Menagih Cinta Hamba….

Takkan sama seperti menagih cinta Tuan Yg Maha Kaya…

Ana pernah tulis tentang cinta, samada ‘cinta kera’, yang melibatkan cinta nafsu yang terlarang, mau pun cinta suami isteri yg halal di sisi Islam. Baru2 ni, ana terpanggil utk mencoret sekali lagi mengenai kisah cinta dalam rumah tangga, khususnya rumah tangga dakwah.

Kenapa dipanggil rumah tangga dakwah?

Kerana asal match-making nya pun adalah kerana dakwah, utk dakwah dan oleh org tgh dlm gerakan dakwah. Semuanya demi menjaga kemaslahatan dakwah yg diyakini.

Pernah kalimat seumpama ini ana dengar dari mulut keluarga pengantin yg mengkagumi langkah kedua-dua pengantin yg mengambil jalan menyerahkan soal jodoh mereka kepada org tgh yg dipercayai…

“Uiih, ada lagi ye org mcm ni sekarang?”

Geli hati jugak waktu tu, tapi dlm senyap ana bahagia dan bersyukur, kedua pengantin dapat memberi contoh tauladan pada masyarakat bahwa, Islam itu bisa tertegak di mana2, walau bila, asal kita yakin dgn sistem dan kehebatannya. Pasti ada saham yg menunggu kedua pengantin yg beramal mengikut landasan syarak dan memberi contoh terbaik yg boleh diikuti oleh org lain.



Soalnya, bila masa berlalu, rumah tangga yg dibina bukan atas dasar cinta sama cinta sebelum kahwin itu dilanda duga juga akhirnya, kerana apa? Kerana rata-rata masyarakat sekeliling terlalu tenat dan kronik dgn masalah menagih cinta palsu yg tak berkesudahan. Bila pakaian tak dijaga, pandangan mata tak dipelihara, pergaulan bebas dibiar melata, syaitan yg tak pernah lena, menyucuk jarum beracunnya ke benak rasa org yg lalai dan alpa. Lalai dari amalnya, leka dari tanggungjawab, terbuai dgn rasa ‘cinta kali pertama’.

“Dulu aku kahwin tak pernah merasa bercinta, terus org set kan aku je, kali ni aku nak merasa pulaklah perasaan bercinta tu….aku pun kosong tiga lagi kan?”  Itulah alasan yg selalu diberi.

MasyaAllah, setelah mengecapi manisnya cinta selepas nikah, tergoda juga dia dengan ‘cinta nafsu’ yang dijaja umum. Soalnya, bukan kosong atau tidak, tapi yg sering berlaku, ‘kosong’ itu dijadikan alasan. Akhirnya, bila hidup sarat dgn masalah, kerja dakwah ke mana, rumahtangga tetap porak peranda. Semuanya kerana gara-gara niat awalnya yg tak berapa nak betul.

Kadang-kadang pulak, terdengar:

“Isteri aku org dakwah, schema sgt, boring!  Sekali sekala aku nak fun jugak!”

Subhanallah, kalau waktu dia ‘segar’ dlm tarbiyah dulu, itulah criteria pentingnya dalam memilih pasangan, kerana dia tau, yg schema itulah yg senang nak dijaga, ringan sikit tanggungjawabnya dalam mendidik isteri, kini bila tarbiyah dan amal lesu, mula lah alasan sebegini longgar dan palsu pun menjadi hujah dan pegangan kuatnya utk bermain cinta semula. Betapa syaitan itu tak berhenti membohongi anak2 Adam, cuma kita je yg terus lupa…

Bila soal ini dibangkitkan, berbagai tips dipohon utk menceriakan kembali suasana rumahtangga. Tips utk menghangatkan hubungan suami isteri, tips utk mengembalikan rasa cinta yg semakin pudar dek kerana kesibukan kerjaya dan kerja2 dakwah para suami mau pun isteri, dan berbagai tips rumahtangga lainnya, mula mendapat perhatian.

Pernah dibincangkan dalam Konwanis 2009, apa yg boleh dilakukan oleh para isteri utk mengurangkan kekakuan romantis dalam rumahtangga. Berbagai tips dikongsi bersama, berbagai petua diperturunkan oleh mereka2 yg lebih senior…alhamdulillah, satu perkongsian yg amat berguna , ana kira. Namun, masih terdengar juga keluhan dan berlaku juga situasi di mana isteri dah puas berusaha (maklumlah, Konwanis kan utk wanita sahaja), para suami malah mengeluh dan marah2 kerana isteri dah mula ‘daring’ utk bertindak lebih romantik dari biasa. Mungkin suami2 yg sebegini merasakan, semua itu tak perlu, kerana dia sendiri bukan org yg romantis.

Memang susah nak menjawab persoalan yg seperti ini. Tambahan pulak, kahwin dulu pun, bukannya kita kenal benar perangai bakal kita tu jenis apa…Yg penting waktu tu, kita dah pohon kpd Allah petunjuk, utk diberi yg terbaik buat kita. Rupa2nya, dua tiga tahun kemudian baru kita tahu dia tu macamana. Ini semua tak menjadi masalah kalau suami tak buat ‘perangai’ di luar.

Kita sebagai isteri sgt kenal akan suami kita org nya seperti apa? Bertindak sesuai dgn keadaan suami. Yang penting, bila kita mula terhidu masalah, cepat2 bertindak, berusaha sesuai keadaan, yg lainnya kita serah pada Allah. Jangan berserah dulu tanpa berusaha melakukan sesuatu.

Kalau dah suami tu tak bermasalah, cuma dia kurang romantik saja, tapi lovingnya tetap ada, ya bersyukurlah… Loving and caring itu lebih penting dari romantik. Percayalah!

Loving and caring beerti dia menjalankan tanggungjawabnya dgn tuntas. Mungkin dia tak pernah ke florist utk dapatkan kita jambangan, mungkin dia tak pernah kirim kita kad dgn ucapan dan bahasa yg berbunga2, hatta mungkin dia tak pernah kucup dahi kita sewaktu nak keluar kerja. Tapi dia tak pernah ‘curang’ walaupun hanya dgn lirikan mata atau hamburan kata2 manis pada wanita ajnabi selain kita, sudah cukup utk kita mensyukurinya.

Lelaki yg seperti ini, samada tak tau macamana cara, atau memang ‘lemas’ dgn gaya romantik giler-giler, akan tidak setuju dgn perubahan mendadak isteri utk ajak beromantik. Si isteri patut kenal sang suami jenis yang bagaimana, redhalah dgn ‘hadiah’ dari Allah utk kita, punya suami yg tak romantik, tetapi tetap loving. Itu lebih membahagiakan. Daripada kita punya suami yg romantik, tapi kurang perhatiannya pada tanggungjawab dia sebagai ketua keluarga dalam memastikan dia membawa kesemua ahlinya ke syurga bersama-sama.

Kembali kita kepada tujuan asal menikah dulu, adalah demi dakwah, untuk dakwah dan kerana dakwah. Asalkan gerak kerja dakwah kita bersama masih kencang, alhamdulillah. Semoga Allah terus merahmati kita. Orang yang dirinya sibuk dengan dakwah, hatinya juga akan sibuk dgn dakwah, tiada ruang dan masa utk dia melayan dan menerawangkan minda dan jiwanya kepada sesuatu yg membebankan. Bak kata org, ‘tak de beban, batu digalas!’, tapi org dakwah sudah sarat jiwanya dengan ‘fikir’ ummah.

Cuba renungi kata-kata ini:

“Dakwah itu sendiri adalah cinta” –
dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu.
fikiranmu,
perhatianmu,
berjalan,
duduk dan bangunmu,
hatta tidurmu.

Bahkan di tengah lelapmu,
isi mimpinya pun tentang dakwah,
– tentang umat yang dicintai.

Pesanan ana, Kenali suami kita dan bertindaklah sesuai dgn keadaanya.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada.

(InsyaAllah, utk suami yg agak ‘nakal’ bermasalah, kita jumpa lain kali.)

One thought on “Menagih Cinta Hamba….

  1. Salam Ziarah Puan,
    Saya sangat terkesan dengan ayat berikut:-

    “.Kalau dah suami tu tak bermasalah, cuma dia kurang romantik saja, tapi lovingnya tetap ada, ya bersyukurlah… Loving and caring itu lebih penting dari romantik. Percayalah!”

    FYI pada awal perkahwinan sy selalu bersedih kerana suami saya tak penah nak beri w/pun sekuntum bunga utk wish sama ada hr lahir or hari ulangtahun perkahwinan… tp suami saya sgt BAIK… yg sgt menjaga solatnya… yg sgt mengambil berat ttg saya, yang sgt menghormati ibu bapa saya & k’ga sebelah saya… sy sgt bersyukur atas HADIAH yang DIA anugerahkan buat saya.

    terima kasih atas perkongsian ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s