Apa Melayu Melayu?

“Apa hal pulak you all pakat sibuk dgn bangsa Melayu, ketuanan Melayu, perjuangan Melayu…dan berbagai? Bukan ke Islam tu universal? Bukan khas utk bangsa Melayu je? Ape hal korang nih?”

Itu adalah antara kata2 pedih yg sering kami terima bila saje kami mula buka mulut menyebut masalah bangsa. Seolah-olahnya, tiada istilah bangsa dalam Islam. Benar ke dalam Islam tak boleh sebut, atau berjuang demi bangsa?

Di waktu awal2 penglibatan ana dalam gerak kerja amar maaruf nahi mungkar ni, memang itulah yg ana faham. Melayu-melayu ni tak main dalam kita menyeru orang pada Islam. Asobiyah itu haram. Sebab Islam tu bukan Melayu punya. Islam adalah satu2nya agama yg Allah terima dan redha, dan Islam adalah milik semua manusia tak kira di mana dan bila waktunya. Kesyumulan dan kekamilan Islam meliputi zaman dan sempadan.

Benar, Islam itu semua org punya. Semua org berhak pada Islam. Kita bukan Yahudi, yg menyangka bangsa Yahudi adalah the chosen one, bangsa lain, adalah umpama binatang ternakan yg boleh disembelih sesuka hati.

Tetapi alhamdulillah, lama kelamaan, dgn sedikit ilmu yg terus diisi dan dipelajari, akhirnya ana jelas pada satu perkara. Kalau dulu pemahaman ana tentang ‘asobiyah’, sangat sempit, kini ana faham, asobiyah yg terlarang itu beerti:

Memperjuangkan bangsa dan hak2 bangsa, tak kira hukum halal haram lagi. Kita menyokong dan mendokong bangsa kita dalam apa keadaan, sekali pun pada benda2 haram dan kerosakan. Asobiyah yg sebegini yg dilarang Allah utk kita babitkan diri kita di dalamnya.

Tapi, kalau ‘asobiyah’ yg memfokuskan pada kebangkitan sesuatu bangsa berdasarkan kepada kebangkitan kesedaran Islam, bukanlah sesuatu yg baru atau salah di sisi Islam. Imam Hassan Al Banna sendiri menyeru bangsanya, bangsa Mesir, untuk bangkit dari kelesuan akibat penjajahan musuh kafirun, menggunakan method kebangkitan Islam. Yaini, merasai ‘izzahnya Islam yg dianuti lalu bangkit melawan penjajahan dari semua aspek.

Apa yg salahnya di situ?

Cuba tengok ni:

“Jika anda mengkaji sejarah kebangkitan sesebuah bangsa, baik di timur maupun di barat, pada zaman silam maupun pada zaman moden, anda pasti akan dapati, setiap mereka yg menjadi pendokongsebuah kebangkitan yg berjaya, pasti mempunyai sebuah pendekatan yg tertentu yg mereka laksanakan….”

“Sila kaji sejarah kebangkitan semua organisasi dan bangsa. Anda pasti akan setuju bahwa apa yg saya katakan ini adalah benar. faktor kejayaan bagi semua kebangkitan…” (ADAKAH KITA GOLONGAN YANG BEKERJA)

Kita diseru untuk bangkit sebagai satu bangsa, kerana semangat kebangsaan dalam diri setiap kita, tak akan dapat kita ketepikan. Cuma bezanya, kebangkitan sesuatu bangsa tanpa landasan syariat Islam, tiada bersamanya kemuliaan. Sepertimana bangkitnya bangsa Jepun di timur, atau bangsa Amerika atau Eropah di barat, benar, mereka bangkit sebagai sebuah tamaddun yang berjaya dan moden di mata dunia, tapi di mana kemuliaan mereka?

KITA MULIA KERANA ISLAM! itulah kata2 yg kita pinjam dari Khalifah Umar Al Khattab. Tidak ada cara lain utk kita bangkit dan maju ke hadapan dgn sebenar2 erti kemajuan, melainkan dgn cara kebangkitan Islam. Beramal dan bergerak mengikut lunas2 Islam yg sebenar. Bukan Islam tempelan, bukan Islam celup-celup.

Sekali lagi ana tanya, di mana salahnya seruan seumpama itu? Bagaimana lagi cara kita nak seru bangsa Melayu kita, yg saban hari terus diselaputi oleh kekacauan, kemunduran, malah kekeliruan, kemerosotan dan kejatuhan, kelemahan. Masih tegarkah kita berlapang dada bila label2 yg seumpama itu terus ditampalkan pada nama Melayu itu?

Untuk kesekian kalinya ana nyatakan, kalau MACMA bergerak memberi fokus kepada kaum/bangsa Cina yg beragama Islam, salahkah Isma utk bangun mengetuk hati dan jiwa org Melayu yg beragama Islam utk melaksanakan tuntutan2 Islam yg sebenar yg sekali gus akan menaikkan bangsa Melayu dari terus ‘layu’ seperti sekarang.

Melayu sekarang mundur dan lemah kerana hilang jati diri mereka sebagai seorang yg berbangsa Melayu dan beragama Islam yg pernah gah satu ketika dulu, di zaman Kegemilangan Melaka. Kita jahil tentang sebab2 kegemilangan dan kemunduran bangsa Melayu Islam sejak zaman itu. Kita hilang jati diri dek kerana terlalu taksub dgn kemodenan barat yg dicanang oleh penjajah. Kita lupa diri, semata2 kerana ingin berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dgn org2 barat itu, atas tiket kemodenan. Walaupun ‘hampas’nya yg kita tiru, sedang ‘inti’nya kita buang.

Kalau dianalisa disudut politik, bercakap tentang sepakat, bukan beerti ‘bubar dan gabung’. Tak semestinya salah satu harus terkorban, mengikut yg satu saja. Erti sepakat harus dilihat dalam2 dan dihayati sebaiknya. Kalau kita sesama adik beradik, mak ayah selalu mengingatkan,bila berlaku perselisihan, duduk dan pakat elok2, cari jln selesai, win-win situation utk kedua2 pihak. Nah! itulah yg kita hendak. Masing2 kita duduk berbincang dan berpakat dlm memastikan kebajikan bangsa sendiri di atas paksi dan kayu ukur Islam.

Kalau melayu boleh duduk semeja berbincang dan mencapai kata sepakat, insyaAllah, usaha2 kita akan menjurus kepada kemaslahatan ummah. Kebaikan dan keelokan Islam akan teserlah. Kerana, masyarakat sekarang menilai Islam pada diri org Melayu. Melayu kena sedar tu. Kalau nak baiki imej Islam, Orang Melayu kena mulakan dulu. Melayu kena nampak hebatnya, baru org tak pandang rendah pada bangsa kita, yang secara tak langsungnya, Islam terseret sama, dilabel sebagai sesuatu yg negatif. Yang membawa kemunduran, perpecahan dan kejumudan. Padahal, Islam jauh dari semua itu. Dan kita takkan dapat kehebatan itu, kalau kita terus berpecah, bergaduh, masing2 mendabik dada penuh keegoan. Islam perlu dijadikan landasan utk bersatu dan berpakat, kerana itulah dia ajaran Islam yg sebenar.

Bukankah majoriti orang Islam di bumi Malaysia ini adalah orang Melayu? Lalu, di mana salahnya motto:

“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”

dalam konteks semasa bumi Malaysia yg tercinta?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s