Anak dara ku dah pandai memasak?

Assalamualaikum semua….

Tetiba nak mencoret secebis kisah.

Mak Minah : Ani, kau tu tak lama lagi nak jadi isteri orang, kenalah belajar memasak dari sekarang. Malu mak nanti, kau tak pandai melayan tekak suami.

Ani : Tapi mak, mana lah Ani ada masa nak belajar memasak semua ni…Dulu duduk asrama, balik sekali sekala je. Nak masak pun, mak kata tak payah lah, biar Ani sidai baju, lipat baju. Sekarang Ani kat U, lagi sibuk mak. Cuti pun sekejap sekejap aje. Tak sempat la mak….

Mak Minah: Dah tu, esok kau nak bagi makan suami macamana?

Ani : Alah mak, zaman sekarang, mudah je. Kedai pun berlambak, kalau kita tak beli, kesian dia orang mak…tak laku pulak nanti. Lagi pun, buku resepi, banyak kat kedai tu. Dah kawin besok, pandai-pandai kami la mak.

Mak Minah: Ish kamu ni, Ani. Mana mak nak letak muka mak ni nanti, kalau Mak Yam, bakal mak mertua kau tu jaja satu kampung, kau tak pandai masak.

Itu antara senario yg selalu terjadi. bila anak dara kita dah dekat nak kahwin. Kita risau kalau menantu kita tak makan nanti.

Tapi, macamana pulak kalau anak bujang kita yang dekat nak kahwin? Apa bendanya yang kita paling risau pulak? Ke tak ada apa yang memeningkan kita dah? Maklumlah, anak kita lelaki, bukan perlu nak masuk ke dapur berbagai…tapi sebenarnya;

Zaman sekarang, orang terlalu materialistik, kalau anak bujang kita nak kahwin, saya percaya, soalan ini lebih selalu diajukan pada anak2 bujang kita….

“Apa kau nak bagi anak bini kau makan nanti, kalau kau hanya berkerja sekadar ini aja, tapi ada hati nak kahwin?”

MasyaAllah…Susahnya nak kahwin sekarang. Bukan setakat kursus kahwin, borang nak dicop sana sini, duit belanja, duit kenduri, duit hantaran….tetapi berbagai kerenah lain lagi, percayalah! Walhal, Islam itu agama yang bersifat mudah dan memudahkan. Bab rezeki yang Allah dah tetapkan itu yang kita fikir sampai pening kepala, tapi kita lupa bab soal agama, amal ibadah yang Allah suruh kita usahakan. Kita selalu tersilap perkiraan. Sedangkan banyak dalil2 yang menyebut Islam itu agama yg mudah, dan tidak memberatkan. Rasulullah saw sendiri lebih gemar pada perkara2 yg lebih mudah, daripada perkara2 yg menyusahkan.

Kalau anak dara kita nak kahwin, kita risau pasal kebolehan memasaknya. Tapi kalau anak bujang kita nak kahwin, kenapa tak kita soal bab kepimpinannya? Bukankah dia akan menjadi ketua keluarganya kelak? Di mana kita nak ukur kebolehan dia memimpin? Kalau dulu waktu sekolah, dia seorang Ketua Umum? Kalau di universiti, dia wakil MPP? atau, kalau di pejabat, dia seorang ketua jabatan? Cuba semak di sini. Itukah kayu ukur kita nak ‘test’ bakal menantu kita boleh memimpin ke tidak?

Manusia selalu tertipu. Soal dunia terlalu menyesak dalam hati dan minda kita. Kita selalu terlepas pandang. Pernah tak kita pastikan anak2 bujang kita berupaya menjadi imam solat yang betul? Uh! Imam? Kadang2, anak2 kita tak solat pun, kita tak ambil pusing, apa tah lagi nak ambil kisah kalau anak lelaki kita boleh jadi imam solat ke tak? Boleh bawak solat berjemaah untuk waktu2 solat yg memerlukan bacaan yg kuat, seperti solat maghrib, Isya dan subuh.

Bagi yang nak bermenantu pulak, jarang di antara kita yang mengukur calon menantu lelaki kita dengan ukuran upaya atau tidak dia menjadi imam solat. Kita lebih mudah dan lebih suka mengukur, ‘dia boleh bagi makan pakai buat anak kita ke tak?’ Imam solat jemaah, soal kedua. Tak boleh jadi imam pun tak apa. Janji poket selalu penuh. Itu lah manusia zaman materialistik sekarang.

Anak perempuan kena pandai masak, sebab soal perut memang paling utama. Sampai ada pepatah melayu kata,

“Nak jaga, nak ikat hati suami, jaga dan ikat perutnya, jaga dengan makan lah tu….begitu sekali pentingnya PERUT. Tapi, kalau anak lelaki tak pandai jadi imam, tak pulak sapa nak risau.

Pelik manusia sekarang ye?  Sesungguhnya Dunia dah tersangat tua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s