Archive | October 3, 2010

Sekadar peringatan

Ramadhan sudah berlalu, Syawal juga kian meninggalkan kita, ada sesuatu yang perlu kita lakukan, perhatikan, memuhasabahkan diri.

Renungkan lah…..


Kalau diri kita kini sama seperti kita sebelum Ramadhan dulu,

pasti ada sesuatu yg tak kena.

pasti ada sesuatu yg kita terlepas pandang.

pasti kita termasuk dikalangan orang2 yg rugi…

Kenapa?

Kerana Madrasah Ramadhan lalu

tidak berjaya mengasuh kita,

tidak berjaya mendidik kita,

telah gagal merubah kita,

Ahh… rupanya,

kita belum graduate dari madrasah itu sebenarnya…

Orang yg berjaya lulus dari madrasah Ramadhan lalu,

dirinya kini mesti lebih baik dari dirinya sebelum masuk madrasah,

kalau dulu dia kurang ilmu,

kini dia lebih tahu,

kalau dulu dia kurang beramal,

kini dia lebih giat bersemangat,

kalau dulu dia ber’penyakit’,

kini dia terubat barang sedikit…

Pendek kata, dia sekarang lain dari yg dulu.

Dia sekarang lebih baik dari yg lalu.

Biarpun sedikit, tapi ada perubahannya,

Dialah yg berjaya….

Bagaimana kita?

Sudah bergelar Graduan atau masih apa?