Archive | February 2011

Aneh, Orang Melayu ni!

“Apa lah nak jadi dengan orang Melayu kat Malaysia ni? Juara menagih dadah, juara zina, juara sumbang mahram, juara buang bayi, juara mat rempit dan macam2 lagi masalah sosial Malaysia, semuanya digondol kemas oleh orang Melayu. Apa masalah orang Melayu sebenarnya?”

“Pada nama Melayu tu sendiri dah tak betul….duk suruh ‘layu’, layu lah dia!”

“Aku malulah nak mengaku aku ni berbangsa Melayu, mak aku keturunan Cina, aku tumpang bangsa Cina la, lagi best!”

“Memang masalah betul orang Melayu ni, nasib baik kita jumpa Islam dulu, sebelum kita jumpa dan kenal Melayu!”

Subhanallah….bukan setakat empat kenyataan di atas saja yg kita selalu dengar, yg kebanyakannya dari mulut orang Melayu sendiri. Banyak lagi kenyataan-kenyataan negatif, yang dilabelkan kepada orang Melayu, yang secara sedar atau tidak, terus terpalit sama kepada Islam, kerana DI MALAYSIA, rata-rata masyarakat faham, orang Melayu itu adalah orang Islam. Melayu = Islam.

Konvensyen Memperingati Kejatuhan Empayar Melayu-Islam Melaka (KEMM)  dah selesai di Melaka, tapi bisik-bisik mengenainya masih kedengaran. Impaknya besar dan kuat, terutama pada anak2 muda. Kehadiran konvensyen, sangat2 menggalakkan. Melebihi dari target yg dijangka, dan kebanyakannya adalah kaum belia. Alhamdulillah, syukur dan puji kepada Allah swt yg mengizinkan segalanya. Namun, komen2 seperti di atas masih kedengaran, ditambah pulak dgn salah faham tentang isu yg ingin dibawa dan slogan yang diguna pakai. Semuanya di twist/belitkan, sampai keliru sendiri akhirnya….Allahuakbar!

Kenapa Melayu = Islam?

Continue reading

Advertisements