Archive | January 2011

Apa Melayu Melayu?

“Apa hal pulak you all pakat sibuk dgn bangsa Melayu, ketuanan Melayu, perjuangan Melayu…dan berbagai? Bukan ke Islam tu universal? Bukan khas utk bangsa Melayu je? Ape hal korang nih?”

Itu adalah antara kata2 pedih yg sering kami terima bila saje kami mula buka mulut menyebut masalah bangsa. Seolah-olahnya, tiada istilah bangsa dalam Islam. Benar ke dalam Islam tak boleh sebut, atau berjuang demi bangsa?

Di waktu awal2 penglibatan ana dalam gerak kerja amar maaruf nahi mungkar ni, memang itulah yg ana faham. Melayu-melayu ni tak main dalam kita menyeru orang pada Islam. Asobiyah itu haram. Sebab Islam tu bukan Melayu punya. Islam adalah satu2nya agama yg Allah terima dan redha, dan Islam adalah milik semua manusia tak kira di mana dan bila waktunya. Kesyumulan dan kekamilan Islam meliputi zaman dan sempadan.

Benar, Islam itu semua org punya. Semua org berhak pada Islam. Kita bukan Yahudi, yg menyangka bangsa Yahudi adalah the chosen one, bangsa lain, adalah umpama binatang ternakan yg boleh disembelih sesuka hati.

Tetapi alhamdulillah, lama kelamaan, dgn sedikit ilmu yg terus diisi dan dipelajari, akhirnya ana jelas pada satu perkara. Kalau dulu pemahaman ana tentang ‘asobiyah’, sangat sempit, kini ana faham, asobiyah yg terlarang itu beerti:

Memperjuangkan bangsa dan hak2 bangsa, tak kira hukum halal haram lagi. Kita menyokong dan mendokong bangsa kita dalam apa keadaan, sekali pun pada benda2 haram dan kerosakan. Asobiyah yg sebegini yg dilarang Allah utk kita babitkan diri kita di dalamnya.

Tapi, kalau ‘asobiyah’ yg memfokuskan pada kebangkitan sesuatu bangsa berdasarkan kepada kebangkitan kesedaran Islam, bukanlah sesuatu yg baru atau salah di sisi Islam. Imam Hassan Al Banna sendiri menyeru bangsanya, bangsa Mesir, untuk bangkit dari kelesuan akibat penjajahan musuh kafirun, menggunakan method kebangkitan Islam. Yaini, merasai ‘izzahnya Islam yg dianuti lalu bangkit melawan penjajahan dari semua aspek.

Apa yg salahnya di situ? Continue reading

Advertisements

Musibah itu Ujian

Assalamualaikum,

Baru-baru ni, ana dan rakan-rakan dikejutkan dengan dua berita sedih:

1. Perginya rakan sekolah menengah kami, mengadap Yang Maha Esa, setelah bertarung dengan penyakit kanser, meninggalkan suami dan anak-anak yg berumur antara 19 dan 6 tahun. Sedih bila mengingatkan nasib anak perempuan kecil berumur 6 tahun ini, yang sepatutnya masih riang bermanja dengan si ibu. Namun apa kan daya. Kita semua adalah kepunyaan Allah belaka, dariNya kita datang, dan kepadaNya lah kita dikembalikan.

Janji kita dengan Allah untuk pulang mengadapNya kembali, setelah tamat tempoh pinjaman kita di dunia ini, tiada siapa yang tahu, walau diri kita sendiri, kecuali Dia Yang Maha Tahu. Mahu atau tidak mahu, bukan soalnya lagi. Rela atau tidak, kita tetap akan dijemput pergi, yang menjadi soal, sudahkah kita bersedia? Apa dan berapa banyak bekalan kita?

Ana membayangkan beberapa teman yang sebelum ini juga, ramai yg dijemput Allah melalui asbab sakit kanser. Sekali fikir, macam ngeri dengan penyakit tu. Macam2 kanser ada, kanser colon, kanser payu dara, kanser pangkal rahim, kanser darah, kanser tulang, dan berbagai jenis kanser lain lagi…bak kata seorang rakan senior ana suatu ketika dulu, bila masuk dept. oncology di hospital tu, seolah2 tiada penyakit lain lagi di dunia ni. Berjenis dan berbagai kanser ada. MasyaAllah.
Continue reading

Menagih Cinta Hamba….

Takkan sama seperti menagih cinta Tuan Yg Maha Kaya…

Ana pernah tulis tentang cinta, samada ‘cinta kera’, yang melibatkan cinta nafsu yang terlarang, mau pun cinta suami isteri yg halal di sisi Islam. Baru2 ni, ana terpanggil utk mencoret sekali lagi mengenai kisah cinta dalam rumah tangga, khususnya rumah tangga dakwah.

Kenapa dipanggil rumah tangga dakwah?

Kerana asal match-making nya pun adalah kerana dakwah, utk dakwah dan oleh org tgh dlm gerakan dakwah. Semuanya demi menjaga kemaslahatan dakwah yg diyakini.

Pernah kalimat seumpama ini ana dengar dari mulut keluarga pengantin yg mengkagumi langkah kedua-dua pengantin yg mengambil jalan menyerahkan soal jodoh mereka kepada org tgh yg dipercayai…

“Uiih, ada lagi ye org mcm ni sekarang?”

Geli hati jugak waktu tu, tapi dlm senyap ana bahagia dan bersyukur, kedua pengantin dapat memberi contoh tauladan pada masyarakat bahwa, Islam itu bisa tertegak di mana2, walau bila, asal kita yakin dgn sistem dan kehebatannya. Pasti ada saham yg menunggu kedua pengantin yg beramal mengikut landasan syarak dan memberi contoh terbaik yg boleh diikuti oleh org lain.


Continue reading

Hanan dah masuk asrama!

Nur Hanan, nama anak keenam ana, yg kini sudah berusia 12 tahun, 7 bln lebih….

is no longer staying and schooling kat rumah dah. 2010 ambil peperiksaan UPSR, alhamdulillah 5A dlm genggaman. Makanya bersambunglah jihad belajarnya di sekolah asrama pulak.

‘Mak, kalau Hanan tak dok asrama, boleh tak?’ pernah ditanya pada ana satu masa dulu dalam kesibukan kami mencari sekolah-sekolah yg bakal dipohon.

“Kalau nak gi sekolah Panglima Perang, okay la. Dekat je, alang2 dekat, biar dekat betul…” jawab ana bersahaja. Sebab ana tau dia nak sekolah agama, tapi sekolah panglima tu, walau pun ada B.Arab Komunikasi, banyak hal2 lain yg tak berapa sesuai di hati dia….

Akhirnya, kami pohon tiga buah sekolah agama je, utk dia sambung tingkatan satunya. Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Sek Men Agama Al Maarif, Kuantan dan Sek Men Agama Imtiaz, Kemaman. Temuduga dipanggil utk ketiga-tiga sekolah, tapi Kota Bharu jauh sangat, siang2 lagi tak dapat hadir temuduga. Imtiaz pulak, saingan terlalu hebat buat anak2 perempuan, ditambah dgn quota yg tersangat sedikit buat anak2 luar Trengganu, Hanan gagal utk mendapatkan tempat di situ. Mujurlah Al Maarif sudi menerima…Alhamdulillah.

‘Hanan doa dapat sekolah mana?’ pernah ana tanyakan pada dia satu hari dulu.

“Hanan minta sekolah yg terbaik utk Hanan. Allah lebih tau.” jawab Hanan, macam org tua bunyinya.

Kak Hanan, dengan anak sedara yg disayangi...Oppa

So, 2 Januari 2011, kami pun manghantar Hanan ke sekolah barunya. debar tak debar Hanan, tok sah cerita lah. Bermula je cuti sekolah, selalunya itulah topik bualan dia dgn kami dan kawan2. Nak dok asrama nanti, cemana ye? Maklumlah, Hanan ni manja orangnya. Nampak je bersahaja, garang dgn adik, tapi deep inside, very soft….
Continue reading

Azam Tahun Baru

Tiap-tiap tahun, asal masuk je tahun baru, tak kiralah, tahun masehi ke, hijriah ke…bab azam baru mesti keluar punya. Masing2 akan sibuk membelek semula azam tahun lepas, berapa percent yg berjaya dilaksanakan seperti yg dijanjikan pada diri sendiri. Tak kurang jugak, ada yang buat ‘de’ aje, sebab memang tak set apa-apa azam pun, biar tahun demi tahun berlalu pergi….MasyaAllah. Inilah dia kita manusia yg sering alpa.

Soalnya sekarang, perlu ke kita buat azam baru tiap-tiap tahun. Sedangkan dalam banyak situasi dan hal, azam tu tinggal azam je, cukup setahun, kita pun selak semula nak check. Kononnya! Boleh ke kita bergantung harap pada beramal dengan hanya berazam sekali setahun? Cukup kuat ke semua tu nak beri momentum pada kita utk terus berusaha dan beramal?

Continue reading