Azam Tahun Baru

Tiap-tiap tahun, asal masuk je tahun baru, tak kiralah, tahun masehi ke, hijriah ke…bab azam baru mesti keluar punya. Masing2 akan sibuk membelek semula azam tahun lepas, berapa percent yg berjaya dilaksanakan seperti yg dijanjikan pada diri sendiri. Tak kurang jugak, ada yang buat ‘de’ aje, sebab memang tak set apa-apa azam pun, biar tahun demi tahun berlalu pergi….MasyaAllah. Inilah dia kita manusia yg sering alpa.

Soalnya sekarang, perlu ke kita buat azam baru tiap-tiap tahun. Sedangkan dalam banyak situasi dan hal, azam tu tinggal azam je, cukup setahun, kita pun selak semula nak check. Kononnya! Boleh ke kita bergantung harap pada beramal dengan hanya berazam sekali setahun? Cukup kuat ke semua tu nak beri momentum pada kita utk terus berusaha dan beramal?

Perlu berazam, memang perlu rasanya. Dalam hidup kita ni pun, perlu ada visi dan misi peribadi kita sendiri. Susah nak buat hala tuju hidup, kalau visi dan misi peribadi tak ada. Samada visi dan misi itu utk jangka masa pendek, atau panjang, itu terserah. Tapi, mesti ada, perlu ada. Wajib ada! Kalau hidup tak jelas, apa tah lagi tak ada visi dan misi, hala tuju kita pun tak jelas. Agenda hidup kita pun tak ada, so, sama la kita macam binatang2 ternak yang Allah kata dalam Al Quran, hidup untuk memenuhi nafsu seharian mereka, in their case, makan, makan dan makan. And of course, menjaga kemandirian masing-masing, adalah diantaranya juga.

Bagi ana, secara peribadinya, Visi adalah matlamat kita dalam hidup, manakala misi pula adalah cara2 untuk sampai kepada matlamat tersebut. Bila jelas visi hidup kita, azam yg kita letak saban tahun adalah merupakan misi kita utk tahun tersebut dalam merealisasikan visi hidup kita. Kita berazam untuk sampai kepada visi kita melalui misi-misi tertentu, dan misi itu tidak cukup kalau hanya ditetapkan setahun sekali. Ianya perlu kita semak SETIAP HARI.

Malah, visi jangka pendek pun tak salah, kalau ada, dalam usaha kita nak menuju kepada visi HIDUP kita. Dan visi tu, sepatutnya kita set dgn misinya sekali, setiap hari, kita bangkit tidur…barulah kuat momentum kita nak bergerak dan menjayakan misi dan visi, azam dan tekad hidup kita.

Dalam nak menyiapkan post ni, ana sempat berulang alik ke fb ana, subhanallah, Allah izin, terjumpa dgn posting pendek berkenaan dgn topik yg nak ana kongsi sama di sini. So, to make my point clear and clearer, ana copy paste article tersebut di sini, utk kita baca dan hayati bersama, insyaAllah. Its worth it.

Mencari Azam Baru 2011?

Apa? Kenapa? Boleh ke? Tak cukup dgn Hijrah 1433H?

Kenapa tidak kita berazam untk memulakan kehidupan yang berdisiplin di setiap awal hari?

1-Bangun awal sebelum subuh

Anda akan mendapati bahawa :
i-hati kecil akan merasai ketenangan dengan tenang & damainya alam sekeliling
ii-betapa diri kita akan memiliki kekuatan dek dekatnya hubungan dengan pemilik kehidupan
iii-memiliki kekuatan diri bagi menyusun kehidupan yang berdisiplin

2-Kejutkan ahli keluarga atau rakan serumah anda agar berbuat demikian.

3-Subuh di masjid (lelaki) & di awal waktu (perempuan)

4-Selepas subuh:

i-Biasakan dengan al quran, doa & dzikir…kita akan miliki kekuatan luar biasa untuk hari tersebut
ii-Membaca (studi – pelajar) di kala ini adalah masa yang paling tajam buat otak anda menggarap bahan-bahan pengajian anda.
iii-Berfikir & bermuhasabah untuk merancang tugasan harian anda (set visi dan misi for the day)
iv-Elakkan untuk tidur selepas subuh kerana ianya bukanlah amalan yang sihat (kecuali anda terlalu letih atau subuh di luar negara terlalu awal eg jam 2 pg winter di Dublin)

Kalau telah dilaksanakan alhamdulillah, anda boleh pergi jauh dengan izinNya. Kalau belum, selamat berusaha & selamat berjaya….

(Dipetik dari fb Dr Zainur Rashid – ISMA Seremban)

Subhanallah, itulah maksud ana, mulakan awal hari kita dgn satu azam on how to spend the day ahead. Set apa visi yg nak kita accomplish for the day, and to go about it… Jangan tunggu masuk tahun baru je, baru nak berazam berjela-jela, and in the end, azam tinggal azam. Biar kita mulakan azam baru kita setiap hari kita bangun dari tidur, then work hard to make it work. Its easier and more fruitful, insyaAllah.

Selamat berazam baru setiap hari, semua……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s