Kenapa Perlu Keliru?

Assalamualaikum w.b.t

Lama sungguh tak update blog. Kesibukan yang entah apa-apa selalu menjadi alasan. Pernah satu ketika dulu, Nak Hilal Asyraf bertamu ke rumah. Lalu kami bersembang sedikit mengenai penulisan di blog, macamana idea tu datang, macamana nak olah idea dengan memetik keyboard lap top masing2 dan sbg nya. Alasan ana,

“idea, tiap hari muncul, tapi nak put those ideas into words yg menarik dan mudah difahami yang sering menjadi penghalang tersiarnya nukilan baru mak cik setiap hari.”

Alasan dan alasan….

Apa pun, post ana kali ni nak sentuh sedikit mengenai kisah Melayu.

Kenapa bila kita sebut je Melayu, ramai yg akan pandang serong? Serong macamana ye?

Ingat Melayu…., ingat subsidi

Ingat Melayu…., terbayang dedaun melentur layu di pepohonan

Sebut Melayu…., tergambar mat rempit

tergambar mat mat dadah, anak murid yg terlentuk dalam kelas, bayi-bayi yg terbuang!

Hatta, Sebut Melayu…., nampak keris, nampak tanjak, terbayang UMNO!!!!

Subhanallah, Begitu sinonim sekali UMNO dengan Melayu. Atarimai yo! bak kata org Jepun. Penjajah kita dulu memang berjaya menancapkan UMNO dalam benak org Melayu. Segelintir aje yg sedar diri…

 

Kini, bila kita sebut Melayu-Islam pun, orang link kan kita dengan UMNO, tanpa sebarang usul periksa lagi. Asal ada je perkataan Melayu tu, UMNO lah kita. Akhirnya, bila kita gemburkan istilah Melayu-Islam, yaini, yg nak kita perjuangkan Melayu sekarang ini adalah berlandaskan Islam. Menaikkan taraf Melayu  dengan acuan Islam, celupan atau sibghah Allah. Kembali kepada fitrah Islam pun, ada yg mengecop UMNO versi Islam? MasyaAllah… sampai begitu sekali rupanya….Wal hal,

Sepertimana kata Saidina Umar Al Khatab,

“Kita bangsa Arab dimuliakan dengan Islam”, atau dalam ertikata lain, ‘Kita bangsa Arab, menjadi mulia kerana Islam’

Jesteru, tak salah lah kalau kita jugak nak menyeru bangsa Melayu kita, yg nak kembali mulia di tanah air sendiri, supaya kembali kepada ajaran Islam. Hanya dengan Islam, Melayu akan menjadi mulia semula. Hanya dengan acuan Islam, bangsa Melayu akan kembali mulia. Hanya dengan celupan Allah, bangsa Melayu akan tinggi di sisi Allah.

Tapi, orang tetap pertikaikan, kenapa nak highlight Melayu, sedangkan Islam itu sudah mencakupi bangsa Melayu. Cakap aje lah cerita pasal Islam, tak payah nak keliru-keliru….

Jawapan ana, secara peribadi, kalau ada NGO yg menjaga kebajikan bangsa Cina misalnya, yang beragama Islam seperti MACMA, salahkah kita nak berNGOkan badan yang mensasarkan kebajikan bangsa Melayu dengan kaedah Islam? Memberi penekanan untuk membangunkan diri dengan acuan Islam. Salah kah? Dimanakah silapnya NGO tu?

Benar, Islam itu mencakupi seluruh bangsa. Memang Islam adalah agama universal yg meliputi seluruh umat manusia. Tak pernah kami menidakkannya. Usaha kami sekadar memfokuskan gerak kerja kepada bangsa Melayu yg menjadi tonggak Tanah Melayu Malaysia yg tercinta. Sekadar menyedarkan bangsa sendiri, bahwa kemelut yg melanda kita, bangsa tonggak Malaysia yg dah tak berapa tegak berdiri ni, adalah berpunca dari kelalaian org Melayu sendiri dari mengamalkan tatacara hidup sebagai Muslim yg sebenar. Tak kira siapa dia, di lapisan mana dia, samada rakyat jelata, atau pemerihtah yg berkuasa, itulah punca segala masalah yg mendepani kita kini.

Usaha kami, “Tuk,Tuk. (mengetuk pintu hati) Perpecahan itu menyalahi ajaran Islam. Percakaran itu tidak menguntungkan orang Islam. Kita berpecah, kita bercakaran sesama Islam !! Itu yg ruginya. Ayuh, kita kembali kepada Islam yg sebenar, supaya kita berupaya gemilang seperti melayu di zaman Kegemilangan Melaka, suatu ketika dulu. Kita pernah gagah dan mulia, kerana kita taat dan patuh pada Islam. Kita bersatu atas aqidah yg satu. Kita berpakat menjaga kebajikan berlandaskan keadilan dalam ajaran Islam yg diredhai Allah.”

Bersatu, bukan beerti bercantum menjadi satu. Bersatu yg diseru, adalah bersatu dalam menjaga kebajikan bangsa Melayu dalam lingkungan keadilan Islam. Menjaga kebajikan bangsa Melayu bukan beerti menganiayai bangsa lain. Kita semua sedar, malah ada juga dari kalangan bangsa lain yg sedar, bahwa Islam itu sangat adil..(kalau tak, masakan ramai je bangsa lain yg melabur di perbankan Islam, contohnya) Bersatunya bangsa Melayu atas landasan Islam yang adil, akan mengukuhkan lagi penegakkan Islam di bumi Malaysia. Masakan tidak, bilamana Melayu sebagai bangsa tonggak negara berjaya mempamerkan ajaran Islam yang sebenarnya bermula dari menjaga kesatuan ummah kepada berusaha bersama-sama menjadikan Islam sebagai cara hidup seharian, dan apabila kebajikan dan ketuanan bangsa tonggak Malaysia, yaini Melayu, yang rata-ratanya merupakan umat Islam itu sendiri, sudah dapat dipasti dan dilaksanakan, tentunya kebajikan bangsa lain, walaupun bukan beragama Islam, terbela atas keadilan dan kesempurnaan Islam.

Sekali lagi diseru supaya bersikap terbuka mengkaji kedudukan pembelaan bangsa dalam Islam, asal saja segalanya berpaksikan kepada Islam, bukan asobiyah. Perjelaskan minda dengan sejelas2nya perbezaan antara membela bangsa dengan membela asobiyah. Ianya adalah dua perkara yang jauh berbeza.

Ayuh!  BERLAKU IKHLAS lah….dalam menggapai REDHA   Allah.

Wallahu’alam.

One thought on “Kenapa Perlu Keliru?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s