Di sebalik Kem Remaja

KEM BINA KEPERIBADIAN REMAJA MUKMIN II, 20-22 nov 2010.

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah.

Program remaja selamat dijayakan dengan kesungguhan adik2 PEMBINA Kuantan yg sebenarnya tak berapa kerat, sebab ramai yg balik bercuti. Kalau nak diharapkan kederat makcik2 ISMA ni, memang tak daya sangat dah nak beri komitmen 100% dihari2 perkhemahan, mujurlah Pembina banyak membantu.

Diantara yang dapat ana kutip sepanjang perancangan dan perlaksanaan perkhemahan ini, perancangan kita biar rapi macamana pun kita cuba, biar tersusun macamana pun kita atur, biar bersungguh macamana pun usaha kita cuba berikan, pasti berlaku kelemahan, kerana kita memang insan yang lemah. Segala2nya tetap Allah sebagai penentu. Kalau Allah tak izinkan, pasti berlaku kepincangan dalam strategi, dan akhirnya, tercacatlah jugak sedikit sebanyak program yg disusun. Subhanallah, sesungguhnya, pergantungan kita hanya pada Allah, kerana Dia sahajalah Maha Sempurna, yg menentukan segalanya.

Namun, disebalik semua kepincangan, kecacatan dan ketidak sempurnaan itulah, kita lebih dekat kepada Allah. Kita lebih menginsafi diri, dan kita yakin, bukan perfectness itu yg Allah nilai untuk diganjari, tapi usaha dalam melaksanakan sebaik mungkin itu yg Allah ambil kira. Usaha itu yg Allah lihat dan seterusnya Allah ganjari. Dugaan yg dikirim, lalu bagaimana kita mendepaninya dan bagaimana kita mengatasinya itulah yg Allah uji kita dengannya. Adakah kita berkeluh kesah, menyalah dan menyesali mana2 pihak? Sesungguhnya, bukan senang untuk kita memperoleh pahala Allah. Alhamdulillah, syukur ana kepada Allah kerana punya teman2 yg ‘kuat’ dalam menghadapi ujian ini.

Satu lagi yg dapat ana kutip di sini, sesungguhnya, kita perlu banyak ‘reach-out’ kepada masyarakat. Ramai yg berkehendak, ramai yg menunggu dan menanti untuk dibimbingi. Ramai yg tercari-cari…Ya Allah, melihatkan pada situasi ini, apakah yg akan kita jawab nanti di hadapan Allah, bila kita dipertanggungjawabkan oleh mereka kerana gagal memberi bimbingan…?

Terngiang-ngiang di telinga ana, peringatan:

“Kita diberi Allah akal yg tajam utk memahami sesuatu, bukan untuk dipersia-siakan begitu sahaja. ‘Cerdik’  kita berbanding orang lain, datang bersama package yg penuh tanggungjawab utk memberi dan mendidik masyrakat sekeliling kita. Mereka dahagakan ilmu dan bimbingan. Masalah sosial yg berlaku, bukanlah kerana mereka saja-saja nak menjerumuskan diri dalam lembah hina itu, tetapi kebanyakannya kerana mereka sebenarnya jahil, terlalai dan sengaja dilalaikan, dibiarkan dalam kejahilan. Maka berat bahu kita yg mengerti ini utk mendidik mereka.’

Anak-anak itu, kelihatan awalnya, seperti bermasalah. Sepertinya mereka ‘kebal’ utk kita suntik kesedaran di hati-hati mereka. Namun bila didekati, ternyata, mereka masih mentah, masih kosong. Maka kalau kita gagal untuk mengisikan dengan kebaikan, terisilah mereka dengan kejahatan. Siapakah yg bersalah di sini? Bukankah kita yg tahu barang sedikit ini yang akan ditanya di’sana’ nanti? Ya Allah…berikan kami kekuatan, ya Allah.

Cara dan gaya mendekati mereka juga perlu pada seninya. Bukan boleh main semberono menegur, mengkritik, apatah lagi memarahi mereka. Uslub-uslub, kaedah dan tata cara kerja dalam berdakwah, perlu pada hikmah yang bukan kepalang. Semuanya berhajat kepada ilmu. Yang nak memberi, nak membimbing, perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu tersebut, mencari, mempelajari dan menghayatinya. Dan pada siapa lagi nak kita mohon kekuatan untuk semua itu, selain dari Allah yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui.

Benarlah, kita umat nabi Muhammad saw adalah sebaik2 umat yang dikeluarkan (sila rujuk Surah Al Imran :110), kerana kerja amar maaruf , nahi mungkar itu bukan satu kerja yg mudah, seperti hanya mengabdikan diri sebagai ‘abid’ kepada Allah swt. Kerja seorang dai’e itu, terlalu mulia, kerana ianya adalah kerja para nabi, kerja yg sangat-sangat berat untuk dilaksanakan, kecuali bagi mereka-mereka yg dipermudahkan oleh Allah. Oleh yang demikian, mintalah dan mohonlah, semoga Allah memilih kita untuk berada di atas jalan ini, jalan mulia yg menyeru manusia masuk syurga, dan selamat dari seksa api neraka.

Tiada tempat lain untuk kami memohon dan mengharap, kecuali kepadaMu jua ya Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s