Archive | January 26, 2011

Apa Melayu Melayu?

“Apa hal pulak you all pakat sibuk dgn bangsa Melayu, ketuanan Melayu, perjuangan Melayu…dan berbagai? Bukan ke Islam tu universal? Bukan khas utk bangsa Melayu je? Ape hal korang nih?”

Itu adalah antara kata2 pedih yg sering kami terima bila saje kami mula buka mulut menyebut masalah bangsa. Seolah-olahnya, tiada istilah bangsa dalam Islam. Benar ke dalam Islam tak boleh sebut, atau berjuang demi bangsa?

Di waktu awal2 penglibatan ana dalam gerak kerja amar maaruf nahi mungkar ni, memang itulah yg ana faham. Melayu-melayu ni tak main dalam kita menyeru orang pada Islam. Asobiyah itu haram. Sebab Islam tu bukan Melayu punya. Islam adalah satu2nya agama yg Allah terima dan redha, dan Islam adalah milik semua manusia tak kira di mana dan bila waktunya. Kesyumulan dan kekamilan Islam meliputi zaman dan sempadan.

Benar, Islam itu semua org punya. Semua org berhak pada Islam. Kita bukan Yahudi, yg menyangka bangsa Yahudi adalah the chosen one, bangsa lain, adalah umpama binatang ternakan yg boleh disembelih sesuka hati.

Tetapi alhamdulillah, lama kelamaan, dgn sedikit ilmu yg terus diisi dan dipelajari, akhirnya ana jelas pada satu perkara. Kalau dulu pemahaman ana tentang ‘asobiyah’, sangat sempit, kini ana faham, asobiyah yg terlarang itu beerti:

Memperjuangkan bangsa dan hak2 bangsa, tak kira hukum halal haram lagi. Kita menyokong dan mendokong bangsa kita dalam apa keadaan, sekali pun pada benda2 haram dan kerosakan. Asobiyah yg sebegini yg dilarang Allah utk kita babitkan diri kita di dalamnya.

Tapi, kalau ‘asobiyah’ yg memfokuskan pada kebangkitan sesuatu bangsa berdasarkan kepada kebangkitan kesedaran Islam, bukanlah sesuatu yg baru atau salah di sisi Islam. Imam Hassan Al Banna sendiri menyeru bangsanya, bangsa Mesir, untuk bangkit dari kelesuan akibat penjajahan musuh kafirun, menggunakan method kebangkitan Islam. Yaini, merasai ‘izzahnya Islam yg dianuti lalu bangkit melawan penjajahan dari semua aspek.

Apa yg salahnya di situ? Continue reading