Aneh, Orang Melayu ni!

“Apa lah nak jadi dengan orang Melayu kat Malaysia ni? Juara menagih dadah, juara zina, juara sumbang mahram, juara buang bayi, juara mat rempit dan macam2 lagi masalah sosial Malaysia, semuanya digondol kemas oleh orang Melayu. Apa masalah orang Melayu sebenarnya?”

“Pada nama Melayu tu sendiri dah tak betul….duk suruh ‘layu’, layu lah dia!”

“Aku malulah nak mengaku aku ni berbangsa Melayu, mak aku keturunan Cina, aku tumpang bangsa Cina la, lagi best!”

“Memang masalah betul orang Melayu ni, nasib baik kita jumpa Islam dulu, sebelum kita jumpa dan kenal Melayu!”

Subhanallah….bukan setakat empat kenyataan di atas saja yg kita selalu dengar, yg kebanyakannya dari mulut orang Melayu sendiri. Banyak lagi kenyataan-kenyataan negatif, yang dilabelkan kepada orang Melayu, yang secara sedar atau tidak, terus terpalit sama kepada Islam, kerana DI MALAYSIA, rata-rata masyarakat faham, orang Melayu itu adalah orang Islam. Melayu = Islam.

Konvensyen Memperingati Kejatuhan Empayar Melayu-Islam Melaka (KEMM)  dah selesai di Melaka, tapi bisik-bisik mengenainya masih kedengaran. Impaknya besar dan kuat, terutama pada anak2 muda. Kehadiran konvensyen, sangat2 menggalakkan. Melebihi dari target yg dijangka, dan kebanyakannya adalah kaum belia. Alhamdulillah, syukur dan puji kepada Allah swt yg mengizinkan segalanya. Namun, komen2 seperti di atas masih kedengaran, ditambah pulak dgn salah faham tentang isu yg ingin dibawa dan slogan yang diguna pakai. Semuanya di twist/belitkan, sampai keliru sendiri akhirnya….Allahuakbar!

Kenapa Melayu = Islam?

Jawapan tersimpul kukuh dalam ketiga2 kertaskerja KEMM baru-baru ni. Lets not go into that yet, for now.

Yang ana rasa pelik dan aneh, bila kenyataan2 yg mengaitkan orang Melayu dengan masalah2 sosial di Malaysia itu di’zoom’kan (meminjam kata-kata ustaz Fauzi, pembentang ketiga KEMM), pedih telinga dan hati kita mendengarnya. Kenapa mesti seteruk itu Melayu dimata masyarakat. Kenapa mesti sehina itu Melayu dilihat?

So, kita nak duduk saja? Biarkan saja bangsa kita diperkatakan begitu sekali? Mana boleh….

Makanya kita ke depan, mengejutkan bangsa kita yg terlalu lama dan lena sekali tidurnya. Dikejut dgn berbagai cara, masih menggeliat, enggan beralih dari keselesaan dibaluti selimut kealpaan, ‘keamanan’, keduniaan. Maka cara yg lebih serius dan inovatif pulak perlu dicari utk mengejutkan bangsa yg masih lena ini.

Wah, tau-taunya…yang complain pasal Melayu tadi itu jugaklah yg bangkit marah2, bila persoalan bangsa diketengahkan. Kalau komentar pertama tadi, memburuk2kan bangsa, salah pulak persoalan bangsa itu nak diguna pakai utk menyadarkan bangsa yg dihina-hina. Sudahnya bagaimana? Menghina, merendahkan, boleh pakai ‘bangsa’, tapi utk terjaga, sadar lalu bangkit mengejutkan, tak boleh guna ‘bangsa’? Bagaimana tuh?? Walaupun pendekatan kebangkitan itu adalah dgn kaedah Islam itu sendiri…Hairan kan? So, sampai bila la Melayu tak layu?

“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”?

Pun ada yg nak melenting. Bak kata anak ana Aiman (Kami berbual panjang tentang benda ni on our way back to Kuantan malam tu, sambung lagi discussion bila dapat respons yg macam-macam malam semalam), teliti betul betul slogan di atas, kita akan nampak mana matlamat, mana target. Matlamat kita adalah untuk Islam itu berdaulat, dan dalam realiti Malaysia, fokus kita adalah kepada bangsa Melayu yg merupakan bangsa tonggak, atau istilah Aiman, ‘bangsa ikon Islam’. Kalau Melayu sepakat, bersatu dalam satu agenda yg sama, matlamat yg sama, Islam akan berdaulat. Tapi kalau – in Aiman’s exact words, ” ikon islam tu sndiri leweh x bermaya, lepas 2 nak mengaku islam itu hebat, kuat, siapa nk prcaya?”

In other words, we are trying to improve our bangsa dgn acuan Islam, to convey the message that Islam is the solution to all the problems so far, thus Kehebatan Islam, yg memang hebat, no doubts, akan terzahir…..Bermakna, kita nak seru,

“Ayuh Melayu, setiap kita sepakat utk kembali kepada jati diri Melayu/Islam, tegakkan Islam dalam tiap diri, maka Islam akan tertegak dan berdaulat di bumi Malaysia. Bila Islam dah berdaulat, keadilan pada semua bangsa akan terlaksana.”

Mudah je, Matlamat kita adalah untuk Islam berdaulat, dan target kita adalah utk Melayu sepakat mencari dan menghayati jati diri sendiri. Dalam realiti Malaysia, Melayu adalah ikon Islam. Bukan kita yg sengaja melabel bangsa kita, tp itu adalah persepsi masyarakat sejak zaman kegemilangan dulu. Nak tak nak, kita kena buktikan…

Kalau “Islam Berdaulat, Melayu Kuat”, beerti matlamat kita adalah untuk menguatkan Melayu dgn menggunakan Islam? Ana rasa, slogan ini akan lebih digeruni oleh bangsa lain, esp yg bukan Islam. Menggunakan Islam utk menguatkan Melayu, mungkin saja Melayu yg kuat tapi tidak islamik itu berbuat wewenangnya pada bangsa lain, hatta pada bangsa Melayu sendiri. Sebab matlamat dah songsang.

Apa pun, yang cuba diketengahkan di sini, adalah untuk mengajak bangsa ikon Islam Malaysia ini utk menyedari bahwa suatu masa dulu, Islam terserlah kehebatannya, keadilannya,kesyumulan dan kebaikannya kerana we live the Islam in our lives. Islam itu dihidupkan dalam diri sehingga menjadi jati diri orang Melayu, Islam itu adalah ikon org Melayu. Kalau dulu, semua itu boleh dicapai, tak mustahil sekarang juga kita bisa bangkit seperti dulu, asal saja Melayu semua sepakat, menuju ke arah itu. Ketepikan perbezaan, fokus pada matlamat yg satu, kita bersatu di situ. Tak perlu ‘bergabung’, tapi bersatu atas matlamat mahukan Islam itu berdaulat di bumi Malaysia.

Bila Islam sudah berdaulat, semua bangsa lain akan harmoni di bawah perlaksanaan keadilan dan kesucian Islam, tak kira samada bangsa itu Islam atau tidak. Contoh2 kebaikan dan kehebatan Islam yg dilihat dalam diri ikon Islam itu sendiri sudah cukup besar impaknya dalam menyampaikan risalah dan dakwah Islam kepada mereka. Mereka akan tertarik dgn sendirinya, dakwah lebih mudah disampaikan oleh orang yg menghidupkan risalah itu dlm kehidupan mereka. Bukankah itu matlamat kita juga? Mereka akan mengagumi Kehebatan Islam yg terzahir dalam diri orang Islam.

Ana sudahi post kali ini dgn satu persoalan utk kita sama2 fikirkan.

Bukankah Rasulullah saw mengajar kita utk memulakan seruan dakwah kepada kaum keluarga dan kerabat terdekat terlebih dahulu. Beri keutamaan dan fokus kepada mereka. Siapakah yang dikira kaum kerabat, selepas keluarga, kalau bukan bangsa sendiri?

Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s