanggup menggagah diri untuk ke sana lagi, sebagai mengubati rasa rindu mereka pastinya.

Malam tu kami bertiga selesai umrah yg pertama. Jam 1 pagi ketika, jadi cuaca tidaklah sepanas siang. Dalam keletihan kami berehat di dataran antara masjid dan Hotel Hilton, sementara menunggu adik ke toilet sebentar. Terimbau kembali kenangan bersama suami, kami jugak dulu selalu duduk berehat di kawasan tu, sambil makan apa yg patut. Ya lah, musim haji, hotel kami agak jauh dari masjid, nak berulang alik tak larat. Kadang2 tu, beli makan kat situ je sementara menunggu waktu solat seterusnya. Diantara yg pernah kami beli makan di dataran tu adalah nasi arab, murtabak, roti arab dgn gulai kambing, dan entah apa lagi ye?

Satu pagi tu, selepas solat subuh kami tak terus balik ke hotel. Kami pernah naik ke tingkat paling atas masjid sambil tunggu waktu syuruk. Memang best, cuaca sejuk, permandangan indah, suasana pun tak sesak. Sambil tunggu, kami membaca Quran. Selesai di atas sana, kami bersarapan roti dgn gulai kambing di dataran. Tiba2, ada sorang pakcik/atok, entah dari Afganistan atau Pakistan, atau entah apa2 ‘…TAN’, datang staight menuju ke arah kami, tanpa berkata sepatah pun terus mengoyak dua roti kami dan berlalu pergi. Kami tergamam, kemudian suami sempat menyuakan gulai kepadanya, tapi sedikit pun tak diendahkan….dia terus berlalu dengan separuh roti arab kami. Subhanallah….kami hanya mampu ketawa kecil, lalu suami berkata
“Mudah2an itu malaikat datang menguji kita?” Entah la….Allah juga yg Maha Tahu siapa dia. Yg pasti, suami kata memang sewaktu beli tadi, terdetik di hatinya nak berkongsi dengan jemaah lain di dataran. Maka Allah kabulkan…Maha Tahunya Allah apa yg terdetik di hati hamba2Nya.

Di sekitar dataran inilah kami selalu berehat

Umrah kali ni, memang ana tak bergambar. Walaupun ada je camera di phone masing2, tapi dua-dua tak begitu gemar bergambar sebenarnya….menziarahi kawasan2 sekitar Mekah dan Madinah juga sangatlah sedikit. Mak lebih senang ulang alik masjid katanya. Dan ana pun tak salahkan mak…cuaca keterlaluan panasnya kali ni.Bulan Julai, tengah tengah musim panas. Menurut anak ana Adam yg kini berada di Jordan, memang tahun ni cuaca terlalu panas dari biasa. Di Jordan sendiri, suhu naik tarlalu tinggi musim panas kali ni. Mujurlah, hotel tak jauh sangat dari masjid. Masih berupaya untuk berulang alik.

Mak walau dalam usianya yang kian tua, tahap kesihatan fizikalnya agak baik sebenarnya. Namun, kelupaan mak pada banyak benda, sangat ketara. Disatu saat, dia teruja amat untuk melakukan umrah, nak ke Tan’iem untuk berihram di Miqat, di satu saat kemuadian, mak lost, tak tau apa patut dilakukan, dan untuk apa berada di situ. Pada hal, waktu muda mak dulu, mak seorang yang sangat2 independent, tangkas dan serba boleh. Ini semua ujian dari Allah buat mak, kami dan sesiapa saja disekelilingnya…MasyaAllah, Allah menguji kita dengan ujian yg pelbagai. Ana sendiri tak pasti, lulus atau gagalkah ana dalam menjalani ujian membawa mak ke Tanah Suci kali ni….

Mengimbau kembali suasana dimusim haji lepas, satu perkara yang paling ana rasa terkilan adalah apabila semua manusia dari seluruh dunia tak kira pangkat dan status, sama2 berada di Tanah Suci pada satu masa yg sama, tidak diambil manafaatnya secara maksima oleh umat manusia Muslim kini. Bijak sungguh perancangan dan tindakan musuh yg ‘memegang’ kepala yg menjaga tanah suci tersebut, sehingga salah satu hikmah haji tak berupaya dilaksanakan. Kalaulah satu perbincangan / persidangan mega diantara ketua2 negara Islam dapat dilaksanakan pada kesempatan itu, pastinya banyak masalah umat Islam sedunia dapat diselesaikan. Kesatuan dan kesepakatan umat Islam dapat diguna pakai dalam memerangi musuh2 Islam. Namun, relitinya, usahkan persidangan, perkumpulan kecil antara jemaah haji jugak tidak dibenarkan oleh pihak pengurusan haji Arab Saudi.Keuntungannya adalah kepada pihak musuh Islam itu sendiri.

Sampai bilakah umat Islam harus diam dalam kehinaan ini? Satu ketika dulu, kita gemilang dan cemerlang dimata dunia, tapi kini kita lemah selemah-lemahnya. Selagi pihak musuh bersifat dengan sifat2 sejati mereka tetapi kita enggan bersifat seperti orang Islam sebenarnya, selagi itulah kita akan tunduk dan patuh kepada mereka.

Banyak berlaku,haji hanya dilihat dari sudut ritualnya sahaja, tetapi konsep atau falsafah di sebaliknya tidak lagi diambil peduli oleh kebanyakan jemaah. Hatta, melalui pengalaman ana, kebanyakan sheikh/ustaz yang membawa atau membimbing jemaah haji, biarpun yang swasta, jarang kedapatan mereka yang betul2 memberi penerangan dari sudut hikmah setiap amalan atau ritual haji yang dilaksanakan. Bukan nak kata fiqh setiap amalan itu tidak penting, tapi alangkah indahnya kalau jemaah dibekali dengan bukan sahaja bab fiqh, tetapi hikmah dan falsafah di sebalik tiap amalan. Maka, akan lebih terkesan lagi lah para jemaah dan semakin fahamlah mereka kenapa ianya dilaksanakan. Mudah2an dengan itu, akan lebih dapat dijiwai setiap langkah amali yang terdapat dalam ibadat haji tersebut.

Wallahu’alam.

Leave a comment